Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, October 17, 2012

P073 DARI PKR KE PAS BELUM MUKTAMAT

16 Okt. 2012 / 30 Zulkaedah 1433 - Kini dengan persetujuan kedua-dua pihak antara PKR Cabang Pasir Salak dengan PAS Kawasan Pasir Salak, kerusi Parlimen Pasir Salak kini diserahkan cara rasmi kepada PAS di mana pada PRU sebelumnya 2004 dan 2008 ianya di tandingi oleh PKR, dengan penyerahan ini PAS, kini kedudukan kerusi Parlimen di Perak 7 DAP, 8 PAS dan 9 PKR.

 Pokoknya apakah penyerehan ini " valid " or " legal ", apakah penyerahan ini sudah di ketahui oleh peringkat Majlis Presiden atau apakah penyerahan ini hanya pihak PKR sudah hilang arah tuju dengan desakan dari rakan gabungan ( PAS ) itu sendiri?

Osman Abdul Rahman

 
"Saya redho menyerahkan kerusi ini kepada sahabat saya PAS" inilah ungkapan Tn Hj Osman b. Abdul Rahman ( gambar ) selaku Ketua Cabang PKR Pasir Salak sewaktu pertemuan tertutup anggota tertinggi kawasan dan cabang baru-baru ini. Rentetan persetujuan tersebut maka, suatu surat rasmi dan deklarasi telah dibuat dengan ditandatangani oleh semua Jawatankuasa Cabang PKR Pasir Salak dan JK Pas Kawasan Pasir Salak.  


Apakah ungkap " redho " itu memberi satu andaian yang penyerahan itu seolah-olah " rela dalam paksa " dan ianya juga membelakangi keputusan Majlis Presiden untuk parlimen Pasir Salak. Sebagai Ketua Cabang, kini beliau sendiri dalam delima kepimpinan, kerana berusaha untuk merubah keputusan apa yang dibuat oleh pusat.

Memorendum yang di tandatangi itu di serah secara " hand to hand " oleh pihak PAS kepada SU Agung parti. Apakah PAS Pasir Salak, sanggup menerima hakikat bahawa PAS pusat terus menerima keputusan Majlis Presiden nanti? Apakah PAS Kawasan pula akan terus berkonfrantasi dengan PAS Pusat? persoalan yang cukup membingungkan.


Bagi PKR memang mereka sedar kekuatan dan kemampuan mereka terhad, di sinilah mereka mengharapkan kesepakatan yang jitu dan padu di perlukan, dan menjadikan PRU12 sebagai " bench mark " untuk memastikan kemenangan di PRU13, segala-galanya boleh berlaku dan terjadi asal dengan ada kerjasama dan permuafakatan erat antara Pakatan Rakyat kini dan selama-lamanya. Mungkin pihak Majlis Presiden juga mengamalkan prinsip yang demikian.



Sambut baik serahan PKR  kepada PAS Kawasan
 
Memorendum tidak pula di alamatkan ke Majlis Presiden Pakatan Rakyat sebaliknya hanya ke SU Agung Pas dan ianya juga tidak di salinkan kepada PKR hatta Majlis Presiden. Mungkin SU Agung PAS akan membawa ke pengetahuan Presiden parti dan kemudian ke Majlis Presiden PR. Sememangnya diharapkan agar satu penyelesaian di capai kerana keutuhan PR itu terletak atas konsep " bahu membahu " kalangn ahli Pakatan Rakyat.
Kepimpinan PR, dari Majlis Presiden sehinggalah ke akar umbi apa yang terpenting kini ialah bagaimana untuk memastikan Kerajaan UMNO / BN di tiadakan selepas PRu13 itu nanti, dan sudah tentu untuk meneruskan perjuangan tersebut komitmen, rasa pertanggongjawab dan semangat kekitaan dikalangan ahli PR amat diperlukan, PR perlu merubah cara hidup dan amalan yang ada di BN.

Jika memorendum itu diterima, kedudukan kerusi bagini
 
3.1. PKR . bertanding di N48 Sungai Manik pada PRU-13
3.2. PAS bertanding di P073 Parlimen Sungai Manik pada PRU-13
3.3. PAS bertanding di N49 Kampong Gajah pada PRU-13

 Akhirnya, Persefahaman dan tolak ansur amat di tuntut dalam mana-mana ju " gabungan " tambahan pula dalam usia yang muda ini PR sudah tentu banyak mengahadapi ranjau untuk memastikan ianya tidak berkecai, apa-apa keputusan dari Majlis Presiden nanti kepimpinan dan ahli akar umbi PKR n PAS amat perlu berikrar untuk berkerja keras memastikan calon bagi kesemua yang bertanding kelak akan memperolehi kemenangan mutlak demi merealisasikan 'Hijau ke Putrajaya'.  Terjemahkanlah semangat setia kawan ini dengan semangat berkerja berpasukan tanpa kerjasama tersebut maka impian kelak akan bertukar igauan. Namun keyakinan dan semangat malam ini membuktikan bahawa musuh dihadapan perlu diganyang habis-habisan.

1 comment:

  1. Walaupun dikatekan Penentuan kerusi tu masih belum muktamad...PKR mesti memikirkan keupayaan mereka utk bertanding di sg.manik...Dlm Pilihanraya 3 Faktor penting yang perlu diambil kire..Penerimaan Pengundi, Jentera, Calon itu Sendiri mesti dikenali..Adakah PKR melengkapi ketiga-tiga ini....??? Adakah PKR diterima di Sg.Manik dan Pasir Salak...???? Sekuat manakah jentera PKR di Parlimen dan DUN Sg.Manik....??? Adakah Calon yang diketengahkan PKR dikenali dan Winnable Candidate...????... Satu lagi faktornya PKR mesti menepati JANJI sebelum PRU12 dahulu...Klu JANJI ini pun tidak dapat dilunaskan apetah lagi JANJI kepada RAKYAT...Jgn jd mcm UMNO JANJI DICAPATI.....

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA