Kg. Gajah 03 September 2012 / 16 Syawal 1433, pengakuan dan rasa bertanggongjawab kalangan anak muda atas apa yang telah mereka lakukan. Kami ingin memaklumkan apa yang benar peristiwa sejarah di tanah air, kami tidak mau di perbodohkan. Dengan itu kami mengaku dan pertanggongjawab apa yang telah kami lakukan.
Saya dan saudara Zairi shafai adalah individu yang bertanggungjawab membuat dan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya dimalam sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka.
Kami tidak mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan mahupun
pembangkang, kami mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan
kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang
bertanggungjawab, jauh sekali bermotif untuk menukar jalur gemilang
kepada sang saka Malaya, kerana sang saka Malaya yang ditukarkan kepada
jalur gemilang hari ini.
Saya ingatkan penulisan ini bukanlah untuk mencari publisiti diri dan
Rakan-rakan tetapi penulisan ini adalah bertujuan memberi pencerahan
umum kepada masyarakat akan tujuan asal kami mengibarkan panji keramat
itu.
Mungkin ramai yang tidak tahu akan kewujudan kesatuan terawal yang
terlibat dalam menentang penjajah. Kesatuan Melayu Malaya (KMM) yang
ditubuhkan pada 1938 adalah gerakan terawal menentang British. Di
sinilah bibit-bibit penentangan penjajah berlaku. Ditunjangi oleh
Ibrahim Yaakob bertujuan untuk melindungi Hak-Hak orang Melayu dan
menentang penjajah British.
Pada tahun 1945, wujud pula Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti
ini merupakan parti politik Melayu yang pertama tertubuh di Tanah
Melayu ketika itu. Matlamat utama penubuhan PKMM ialah untuk menuntut
kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk
penjajahan Inggeris. Parti ini dipelopori oleh Mokhtaruddin Lasso, Ahmad
Boestamam dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy.
PKMM mempunyai dua saya iatu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang di ketuai
oleh Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita sedar (AWAS) yang diketuai
oleh Ustazah Shamsiah Fakeh.
Bagaimanapun beberapa bulan kemudian apabila Kesatuan Melayu Muda (KMM)
bergabung dengan PKMM, Dr Burhanuddin Helmi telah mengambil alih pucuk
pimpinan sebagai presidennya yang kedua. Dalam bulan Disember 1947,
PKMM bertukar lagi pucuk pimpinan dan kali ini disandang oleh Ishak
Haji Muhammad sebagai presidennya yang ketiga.
Dengan pertukaran pucuk-pucuk pimpinan itu PKMM tidak lagi condong kepada komunisme sebaliknya bersifat nasionalisme.
Dr Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu
gagasan Kesatuan Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan
utama PKMM. Pada dasarnya perjuangan PKMM adalah didorong oleh keazaman
untuk mendapatkan kemerdekaan penuh dari Britain.
PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.
Apabila UMNO ditubuhkan, PKMM telah menyertainya bersama badan-badan
Melayu yang lain, tetapi selepas itu telah keluar darinya apabila tidak
setuju dengan pemasukan simbol keris dalam bendera UMNO dan tidak puas
hati dengan sistem satu badan (tidak mengira saiz) satu undi dalamnya.
Akhirnya, badan-badan yang 'berhaluan kiri' (menentang Inggeris)
meninggalkan UMNO dan UMNO tinggal 'berhaluan kanan', yang lebih mesra
Inggeris. PKMM juga berusaha menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA)
iaitu gabungan parti-parti politik radikal Melayu dan kemudian bergabung
pula dengan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang bertujuan
menentang kandungan Perjanjian Persekutuan 1948 bagi penubuhan
Persekutuan Tanah Melayu.
Perjuangan PKMM dilabel oleh Inggeris sebagai 'berbau' komunis dan
dengan itu beberapa orang pemimpinnya telah ditangkap serta
dipenjarakan.
Akhirnya pada 18 Jun 1948, PKMM (dan beberapa parti anti-penjajah lain)
telah diharamkan dan darurat diisytiharkan oleh pihak berkuasa British
dengan persetujuan Yang Dipertua UMNO, Dato' Onn Jaafar.
Sang Saka Malaya adalah panji perjuangan mereka dalam menuntut
kemerdekaan ditanah Melayu. Panji ini juga pernah berkibar megah
digunung semanggol, Perak yang menjadi kubu Hizbul Muslimin yang
diketuai oleh Ustaz Abu Bakar Baqir yang diasaskan pada 17 Mac 1948.
Oleh yang demikian, saya bersama saudara Zairi merasakan bendera ini
layak dikibar pada malam kemerdekaan selain dari Jalur Gemilang. Penuh
dengan pelbagai cerita pahit maung perjuangan disebalik sang saka Malaya
ini.
seelok-eloknya rencana ini dapat di baca oleh pencacai UMNO untuk pengetahuan dan ilmu kaitan dengan proses kemerdekaan negera.
No comments:
Post a Comment