30 Sep. 2012, ari ini Dewan Pemuda PAS kawasan Pasir Salak, DUN Kg. Gajah dengan penyertaan hampir 300 orang terdiri dari semua golongan ahli PAS, penyokong dan pengundi memberikan ruang masa untuk bersama-sama. Dan majlis bermula dengan satu taklima di Markas PAS Kg. Gajah, kemudian tepat jam 9 pg dengan sejumlah 20 buah berbagai jenis kereta dan hamir 50 buah motor bergerak menghala ke Sungai Galah.
Sebahagian dari motor peserta yang menonggang motorsikal, mereka keluar dari kawasan markas PAS di Kampong Sungi Galah, anak muda ini memperlihatkan rasa bertanggongjawab untuk memastikan di PRU13 nanti kawasan DUN Kg. Gajah ini bertukar tangan.
Dari Sungai Galah konvoi terus meretasi laluan Padang Gotak ke Cawangan Pulau Tiga, dan terus ke cawangan-cawangan sebelah kiri Sungai Perak, seperti Ranting Kepala Pulau, Geronggong seterusnya ke Pasir Kubu, dari sini ambil jalan pintas terus ke Felcra Sbg. Perak dan semua peserta mengambil kesempatan berehat di kawasan Masjid Al Ansar sambil membasahkan tekak.
.
Sebahagian dari peserta bergambar dengan berlatar belakangkan Masjid Al-Ansar.
Sebahagian dari kaum Muslimat yang turut sama.
Sebagaimana biasa, peluang diambil dengan keramaian peserta sudah tentu diambil untuk berbicara kaitan dengan isu-isu semasa yang sedang di perbincang hangatkan. Isu filem " Innocense of Muslims " Seorang peserta sedang memberikan kata-kata semangat kaitan dengan isu tersebut.
Ustaz Mustafa Hj. Shaari selaku Naib Ketua Kawasan yang diapit oleh Drs. Ishak yang juga bakal calun untuk DUN Kg. Gajah dan sdr Shamsul sedang berucap
" orang muda " sedang memperagakan motor milik mereka semasa rehat, Pemuda PAS juga sentiasa mengikuti perkembangan semasa. Pemuda PAS kini sudah mampu menyaingi Pemuda UMNO yang memang terkenal dengan " kayarayanya "
Himpunan keret semasa berehat di rumah Hj. Rahmatin di Padang Guntum, di sini pihak tuan rumah telah menyediakan makan tengah hari untuk semua peserta.
Program konvoi ini tamat di Cawangan Pulau Juar.
No comments:
Post a Comment