Umno Kena Nyatakan Pendiriannya Dengan Tegas - Sokong Hudud Di Johor
Benarkah
Umno sedang memperjuangkan Islam? Kemampuan Umno memperjuangkan Islam
sejak memegang tampuk pemerintahan adalah terlalu minima dan tidak ada
apa yang boleh dibanggakan.
Persoalan ini timbul semula kini apabila Umno dilihat tidak mampu mempertahankan ADUNnya sendiri iaitu Datuk Ayub dari Kemelah, yang baru-baru ini mencadangkan pelaksanaan hudud di Johor.
Persoalan ini timbul semula kini apabila Umno dilihat tidak mampu mempertahankan ADUNnya sendiri iaitu Datuk Ayub dari Kemelah, yang baru-baru ini mencadangkan pelaksanaan hudud di Johor.
Mahfuz Omar menggesa Umno menyatakan pendirian mereka mengenai kenyataan Datuk Dr Chua Soi Lek yang menyifatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat, 'hilang akal' kerana mencadangkan hudud dilaksanakan di Johor.
Mahfuz turut menggesa dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah SeMalaysia (Pekida) memberi respons segera berhubung tindakan Presiden MCA itu.
Gesaan Mahfuz itu perlu juga dipanjangkan kepada Mufti Perak, Harusani dan Pengerusi Unit Selamatkan Aqidah (USA) Hasan Ali @ Towkey JATI.
Kita juga mahu mendengar suara lantang Zulkulum mengenai isu ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat telah mencadangkan pelaksanaan hudud di Johor.
Ketua MCA, Chuah Soi Lek menyifatkan Ayub ' hilang akal' kerana mencadangkan hukum hudud dilaksanakan di Johor dan menegaskan MCA pasti akan menentang usaha terbabit.
Sebaliknya , kenyataan Ayub itu telah mendapat reaksi yang positif dari kalangan pimpinan PAS.
Tuan Guru Nik Aziz mengucapkan tahniah kepada Ayub sambil menyambut baik dan mengalu-alukan negeri Johor untuk merintis usaha itu sekiranya negeri berkenaan mampu berbuat demikian.
"Kelantan hadapi halangan (untuk laksana hudud) tapi jika Johor boleh buat dahulu, buatlah, silakan," katanya di sini
Sementara itu, DS Nizar menyifatkan kenyataan Ayub itu sebagai berani dan berharap pelaksanaan hukum ‘hudud sebenar’ yang dimaksudkan Ayub itu perlulah berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.
No comments:
Post a Comment