Keterdesakan UMNO kini memang tidak dapat di nafikan lagi, apa saja yang dibuat oleh mereka semua tidak menjadi seperti pelaburan, omongan, janjian. Kalangan meraka juga mewajibkan agar di masjid, sekolah tidak mempolitikkan institusi tersebut, juga setiap perancangan yang di rancang dan di ambil tindakan oleh pihak kerajaan. Tapi kini malang seribu kali malang Pergerakan Pemuda UMNO akan mengembangkan sayapnya ke IPTA.
" Umno menerusi sayap Pemudanya akan menubuhkan kelab penyokong parti itu 
di setiap kampus institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini 
bagi meraih sokongan golongan mahasiswa terhadap parti itu dan BN ". KJ ( gambar ) menyatakan demekian selari dengan  pindaan Akta Universiti dan Kolej 
Universiti (AUKU) 2012 baru-baru ini, yang kini membenarkan mahasiswa 
untuk telibat dan memegang jawatan dalam mana-mana persatuan dan 
pertubuhan termasuk parti politik.
"Kita dapat banyak pertanyaan dari mahasiswa yang mana mereka mahu ada platform khas untuk mereka dan untuk menyahut permintaan tersebut, kita proaktif sebab kita tidak mahu tunggu mereka untuk menjadi ahli kita, tapi kita ke hadapan berjumpa mereka," tambah beliau.
"Kita dapat banyak pertanyaan dari mahasiswa yang mana mereka mahu ada platform khas untuk mereka dan untuk menyahut permintaan tersebut, kita proaktif sebab kita tidak mahu tunggu mereka untuk menjadi ahli kita, tapi kita ke hadapan berjumpa mereka," tambah beliau.
Pergerakan Pemuda perlu  proaktif atas perubahan tersebut dan tidak perlu menunggu perubahan dari dalam malahan masyarakat di kampus juga memang sudah biasa dengan " mainan politik ", mereka sering dan saban tahun mengadakan pemilihan untuk exco pelajar untuk mengurus dan mentadbir mahasiswa itu sendiri.
Apakah kini, pemuda itu sendiri sudah gagal untuk meraih simpati dari kalangan pemuda yang sudah boleh mengundi iaitu berusia melebihi 21 tahun. Kegagalan ini juga membuktikan kegagalan Pemuda UMNO itu sendiri. Ini dapat dibuktikan dengan ramainya kalangan pemuda yang sudah hilang minat dengan UMNO. 
Organisasi salahkah atau gaya kepimpinan itu salah?
 
 Tapi bagi AMK - Angkatan Muda Keadilan melalui Pengarah Biro Mahasiswanya En. Mohd. SAifullah Mohd. Zulkifli ( gambar ), tindakan ini memang amat terdesak dan juga melambangkan kegagalan sokongan kepada BN Youth Volunteer dan BN media sosial tidak mendapat sambutan.Tapi jika ada laluan untuk BN/UMNO apakah PR tidak boleh melebarkan sayapnya ke IPTA juga. 
 

Muhd Syahid Mohd Zaini
Presiden Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU PERAK) / 
merangkap YDP Majlis Perwakilan Pelajar UM sessi 2010 / 2011
Kehendak dan keperluan orang politik dengan kepimpinan pelajar memang jauh sekali, bagi orang politik yang penting ialah kesimbangungan " jawatan  dan kuasa " kedudukan mereka tapi bagi para pelajar proses kepimpinan pelajar itu dapat melahirkan seorang pelajar yang cemerlang dan daya fikir mereka tidak di " comotkan " ilmu politik yang sentiasa mengadudumba antara satu sama yang lain.merangkap YDP Majlis Perwakilan Pelajar UM sessi 2010 / 2011
" Justeru itu, kita tidak menyokong mana-mana parti samada dari 
Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kelab penyokong 
mereka di kampus kerana ia seumpama terus menjinakkan mahasiswa dengan 
dunia politik luar yang sering dibudayakan politik fitnah, 
pertelingkahan, permusuhan dan rasuah ".  Tambah Muhd. Syahid.
Mahasiswa di Malaysia sememangnya telah lama lumpuh dari arena kepimpinan sejak AUKU -  Akta Universiti dan Kolej 
Universiti ditubuhkan, akta ini telah melahirkan mahasiswa yang lesu dan 
gagal berperanan sebagai agen perubahan dan jurubicara masyarakat. Sebenarnya peranan mahasiswa, mereka 
perlukan corak politik baru yang lebih intelek bukan seperti budaya 
politik sekarang yang sering menfitnah, menzalimi dan tidak bersih. Untuk itu banyak pihak menyarankan agar  semua badan dan ahli politik perlu menghormati kampus sebagai pusat
 keilmuwan. Mahasiswa mahukan politik nilai dan politik keadilan untuk 
dijadikan contoh kepada generasi baru.
Tapi apa yang berlaku kini dengan adanya KPT - Kementerian Pengajian Tinggi, seolah-olah kementerian ini merancana daya fikir mereka ( mahasiswa ) untuk terus menerima kepimpinan BN / UMNO, sedangkan corak dan daya fikir mahasiswa sudah tidak selari dengan apa yang di tonjolkan oleh UMNO / BN  itu sendiri. Kita boleh lihat bagaimana adanya kelab UMNO di Pusat-pusat pengajian di Luar negara dan bagaimana KPT juga memainkan peranan dalam pemilihan perwakilan pelajar. Semua kehendak UMNO / BN seboleh-bolehnya diterapkan kepada mahasiswa.

No comments:
Post a Comment