Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, October 4, 2012

" TANDA PUTRA " KEMPEN UNTUK PRU13

Semua pihak berkepentingan memainkan peranan untuk memastikan nyawa UMNO dapat diselamatkan dengan berbagai-bagai cara, tak cukup dengan penglibatan cara langsung oleh agensi kerajaan seperti SPR, SPRM, PDRM dan akhirnya layar perak juga mengambil bahagian.

Mungkin juga secara " kebetulan " filem Tanda Putera di siapkan pembikinannya menjelang PRU13, dengan peruntukan RM4.5 juta juga penglibatan dari FINAS. Tanda Putera dapat disiapkan dan kini menunggu masa untuk di layar perakkan.

Pengarahnya, Shuhaimi Baba berkata filemmnya itu tiada kaitan PRU13, dan terima ianya sebagai sejarah dan ianya bukan alat propaganda mana-mana parti politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum 13, tapi "Menyifatkan sebagai kebetulan” kata beliau.

Sanggup pihak penerbit cuba memperbodohkan rakyat, Apakah " kebetulan " jika sebahagian sumber kewangan di taja oleh FINAS ( Perbadanan Kemajuan Filem Nasional )  so ! apakah benar ianya " kebetulan " atau pun " kebetulan " yang memang di rancang. Filem ini juga boleh dianggap satu " propaganda kerajaan "


Salah satu adegan ialah babak pemenggalan kepala oleh komunis yang di lakonkan oleh beberapa pelakon etnik Cina dan mereka yang menjeritkan kata-kata “SEMUA MELAYU PERGI MATI”!

Dialog ini sudah pasti menyayat hati orang Melayu, sudah tentu rasa meluap-meluap dan sudah tentu darah mendidih, sudah tentu rasa benci Melayu pada Cina di tahap yang paling maksima.

Apakah ini kebetulan? Tidakkah ianya menaikan rasa perkauman 
di kalangan Melayu dan Cina?


Selepas Mat Sabu membangkitkan kes Mat Indera, rakyat mula sedar di mana bahawa sejarah negara sudah di putar belitkan oleh pihak pemerintah, dan cukup jelas bahawa Tanah Melayu / Malaysia tidak hanya di jajah oleh komunis, Inggeris, Jepus, Belanda, Portugis tapi mengapa sejarah penaklokan negera-negara ini di diamkan sahaja? Atau apakah sejarah di negera ini di tulis untuk menjaga kepentingan UMNO sahaja. Penulisan sejarah juga mengikut keperluan dan kehendak UMNO.

Mungkin pihak penerbit masih meletakkan, daya fikir rakyat masih seperti tahun 40an dulu, dan peranan ini cuba di terjemahkan oleh beberapa mereka yang bergelar profesor ( profeso kangkong ). Dan yang peliknya kalangan profesor ini juga sanggup " melacurkan " diri mereka dengan mengistiharkan negara kita tidak pernah di jajah oleh bangsa lain. Bodoh betul profesor ini.

 
Kalau diperhatikan semua penjajah " buruk perangai " bukan kominis sahaja, malahan mereka yang dari barat juga demikian. Bagaimana kejamnya orang putih selama 400 tahun menakluki negera. Siapa yang membunuh Dato Maharaja Lela, Dato Sagor, Pandak Endut pada sekitar 1877 dan siapa pula yang membuang Sultan Abdullah Perak? Itu yang bunuh Tok Janggut dan mayatnya digantung songsang beberapa hari untuk dipamerkan kepada orang ramai depan Istana di Padang Merdeka, Kota Baru, Kelantan. Siapa punya angkara? Apa rasa korang bila lihat gambar Allahyarham Tok Janggut kat atas tu?

Tok Guru Abdul Rahman Limbong ( gambar ) Terengganu, ditangkap dan dibuang ke Singapura dan selanjutnya dibuang ke Mekah dalam tahun 1928 dan meninggal di sana, siapa punya kerja?


Sampai saja musim Pilihraya, tidak ada filem lain yang akan mengisi slot perjuangan tanah air, asyik-asyik filem lapok Sarjan Hasan lakonan Allahyarham P.Ramlee itu saja yang mahu ditayangkan! Huhh!


Inilah sikap yang berjaya diwariskan oleh penjajah British kepada anak-anak didik mereka dan diteruskan oleh generasi keturunan mereka yang masih menerajui pemerintahan negara. Masih tetap mahu menjilat mereka yang pernah menjajah negara. Bahawa perjuangan membebaskan negara dari cengkaman penjajah telah bertali arus sejak lama dulu lagi dan bukan baru bermula pada era Dato’ Onn atau pun Tengku Abdul Rahman.


Biasalah, penyeleweng dan pengkhianat sesuatu bangsa atau pun agama dalam perjuangan selalu berpihak kepada musuh. Apabila keadaan telah aman, mereka pula yang mengaku sebagai pejuang bangsa atau pun pejuang agama. Sebaliknya pahlawan atau pejuang sebenar di anggap petualang.

1 comment:

  1. yg menang, cipta sejarah~
    yg kalah cipta puisi~
    tunggu PR menang.. sabar je..
    inshaallah menang!

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA