Penulis
bertemu seorang ahli perniagaan dari Sabah yang rapat dengan Ahli
Parlimen Beaufort merangkap bekas Timbalan Menteri, Datuk Seri Lajim
Ukin.
Kalau boleh penulis sebutkan disini, beliau adalah ‘financer’ Lajim
Ukin dan turut terlibat dalam perbincangannya untuk keluar UMNO dan
menyertai Pakatan Rakyat.
Kebetulan pula, isu Lajim Ukin ini sekarang sedang hangat
diperkatakan para penyokong Pakatan Rakyat sendiri. Maklumlah, sejak
berhijrah beberapa bulan lepas, ‘sumbangan’ Lajim Ukin kepada Pakatan
Rakyat masih tidak nampak walaupun banyak yang telah dibelanjakan untuk
membawanya masuk.
Tak seperti golongan artis veteran, bekas pegawai tinggi kerajaan
yang tidak menunggu lama untuk menjelajah satu Malaysia, berceramah di
atas pentas PAS walaupun ada di antara mereka belum pun menyertai parti
tersebut secara rasmi!!
Sedangkan Lajim Ukin sehingga kini masih gagal menunaikan janji untuk
membawa beberapa pemimpin dan bekas pemimpin UMNO menyertainya. Begitu
juga dengan UMNO Beaufort yang pernah dipimpinnya, bukan setakat masih
wujud malah orang-orang kuat bahagian tersebut yang dicanang akan
menyertainya, masih disitu.
Jadi ini peluang bagus untuk penulis mendapatkan maklumat, apa sebenarnya yang sedang berlaku kepada Lajim Ukin?
Ahli perniagaan ini memberitahu penulis bahawa Lajim Ukin sebenarnya
masih lagi berhubung dengan Perdana Menteri Najib di dalam diam. Lajim
dikatakan membawa peranan ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim pada 2009
yang berpura-pura menyertai PKR untuk menutup cubaan membeli 3 ADUN
Perak yang melompat parti dan menjadi penyebab kepada kejatuhan kerajaan
Pakatan Rakyat Perak.
Yang berbeza ialah Lajim memainkan peranan sebagai pihak yang
membocorkan nama-nama pemimpin dan bekas pemimpin UMNO dan Barisan
Nasional yang mahu melompat parti kepada Najib sehingga Najib menghantar
orang-orangnya untuk memastikan perkara tersebut tidak berlaku.
Antara yang terlibat ialah Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Ghaffur Salleh, Tan Sri Kasitah Gadam dan beberapa orang lain.
Pendek kata Lajim sanggup menjadi ‘pengkhianat’ untuk mengkhianati yang lain.
Selepas mendengar semua ini, penulis pelik kenapa kepimpinan Pakatan
Rakyat boleh terpedaya dengan orang ini begitu mudah sekali. Selain dari
rasional yang penulis sebutkan di atas, tidak hairanlah sekarang kenapa
DAP tidak yakin, malah terus bercakap tentang memperkenalkan
undang-undang anti lompat sebaik Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing
meninggalkan BN untuk menyokong Pakatan Rakyat.
Mungkin DAP sudah dapat menghidu apa yang tersirat di sebalik
tindakan Lajim Ukin tempoh hari dan mengambil tindakan untuk tidak
menyokong.
Penulis harap kepimpinan Pakatan Rakyat dapat meneliti perkara ini dengan baik dan mengambil langkah yang perlu dengan segera.
Kami para penyokong Pakatan Rakyat (terutama dari Sabah) masih
menunggu hasil dari kemasukan Lajim Ukin dan kalau masih tidak ada dalam
jangka masa terdekat, sahlah apa yang diperkatakan oleh ahli perniagaan
itu tadi dan sewajibnyalah dia dilempar keluar semula. – Suara Pakatan
Rakyat
No comments:
Post a Comment