Kg. Gajah 18 Okt. - kini politik di Parlimen Pasir Salak bergelora, kegeloraanya meliputi semua parti, sama ada parti pemerintah mau pun parti pembangkang. Apa tidaknya, semakin lama Najib mempertahankan pembubaran parlimen selama itulah keghairahan ahli-ahli untuk mengetahui siapakan calun-calun pilihan parti masing-masing. Bagi BN semua kerusi di peruntukan untuk UMNO sebaliknya, bagi PR, kerusi di agih-agihkan antara PKR dan PAS. Sebermula 2004, PRU11 ( PKR 1 DR - PAS 2 DUN ) 2008 ( PKR 1 DR 1 Dun - PAS 1 DUN )
Momentum PRU12 juga dikenali dengan " tsunami " politik yang memberikan tamparan hebat kepada UMNO / BN mereka gagal mempertahankan 2/3 majoriti di Parlimen, dan 5 negeri ( Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan awalnya Perak juga jatuh ketangan PR ) tapi kini tinggal 4 sahaja, Perak di rampas semula. UMNO / BN cukup cemas dengan keadaan ini. Sebaliknya " permuafakatan " Pakatan Rakyat ( PR ) bertambah jitu.
Tapi bak kata pepatah " panas tidak sepanjang hari ", kekadang di selangkan dengan hujan, bukan saja hujan, ribut juga boleh mengambil tempat " Isu ini sedang melanda PR itu sendiri. Memang tidak dinafikan antara gagasan PR, PAS adalah parti paling senior, DAP dan yang bongsu dan masih beringus ialah PKR. Mungkin agaknya kepimpinan PR meletakkan Anwar bagi mengetuai pakatan ini kerana Anwar pernah bersama dalam kerajaan dan mungkin juga ehsan kerana Anwar pernah di penjarakan.
Kini dalam gagasan PR sudah mula merasakan bahawa pucuk pimpinan PR sepatutnya di ketuai oleh pemimpin dari sebuah parti yang cukup kedewasaannya, matang dan peringkat " grass rootnya " kuat. Cuba kita lihat beberapa isu yang di " highlightkan " masa kini. PAS seolah-olah merancang sesuatu untuk menidakkan hasrat dan cita-cita gagasan ini. Terutama menidakkan Anwar sebagai peneraju PR jika PR dapat menjejakkan kaki ke Putra Jaya nanti.
Ustaz Harun Din, menemplak Anwar tidak mengasaskan politik dengan Islam, tidak seperti PAS, sebaliknya PAS semua merujuk dengan Islam. Kenyataan ini berbangkit apabila Anwar Ibrahim melancarkan buku tulisan bekas Ahli Parlimen India, Mobashar Jawed Akbar yang berfahaman liberal yang menyimpang dari asas perjuangan PAS. Bagi Harun Din, Anwar akan melakukan apa sahaja yang boleh menguntungkan politiknya walaupun bertentangan dengan rakan dalam pakatan - ujar beliau.
Bagitu juga dengan Prof Emeritus Shahnon Ahmad, ahli seumur hidup PAS berpendirian bahawa DAP sepatutnya tertakluk kepada peraturan Islam kalau mereka hendak bekerjasama dengan Pas. Sebaliknya hari ini PAS hanya menuruti kehendak politik DAP. ( apakah ini benar ? )
Dalam masa yang sama Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa sedang menunggu surat saman dari Karpal Singh berikutan kenyataan beliau mengatakan Karpal Singh bukan setakat anti hudud tetapi juga anti Islam. Dan di Selangor perhubungan Azmin Ali dengan MB Selangor Khalid Ibrahim sudah semakin tegang dan panas membahang.
Isu terbaru di mana kepimpinan PAS di Pasir Salak terus mendesak agar " status quo " 2008 tidak diguna pakai, agihan perlu di fikirkan semula, ianya perlu berlandaskan kekuatan sesebuah parti di kawasan tersebut.
Sebahagian dari memorendum penyerahan
kawasan antara PAS dan PKR.
Persoalan yang timbul kini, apakah PAS tidak sedar bahawa " status quo " 2008 telah pun di persetujui di peringkat Majlis Presiden, dan mungkin kesan sampingan akan diterima oleh kepimpinan PKR di peringkat cabang kerana keputusan ini mendahului " consensus " dari pusat.
Persetujuan untuk mengembalikan kerusi Pasir Salak ke tangan PAS perlu mendapat persetujuan dari Majlis Presiden, dan apakah akan terjadi nanti jika Majlis Presiden menolok keputusan ini? Sanggupkan PAS Pasir Salak ( yang menganggap mereka sudah cukup kuat ) memprotes Presiden PAS kerana engkar dengan memorendum tersebut? Seterusnya mereka tidak akan melibatkan diri untuk kemengangan calun PKR mewakili PR pada PRU13 itu nanti?
Jelas senerio sebagini amat mendukacitakan, dalam keadaan PR dan majoriti rakyat sudah membayangkan ke Putra Jaya, dan program " Hijau ke Putra Jaya " tajaan PAS menguatkan lagi usaha tersebut, tiba-tiba tidak sangka gagasan PR di hinggap oleh " virus " keegoaan dalam rakan-rakan gagasan itu sendiri. Sudah pasti kemengangan PR adalah bergantong kepada komitmen, rasa bertanggongjawab, ada rasa kepunyaan serta saling caya mempercayaai. Kemenangan PR adalah tanggongjawab bersama.
No comments:
Post a Comment