Filem " Innocense of Muslims " telah mencetuskan perasaan marah umat Islam seluruh dunia, mereka turun ke jalan-jalanraya menunjukkan bantahan keatas filem tesebut. Secara lojik memang sepatutnya umat Islam ke jalan raya untuk menunjukkan kesetiaan dan kesucian agama anutan mereka.
Disebalik penayangan filem tersebut, sepatutnya umat Islam pula mencari sebab kenapa agaknya ada kalangan masyarakat dunia sudah pasti mereka ini adalah kalangan yang anti Islam mampu dan terdaya untuk melaku dan memfilemkan kerosakan cara hidup rasul kita.
Antara punca Rasulullah dihina samada melalui filem murah
atau apa jua sekali pun adalah kerana iman umat Islam itu sendiri semakin rapuh
dan lemah. Kita boleh lihat di seluruh dunia - dunia Islam, kekuatan, kesepakatan, keseragaman sudah luntur, pihak zionis barat memang berjaya menidakkan orang Islam terus mendampingi Islam.
Isu OPEK - Di mana dan kemana OPEC, bukankah OPEC ada senjata yang amat kuat, ianya boleh mengalahkan apa-apa jenis senjata sekali pun, ianya anugerah Allah, OPEC di anggotai oleh majoritnya negara Islam tapi malang ada antara negara Islam juga bertindak seperti api dalam sekam, musuh dalam selimut, telunjuk lurus kelinking berkait. Mengapa OPEC tidak menggunakan senjata ini? Mengapa tidak digunakan minyak untuk menghukum pengkhianat tersebut?
Isu kepimpinan di Malaysia, kata-kata kepimpinan tertinggi Muslim ini juga memberikan ruang dan galakan kepada NON MUSLIM untuk memprotes agama kita? Muslim sendiri tidak yakin dengan perundangan Islam itu sendiri. Muslim yang tidak mahu mengamalkan apa yang terdapat dalam Alquran. Pemimpin lebih mementingkan kerjaya politik dari memastikan Islam itu di bangunkan. Kita ambil contoh UMNO parti dominan dalam Barisan Nasional di anggap gagal untuk menterjemahkan kepentingan Islam pada rakan gabungan mereka terutama MCA, MIC dan serpihan parti yang lain.
KJ, ( gambar ) semasa tunjuk perasaan anti tayangan tersebut, tersasar dari apa yang segenarnya, sepatutnya beliau mengkritik bagaimana filem oleh diterbitkan dan mempertikaikan keprihatinan barat terhadap agama rakan-rakan lain. Tapi sebaliknya KJ mengkritik kepimpinan DAP. Apa kena mengena DAP dengan film tersebut. Ini membuktikan keikhlas untuk tujuan sebenar memang boleh di ragukan.
Sudah melebihi separuh abad, keakraban parti naungan Perikatan dan Barisan Nasional ( Melayu, Cina, India & suku kaum dari Sabah & Sarawak ) tapi mengapa UMNO yang mendominankan kepimpinan gagal menerapkan kefahaman Islam kepada rakan-rakan separti? Memang susah untuk menjawabnya, cuma mungkin UMNO ( Melayu Islam ) itu sendiri tidak berminat untuk tujuan memperagakan Islam kepada Non Muslim.
Siapa Ustas ini dan kepada siapa kenyataan di tujukan?
Pergeseran kalangan ulama juga amat menyedihkan masa kini, sepatutnya, mereka adalah gulongan terbaik untuk membimbing masyarakat hatta pemimpin itu sendiri, tapi malang budaya ini tidak ujud, sebaliknya mereka lebih cederung kepada kepenting " peribadi " lebih penting dari mentarbiahkan masyarakat dengan pengajaran Islam. Mereka sudah seolah-olah tidak berminat untuk membimbing masyarakat Melayu Islam untuk menghayati agama. Sebaliknya mereka mementingkan diri sendiri.
Isu Masjid, memang tidak dinafikan pihak kerajaan membangunkan masjid di seluruh pelusuk negara. Di mana ada nyawa Muslim di situ sudah pasti ada masjid. Ada jawatankuasaanya, ada pejabat agamanya, ada penyelia agamanya tapi apa yang malangnya keadaan masjid sudah tidak diurus dengan baiknya.
Masjid sebagai " Rumah Allah " tesergam indah, tapi apakah keindahan masjid itu indah juga pengisiannya. Atau ianya dijadikan seperti sebuah bangunan yang melambangkan negara ini " mengamalkan " Islam. Ini kerana salah faham kepimpinan pemerintah, mereka melebalkan setiap individu yang berminat untuk ke masjid dianggap " penentangan " kerajaan. Akhirnya mereka yang tinggalkan masjid.
Masjid dijadikan " gelanggan politik " kerana kita lihat bagaimana contohnya pada hari Jumaat, topik khutbah Jumaat satu Malaysia, keselamtan jalan raya, projek buku hijau, untuk mengaitkan isu sebagini bukanlah satu kesalahan tapi berikan keutamaan kepada isu pokok, seperti isu aqidah Umat Islam masa kini, permasalahan remaja Muslim, dan doa untuk pemimpin apakah ianya releven sedangkan rakyat juga tahu apa yang mereka buat.
Kesimpulannya, apakah kita sayang dan cintakan nabi hanya mempertahankkan Rasullullah jika baginda di hina? apakah tindakan kita yang langsung tidak menghormati baginda, tidak menunaikan " ararhan " baginda, kita juga tidak berusaha untuk menjadi " kekasih " baginda. Apakah kita sedar jika kita tidak sayangkan baginda secara tak langsung kita juga ingkar arahan Allah, kerana Baginda di lantik oleh Allah, keimanan kita boleh gugur atas tindak buat kita itu. - satu renungan.
Sebelum kita hendak menyelamatkan akidah umat sejagat,
pastikan kita sudah berusaha menyelamatkan akidah diri kita sendiri,
akidah keluarga kita sendiri, akidah jiran-jiran kita.
pastikan kita sudah berusaha menyelamatkan akidah diri kita sendiri,
akidah keluarga kita sendiri, akidah jiran-jiran kita.
Kalau kita sayangkan Rasulullah, buatlah semua yang Rasul suka,
tinggalkan semua yang Rasul benci.
tinggalkan semua yang Rasul benci.
No comments:
Post a Comment