Apa yang tercatat di bawah. Apakah ianya mengejutkan?
Khabarnya Anwar Ibrahim ketika turun ke Sabah dan Sarawak kemudian balik ke Kuala Lumpur dua hari lepas menggunakan jet
 peribadi. Jet itu dibekalkan oleh seseorang untuknya bagi memudah dan 
meringkaskan perjalanan beliau untuk menghadiri beberapa majlis parti di
 Sabah dan Sarawak.
Tidak mungkin untuk Anwar menyewa sendiri jet 
berkenaan? Sudah pasti ada individu atau tokoh korporat yang menyediakan
 jet itu untuk Anwar. Siapa? 
Soal naik jet peribadi ini perkara biasa bagi Anwar. Tetapi kenapa isu 
ini dibangkitkan ialah dalam situasi hari ini. Anwar sebagai ketua 
pembangkang Malaysia tidak mendpat kemudahan jet peribadi untuk berulang
 alik ke mana saja bagi berkempen seperti mana Najib Razak.
Najib sebagai PM mendapat kemudahan itu dan ini menjadikan pergerakannya cepat. Apa yang mungkin berlaku penyediaan jet
 kepada Anwar itu oleh mereka yang simpati dengan perjuangan Anwar. 
Mereka tidak tergamak untuk melihat Anwar naik turun AirAsia atau kapal 
terbang Mas yang meletihkan.
Mereka juga pastilah orang yang menyokong dan mengharapkan Anwar akan jadi PM.  
Dari sudut lain kemurahan hati mereka yang menyediakan jet berkenaan 
mungkin kerana dia sudah merasai bahawa selepas ini Anwar akan jadi PM. 
Dengan perkembangan di Sabah dan Sarawak boleh meruntuhkan UBN dan 
kerajaan akan datang dari Pakatan Rakyat.
Dan memang sepatutnya juga Pakatan Rakyat menyediakan jet peribadi untuk
 Anwar kerana cara itu juga sebagai membalas atas keseriusan Anwar dalam
 berjuang untuk meruntuhkan BN demi rakyat. Saya rasa tidak ada masalah 
kalau Pakatan Rakyat untuk menyewa jet bagi Anwar dan juga pemimpin yang
 lain.
Khabarnya kepulangan Anwar dengan jet peribadi jenis F Jet itu turut 
sama dinaiki oleh pemimpin Pas. Saya hendak tanya dalam tempoh berada 
dalam penerbangan itu apakah yang penumpang jet itu bincangkan atau 
sebaik duduk di seat terus tidur kerana keletihan kerana itulah pertama 
kali merasai terbang dengan jet peribadi?- MSO

No comments:
Post a Comment