Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, September 18, 2012

TOK GURU - CEPAT LE PRU 13, KAMI DAH LETIH

 

SDR PENGARANG,

AKHBAR The Star pada edisi 4 September telah memaparkan satu berita muka depan yang sangat menarik iaitu mengenai kalendar pilihan raya umum akan datang dengan mengemukakan beberapa tarikh yang difikirkan paling sesuai untuk diadakan.

Maka antara lain, tarikh yang difikirkan sesuai itu ialah pada 3, 5, 11, 14, 23 atau 25 November.

Setiap tarikh berkenaan mempunyai beberapa sebab tertentu kenapa ia dipilih dan dikatakan sesuai untuk diadakan pilihan raya umum.

Dan bulan November dipilih atas beberapa sebab. Pertama ia adalah satu-satunya bulan yang masih tinggal pada tahun ini yang paling sesuai untuk diadakan pilihan raya umum.

Bulan ini adalah bulan pembentangan bajet. Bulan depan (Okt) adalah bulan orang Islam mengerjakan haji.

Bulan Disember adalah yang paling tidak sesuai kerana musim tengkujuh tiba dan ini memberi masalah kepada persediaan logistik dan juga persediaan untuk mengadakan satu pilihan raya umum.

Maknanya, jika tidak diadakan pada tahun ini, maka kita semua terpaksa melupakan pilihan raya umum sehinggalah menjelang tahun hadapan.

Tahun hadapan pula, kerajaan yang ada sekarang hanya sah berkuasa secara teknikalnya sehingga 28 April kerana menjelang tarikh itu, genaplah lima tahun pemerintahannya - iaitu suatu tempoh maksimum sesuatu kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat untuk berkuasa dan memerintah.

Selepas tarikh itu Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mempunyai tempoh 60 hari untuk mengadakan pilihan raya umum.

Ini bermakna, paling maksimum pun pilihan raya perlu diadakan menjelang Jun 2013.

Namun begitu, ini belum lagi lah pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya negara kita.

Tahun hadapan dengan ekonomi global dijangka menjadi lebih tidak menentu, apakah kerajaan Barisan Nasional (BN) bersedia mengambil risiko tersebut.

Bagi saya, jalan yang paling selamat ialah adakan pilihan raya tahun ini.

Dan sepertimana akhbar The Star, saya sebagai rakyat jelata juga mahukan perihal pilihan raya ini diselesaikan dengan segera tanpa tangguh-tangguh lagi iaitu menjelang bulan November nanti.

Satu-satunya penghalang ialah peperiksaan SPM dan STPM yang dijadualkan berlangsung pada 5 dan 19 November depan.

Bagaimanapun sejarah telah pun membuktikan bahawa pilihan raya pernah dilangsungkan pada musim peperiksaan berkenaan iaitu pada tahun 1999. Jadi segerakanlah pilihan raya umum kerana kami telah jemu menunggu...

HAJI MARSID
Pendang, Kedah

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA