Beberapa penemuan menunjukkan ada usaha oleh Suruhanjaya
Pilihanraya (SP)R) memanipulasikan daftar pemilih untuk memastikan
kemenangan UBN di dalam pilihan raya akan datang. Perkara ini didedahkan
oleh ketua pembangkang Anwar Ibrahim ( gambar ) seperti mana yang ditemui di dalam
laporan Odit Persempadanan dan Pemetaan Daftar Pemilih yang mereka
perolehi.
Sekurang-kurang ada lima bentuk penipuan yang sedang berlaku sekarang
atau sengaja dilakukan walaupun kesalahana dan kecatatan itu boleh
diperbetulkan. Beliau mendedah perkara ini semasa berucap di majlis
makan malam Pakatan Rakyat di Shah Alam malam tadi.
Perkara itu jelasnya;
1. Terdapat 64,100 pengundi pos yang namanya dimasukan dalam daftar undi
pos dalam tempoh satu hari di mana proses ini tidak menerusi proses
semakan dan bantahan.
2. Sebanyak 77,246 nama pemilih yang tidak terdapat dalam PRU 12 tetapi
tiba-tiba muncul dalam daftar pemilih baru untuk PRU 13. Nama-nama ini
sudah lebih lima tahun memohon sebelum ini tetapi baru dimasukkan,
keadaan ini memelikkan.
3. Sebanyak 304,136 pemilih yang tarikh permohonan mereka diragui atau
tidak ada langsung tetapi terdapat dalam daftar pemilih yang disahkan
untuk dipakai dalam pilihan raya akan datang.
4.Sebanyak 252,000 nama pengundi polis dan tentera yang tidak disertakan
dengan lokaliti. Lokaliti pula sekarang ini dikurangkan menjadikan
pengundi disesuatu lokaliti itu besar menyebabkan sukar untuk membuat
semakan dan pemantauan.
5. Terdapat 4.3 juga pengundi yang tidak beralamat atau tiada nombor
rumah. 1.99 juta boleh diperbaiki segera tetapi tidak dilaksanakan.
Dengan terdedahnya beberapa perkara itu jelas menunjukkan SPR bersubahat
melakukan kebusukan untuk memastikan UBN menang. Menurut daftar pemilih
hingga Mac tahun 2012 terdapat 13 juta pemilih.
Sehubungan itu Anwar meminta supaya pemimpin Pakatan Rakyat yang
ditugaskan menyelesai dan mengambil tindakan berhubung perkara ini
menyegerakan tindakan. [wm.kl.10:51 am 29/09/12]
No comments:
Post a Comment