Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, October 6, 2012

RAKYAT DULU DAN KINI - DAH TAHU

Rakyat Malaysia sama ada di Semenanjung mau di Timur pula rasa pertanggojawaban untuk memastikan negara dalam keadaan lebih selesa dan tidak di keliling dengan beban hutang yang tinggi. Selepas bajet 2013 rakyat di maklumkan negara akan berhutang di angka yang sungguh mengerunsingkan. memang tak salah, setiap rakyat sama yang sudah dewasa mau pun baru lahir perlu bertanggongjawab atas hutang tersebut.

Slogan-slogan yang digunakan oleh pucuk kepimpinan hanyalah untuk mengelabui daya fikir rakyat. Slogan BCA - Bersih, Cekap, Amanah - ciptaan Mahathir, telah berjaya memulakan satu gaya hidup yang cukup mewah di kalangan pemimpin. Bagi Abdullah pula cuba menerapkan peranan agama dalam penghidupan. Slogan " Islam Hadari " tak tahan lama kerana rakyat inginkan pemimpin yang lebih tegas dan di gantikan dengan Najib dan beliau pula membawa slogan 1Malaysia. Dengan slogan ini rakyat bertambah parah. Dikuti pula dengan kesan dari PRU12. Rakyat mula sedar, kesedaran di ilhamkan oleh PR - Pakatan Rakyat. Rakyat bertambah benci dengan papan-papan tanda projek yang di laksanakan dengan " Satu Lagi projek Kerajaan Barisan Nasional "

Kesadaran dan perubahan biasanya bermula dari kesedaran rakyat bawahan.  Rakyat mula memberanikan diri supaya dan tidak lagi angguk dan terima, duduk dan diam, atau putus asa dan lupa.  Rakyat mula faham untuk mengubah nasib rakyat dan negara hanya dengan kesepakatan, ada rasa tanggongjawab, berganding bahu serta mampu bangkit dan melawan.  

Demokrasi bukan lagi permainan yang dikawal si pemerintah dan rakyat tidak akan terus menerima arahan bahawa demokrasi hanya boleh terpakai di tempat-tempat tertentu.  Peristiwa perhimpunan BERSIH, 1.0 dan 2.0 pada 9 Julai 2012 telah menunjukkan rakyat akan menang dalam pertarungan demokrasi jalanan walau apapun yang berlaku.  Meriam air kimia, gas pemedih mata, dan macam-macam lagi keganasan polis boleh menyakitkan dan mencederakan para peserta, tetapi pemerintah tidak berupaya menewaskan semangat rakyat yang perjuangkan keadilan. 

Rakyat juga sudah faham cara mana UMNO meneruskan kuasanya. UMNO memperlekehkan kaum lain untuk keselesaan mereka, bangsa lain khususnya kaum Cina " sentiasa menindas dan memberikan kesulitan orang Melayu " sebaliknya Orang Melayu perlu menerima hasutan ini tanpa syarat.  rakyat perlu sentiasa dipecahbelahkan supaya sistem perwakilan politik kita terus bergantung pada kontrak perkongsian kuasa yang ditandatangani si bangsawan dan dimaktubkan sebagai kontrak sosial tanpa sebarang konsensus rakyat.  Maka, sesiapa yang berani mempersoalkan UMNO seringkali dilabel anti-Melayu, anti-Islam, atau anti-Raja.  Label-label ini barangkali alasan mudah untuk tindakan kekerasan diambil ke atas mereka yang tidak turut perintah.  Ramai juga yang terkena dan meringkuk bertahun-tahun dalam penjara.

Namun, tanpa disedari UMNO, zaman sudah berubah.  Rakyat biasa tanpa mengira kaum dan agama sudah menemui matlamat yang sama dalam tuntutan supaya negara dibebaskan daripada penyelewengan dan pentadbiran kotor.  Gerakan BERSIH 1.0 dan 2.0 yang menuntut pilihanraya adil dan bersih adalah salah satu contoh rakyat mampu bersatu demi matlamat yang sama dalam melawan kerakusan UMNO-BN.  Tuntutan BERSIH bukan hanya supaya BN dikalahkan, sebaliknya BN harus menang dalam pilihan raya yang tidak dipersoalkan kesahihannya.  Kenapa BN takut pilihanraya bersih?  Kenapa tidak memberi hak mengundi secara automatik kepada sesiapa yang layak?  Kenapa daftar pengundi tidak telus dan bersih?  Kenapa boleh terjadi 300 orang pengundi dalam sebuah rumah?  Kenapa orang mati masih layak mengundi?  Kenapa orang asing boleh menjadi warganegara dan pengundi sah dalam satu hari?  Kenapa SPR tidak pernah mengenali penyelewangan pilihanraya?  Kenapa dakwat kekal yang dijanjikan tiba-tiba ditarik perlaksanaannya pada PRU-12?  Kenapa Najib Razak yang hampir kalah pada 1999 tiba-tiba menang dengan majoriti lebih 95 kali ganda pada 2004?


Persoalan yang ditimbulkan oleh BERSIH 2.0 dengan 8 tuntutan semamngnya tidak mampu dijawab oleh UMNO-BN, sebaliknya kepimpinan Perdana Menteri sendiri orang tidak bermaruah untuk menjanjikan demokrasi yang terbaik di dunia.  Di ikuti pula dengan Ketua Polis Negara mengumumkan hanya 1% anggota polis terlibat rasuah dan  Pengerusi SPR pula berkata daftar pengundi Malaysia adalah yang terbersih di seluruh dunia.  

Sebenarnya apa yang belaku masa kini oleh kebangkitan Rakyat ada kait mengait dengan PRU Tahun 2008 terpahat dalam sejarah Malaysia sebagai tahun rakyat menyuarakan hasrat untuk perubahan.  Keputusan PRU-12 yang melihat UMNO-BN hilang majoriti 2/3 dalam Dewan Rakyat dan parti-parti pembangkang dipilih menjadi kerajaan di empat negeri - Selangor, Perak ( diambil semula ), Pulau Pinang, dan Kedah - di samping Kelantan yang sekian lama menjadi kubu PAS. Dengan insiden ini apa yang diharapkan agar ada perubahan kepada  UMNO-BN untuk berubah buruk laku dan perangai juga tidak kesampaian kerana dalam tempoh empat tahun kemudiannya, pelbagai indikator menunjukkan rejim setengah abad ini tidak mampu mengubah tabiat zalimnya.  Kalau sudah 50 tahun memerintah tanpa perlu menghiraukan sesiapa, memanglah sukar untuknya berubah dan menjadi baik dengan tiba-tiba.

Akhirnya, rakyat bangun dan memastikan keadaan negara akan lebih selamat dengan memastikan regim UMNO / BN di tiadakan di pemerintahan Malaysia di PRU13 nanti. Takbir. Allahuakbar.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA