Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, October 8, 2012

JELAJAH MERDEKA RAKYAT DI TITI GANTONG

Titi Gantong 7 Okt., dalam DUN Bota dan Parlimen Parit, pada petang ini 7 Oktober, digempor oleh Ketua Pembangkang, kehadiran beliau memang di tunggu-tunggu oleh pendudukan, peminat serta pengundi di kawasan ini.

 Deretan kereta dari Bota menuju ke Kawasan 
Pasar Sabtu di Titi Gantong.

 Akhirnya jam 5.05 petang, bas Jelajah MerdekaRakyat selamat tiba
 di kawasan pasar Sabtu tersebut.

 Sesampai dan menapakkan kaki di pekan Sabtu, dengan di iringi oleh 
Ketua Cabang PKR Parlimen Parit, YB Anwar berkunjung ke gerai-gerai sekitar


Penduduk Bota khasnya, pengunjung pekan Sabtu, peminat dan pengundi di kawasan ini amat bebesar hati dengan kehadiran beliau, dan beberapa pengunjung merasakan ada kelainan kehadairan Anwar kali ini, kerana bagi mereka Anwar pernah hadir ke kawasan beberapa kali, semasa menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO, kemudian menerima penghijrahan DUN Bota, YB Nasaruddin, kehadiran kali ini Anwar mendedahkan kenapa UMNO / BN perlu ditukarkan ke PR.


Kenapa saya di " terajang " dari UMNO? Anwar memulakan bicara. Semasa menjawat jawatan menteri kewangan, PM masa itu Mahathir mengarahkan saya menyelesaikan " bill out " anaknya sejumlah 2 billlion. Atas dasar tidak mahu terlibat dengan penyalahan guna wang rakyat dan mungkin agaknya engkar dengan arahan bos, saya di pecat dan berehat di sungai Buluh. Mungkin dengan " berehat " dipenjara ada hikmatnya dan kini saya kembali dengan penoh keredhaan, keinsafan dan rasa bertanggongjawab terhadap rakyat, rakyat perlu dibantu tidak kira Melayu, Cina atau India dan ethik lain-lain di Sabah dan Sarawak.


Dalam PR - kita ada badan yang memikirkan bagaimana untuk memastikan rakyat dapat hidup dengan penoh keselesaan, sebab itu PR mampu mengumumkan penurunan harga petrol, kami juga mampu untuk menghapuskan pinjaman PTPTN, bagaimana harga kereta boleh diturunkan juga bagaimana bayaran letrik boleh di rendahkan lagi. Kumpulan muda ini amat serius dalam tugasan yang diamanahkan. Kita masih ingat lagi bagaimana Sdr. Rafizi - yang mampu mendedahkan penyelewengan NFL. Secara seloroh, Anwar menyarankan kepada semua yang berminat untuk membeli kereta, tangguhkan sahaja dan tunggu selepasa PRU nanti. di sambut dengan tepok sorak.


Bagaimana kita ( PR ) mampu menurunkan semua perkara yang di nyatakan, duduk saja di Putra Jaya, kita sudah ada 80 billlion - wang petronas. Belum lagi di campurkan dengan hasil-hasil lain. Jadi ambil hanya antara 3 - 4 billion sudah boleh membayar hutang pinjaman PTPTN, kerajaan PR akan melangsaikan hutang tersebut cara ansuran. Bagitu juga dengan projek-projek kerajaan akan di bukakan tender secara terbuka, kerana dengan ini setiap projek sudah dapat harga yang rendah atau yang paling " releven " dengan projek.

Lihat sahaja bagaimana Kedah boleh berjimat, bagai Kelantan bagaimana dengan Pulau Pinang dan memang tidak dinafikan Selangor. Sebagai penasihat ekonomi Selangor, adalah dilarang untuk MBnya menggunakan wang rakyat untuk majlis perkahwinan anaknya. Tidak seperti apa yang berlaku di Melaka. Hampir 1.3 juta dibelanjakan untuk majlis perkahwinan.

Yang penting ketirisan di tiadakan.


Untuk mentiadakan itu semua, kerjasama dari tuan/puan memang dan sangat diharapkan, kerana hanya melalui pilihanraya semua penyelewengan, amalan rasauh, amalah kronisme, dapat di hapuskan. Sebagai contoh sudah hampir 20 tahun di kerusi MB Kelantan Tuan Guru Nik Aziz tidak ada mengambil tanah, tidak ambil saham, tidak jaga kroni, tidak membela kawan. Lihat hanya baru 4 tahun memerintah di Pulau Pinang, di Kedah, dan di Selangor, kerajaan negeri-negeri ini sudah mampu " menyara " dan memberikan " kebajikan " untuk rakyat, seperti tabung warga mas, air percuma, skim bantuan anak-anak ke pusat pengajian tinggi, khairat kematian, peruntukan yang tinggi untuk agama Islam, dengan itu cuba kita bertanya pula kenapa agaknya negeri-negeri  bawah BN tidak mampu untuk tujuan tersebut.

Bagai mana hutang PTPTN di tuntut sehingga ke lubang cacing oleh pemerintah, sebaliknya hutang mereka yang rapat dengan pemerintah di biarkan sahaja, seperti hutang Tajuddin Ramli dengan Masnya. Yang kaya terus kaya dan miskin papa kedana.




Sebahagian dari mereka yang hadir di perkarangan Pekan Sabtu Titi Gantong.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA