Kini sah laksana " terang lagi bersuluh " rakyat Malaysia di bawah kepimpinan BN terus amat berminat untuk mengamalkan budaya berhutang dan keberhutangan ini dilibatkan juga rakyat. Tapi yang menyedihkan ialah bagaimana pemimpin " menghukum " rakyat untuk berhutang tapi sebaliknya mereka ( pemimpin ) yang menerima " keuntungan " dari keberhutangannya rakyat.
Lewat kurun ini, kereta bukan lagi barangan mewah sebaliknya ia adalah satu keperluan, dan setiap keluarga memerlukannya untuk kemudahan pengurusan harian. Rakyat juga berterima kasih kerana pihak kerajaan berusaha untuk membina sendiri kilang kereta, moga-moga dengan terbinanya kilang " sendiri " ini sudah tentu keperluan ini " murah " dan ianya mampu di miliki oleh segenap lapisan rakyat.
Mengikut statistik keminkinan rakyat, 53% rakyat Malaysia berpendapatan bawah RM3k, sejumlah 71.9% pula isi rumah mempunyai atau pun memilik kereta. Dan kesannya ialah jumlah hutang kenderaan hampir RM132.2bil - berakhir pada Mei 2012. Sumber suara keadilan 77.
Bagaimana kerajaan BN membebankan rakyat dalam hal ini, selaman ini rakyat " Mungkin " tidak mengetahui bagaimana " hutang " yang di tanggong oleh rakyat dengan memiliki sebuah kenderanaan. Tapi dengan pendedahan yang diberikan oleh Sdr. Rafizi ( gambar ) - pengarah strategik PKR, rakyat mula tahu bagaimana kedudukan harga sebuah kenderaan tersebut.
Cuba kita perhatikan tahap kelaparan pemimpin UMNO ini, sebuah kenderaan di kenakan dengan 3 jenis cukai baru dapat digunakan oleh pembeli: Duti Eksais, Cukai Impot dan Cukai Jualan. Kalau kita ambil sebuah kereta national pada kuasa kuda 1.5. Cukai terlibat ialah duti eksais 60% dan cukai jualan 10%, tapi jika kereta itu dimpot satu lagi cukai diperlukan ialah cukai impot 30%, kesimpulannya sebuah kereta Produa benilai RM40k rakyat telah meyumbang Rm16k kepada kerajaan.
Cukai keempat yang perlu ditanggong oleh Rakyat ialah, hutang pinjaman pada kadar yang ditetapkan oleh pihak bank. Dengan itu rakyat yang berpendapatan bawah RM3k untuk mendapatkan sebuah Produa perlu melalui 4 jenia bayaran. 4 jenis cukai. Harga kenderaan akan murah jika duti eksais ditiadakan.
Apakah pelaksanaan cukai-cukai ini ada kaitan dengan gaya dan budaya hidup pemimpin itu sendiri? Persolan ini memang tidak dapat dinafikan, kita boleh lihat bagaimana rakusnya pemimpin berbelanja untuk memenangai hati rakyat. Semua transformai wang rakyat di gunakan. BRIM, TRIM, dan entah apa lagi.
No comments:
Post a Comment