17 Sep. 2012 / 29 syawal 1433, Langkap, PKR Cabang Pasir Salak dengan keahlian seramai 2563 ahli menunaikan tanggong jawab dalam berorganisasi untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan yang ke 8 di Pejabat parti. Persidangan ke 8 ini dirasmikan oleh Sdr. YB Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Pengarah Komunikasi Keadilan yang juga ADUN Sri Setia di Selangor.
Hj. Osman bin Abdul Rahman - Ketua Cabang.
PKR kini telah menjadi " batu " penghalang kepada kelancaran UMNO untuk mempertahankan Putrajaya, dengan gubungan PAS dan DAP, kecelaruan dalam BN khasnya UMNO amat jelas sekali, UMNO telah menggunakan semua agensi kerajaan sebagai " supporting team "nya. Perjuangan PKR adalah untuk semua, setiap rakyat perlu menikmati kemewahan yang ada bukan hanya menjaga " ketuanan Melayu " Setalah hampir 60 tahun UMNO bergerak dengan " Ketuanan Melayu " kini rakyat Malaysia mula faham khususnya orang Melayu di mana " ketuanan Melayu " ini digunakan untuk kepentingan pempinan UMNO mengaut harta negara. Tiket untuk mereka sanak saudara dan sahabat handai untuk hidup mewah hanya dengan menjadi Pemimpin UMNO.
Pertambahan : Melayu 6327, Cina 137, India - 669, lain-lain 2179
PRU12 - 42,712 kini PRU13 - 50,766 = 8,054
Kini : 24,709 undi ( Melayu 15981, Cina 6,459, India 1,079 Lain-lain 1,193
Pertambahan : Melayu 2564, Cina 250, India - 267, lain-lain 1,172
PRU12 - 20,990 kini PRU13 - 24,709 = 3,719
Kini : 25,977 undi ( Melayu 24,030, Cina 119, India 808, Lain-lain 1,020 )
Pertambahan : Melayu 3763, Cina - 113, India - 402, lain-lain 1,007 PRU12 - 21,722 kini PRU13 - 25,977 = 4,255
Kini : 25,977 undi ( Melayu 24,030, Cina 119, India 808, Lain-lain 1,020 )
Pertambahan : Melayu 3763, Cina - 113, India - 402, lain-lain 1,007 PRU12 - 21,722 kini PRU13 - 25,977 = 4,255
Kini - tambah Hj. Osman, dalam suku tahun pertama tahun ini 2012 sahaja bagaimana SPR menyalahgunakan kuasa untuk mengikut kehendak UMNO, untuk memastikan UMNO terus menang di PRU13 penambahan pemilih yang amat tidak menusabah sekali. Bagi DUN Sungai Manik undi Melayu bertambah 2564, Cina 250 India berkurang 267 dan bertambahan mendadak untuk lain-lain kaum 1172. Bagi DUN Kg. Gajah Melayu 3763, Cina hilang 113, India hilang 402 dan penabahan kepad Lain-lain sejumlah 1007. Untuk Parlimen ianya berjumlah 50766 dengan pecahana Melayu 40011, Cina 6618 India 1884 dan lain-lain kaum 2213.
Sebahagian dari perwakilan yang hadir di mesyuarat tersebut.
YB Nik Nazmi bin Nik Ahmad -
Pengarah Kemunikasi Keadilan, YB DUN Seri Setia-Selangor
Sejak akhir-akhir ini jelas rakyat sedang melaksanakan satu pusingan kepercayaan terhadap kepimpinan UMNO / BN, berdasarkan " Deklarasi Permatang Pauh " yang di tandatangai pada 12 Sep. 1998, PKR menggariskan hala tuju untuk memastikan rakyat di Malaysia dapat menikmati kekayaan dan kemewahan sama rata di kalangan mereka ( hak bumi terus di pelihara ).
Gabungan PR ( PKR, PAS & DAP ) telah dapat memberikan keyakinan kepada rakyat kaitan dengan salah laku yang di amalkan oleh UMNO / BN sepanjang pemerintahan mereka. Lihat sahaja bagaimana Sdr. Rafizi dapat mendedahkan penyelewangan NFC, bagaimana kereta boleh dimurah dimurahkan harganya, dan bagai mana agihan kekayaan di negera boleh di nikmati oleh semua rakyat.
Buku Jingga, dapatan dari idea PR telah di tiru oleh BN, mereka cukup susah hati, bila kita dapat memberikan perkiraan untuk menghapuskan PTPTN, bagaimana harga kereta boleh diturunkan, bagaimana harga minyak di murahkan, bagi mereka jika di laksanakan apa yang ada dalam buku Jingga negera akan " bangkrap " tapi sebenarnya, bukan negara yang bangkrap tapi sebaliknya diri mereka sendiri yang papa kedana untuk meneruskan kemewahan dalam penghidupan.
Untuk itu adalah diharapkan agar semua pihak dari PR meneruskan kerja kuat dan dapat memastikan lagi ramai kalangan pemilih untuik memilih calun-calun dari PR. Penambahan pengundi yang di nyatakan oleh Ketua Cabang tadi bukan hanya di Pasir Salak tapi di seluruh kawasan pilihanraya. Apa yang penting kita khususnya ahli PKR perlu memainkan peranan untuk memastikan calun-calun dari PR memenangai setiap kerusi yang di tandingi.
YB Nik Nazmi menyampaikan cenderemata kepada ketua ranting Chui Chak
En. Chong Hock Ten, kerana penambahan ahli di ranting tersebut.
No comments:
Post a Comment