Keterdesakan UMNO kini memang tidak dapat di nafikan lagi, apa saja yang dibuat oleh mereka semua tidak menjadi seperti pelaburan, omongan, janjian. Kalangan meraka juga mewajibkan di masjid, sekolah elakan mempolitikkan setiap perancangan yang di rancang dan di ambil tindakan oleh pihak kerajaan. Tapi kini malang seribu kali malang Pergerakan Pemuda UMNO akan mengembangkan sayapnya ke IPTA.
"
Umno menerusi sayap Pemudanya akan menubuhkan kelab penyokong parti itu
di setiap kampus institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini
bagi meraih sokongan golongan mahasiswa terhadap parti itu dan BN ".
Beliau menyatakan demekian selari dengan pindaan Akta Universiti dan
Kolej
Universiti (AUKU) 2012 baru-baru ini, yang kini membenarkan mahasiswa
untuk telibat dan memegang jawatan dalam mana-mana persatuan dan
pertubuhan termasuk parti politik.
Pergerakan
Pemuda perlu proaktif atas prubahan tersebut dan tidak perlu menunggu
perubahan dari dalam malahan masyarakat di kampus juga memang sudah
biasa dengan " mainan politik ", mereka sering dan saban tahun
mengadakan pemilihan untuk exco pelajar untuk mengurus dan mentadbir
mahasiswa itu sendiri.
Apakah
kini, pemuda itu sendiri sudah gagal untuk meraih simpati dari kalangan
pemuda yang sudah boleh mengundi iaitu berusia melebihi 21 tahun.
Kegagalan ini juga membuktikan kegagalan Pemuda UMNO itu sendiri. Ini
dapat dibuktikan dengan ramainya kalangan pemuda yang sudah hilang minat
dengan UMNO.
Organisasi salahkah atau gaya kepimpinan itu salah?
"Kita dapat banyak
pertanyaan dari mahasiswa yang mana mereka mahu ada platform khas untuk
mereka dan untuk menyahut permintaan tersebut, kita proaktif sebab kita
tidak mahu tunggu mereka untuk menjadi ahli kita, tapi kita ke hadapan
berjumpa mereka," katanya.
Apakah
kenyataan ini benar atau satu pembohongan, kita boleh lihat di mana
beberapa buah IPTA memang sudah dikuasai oleh Pro Mahasiswa - Kumpulan
Aspirasai yang lebih di kenali sebagai kumpulan penyokong kerajaan sudah
tidak ada tempat di IPTA. Jadi usaha ini adalah untuk " mengUMNOkan
mahasiswa.
Tapi
bagi AMK - Angkatan Muda Keadilan melalui Pengarah Biro Mahasiswanya
En. Mohd. SAifullah Mohd. Zulkifli ( gambar ), tindakan ini memang amat
terdesak dan juga melambangkan kegagalan
sokongan kepada BN Youth Volunteer dan BN media sosial tidak mendapat
sambutan.Tapi jika ada laluan untuk BN/UMNO apakah PR tidak boleh
melebarkan sayapnya ke IPTA juga.
Kehendak dan keperluan orang politik dengan kepimpinan pelajar memang jauh sekali, bagi orang politik yang penting ialah kesimbangungan " jawatan & kuasa " kedudukan mereka tapi bagi para pelajar proses kepimpinan pelajar itu dapat melahirkan seorang pelajar yang cemerlang dan daya fikir mereka tidak di " comotkan " ilmu politik yang sentiasa mengadudumba antara satu sama yang lain.
Kehendak dan keperluan orang politik dengan kepimpinan pelajar memang jauh sekali, bagi orang politik yang penting ialah kesimbangungan " jawatan & kuasa " kedudukan mereka tapi bagi para pelajar proses kepimpinan pelajar itu dapat melahirkan seorang pelajar yang cemerlang dan daya fikir mereka tidak di " comotkan " ilmu politik yang sentiasa mengadudumba antara satu sama yang lain.
Muhd Syahid Mohd Zaini
Presiden Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU PERAK) /
merangkap YDP Majlis Perwakilan Pelajar UM sessi 2010 / 2011
merangkap YDP Majlis Perwakilan Pelajar UM sessi 2010 / 2011
" Justeru itu, kita tidak menyokong mana-mana parti samada dari
Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kelab penyokong
mereka di kampus kerana ia seumpama terus menjinakkan mahasiswa dengan
dunia politik luar yang sering dibudayakan politik fitnah,
pertelingkahan, permusuhan dan rasuah ". Tambah Muhd. Syahid.
Mahasiswa di Malaysia sememangnya telah lama lumpuh dari arena kepimpinan sejak AUKU - Akta Universiti dan Kolej
Universiti ditubuhkan, akta ini telah melahirkan mahasiswa yang lesu dan
gagal berperanan sebagai agen perubahan dan jurubicara masyarakat. Sebenarnya peranan mahasiswa, mereka
perlukan corak politik baru yang lebih intelek bukan seperti budaya
politik sekarang yang sering menfitnah, menzalimi dan tidak bersih. Untuk itu banyak pihak menyarankan agar semua badan dan ahli politik perlu menghormati kampus sebagai pusat
keilmuwan. Mahasiswa mahukan politik nilai dan politik keadilan untuk
dijadikan contoh kepada generasi baru.
Tapi
apa yang berlaku kini dengan adanya KPT - Kementerian Pengajian Tinggi,
seolah-olah kementerian ini merancana daya fikiran mereka ( mahasiswa )
untuk terus menerima kepimpinan BN / UMNO, sedangkan corak dan daya
fikir mahasiswa sudah tidak selari dengan apa yang di tonjolkan oleh
UMNO / BN itu sendiri. Kita boleh lihat bagaimana adanya kelab UMNO di
Pusat-pusat pengajian di Luar negera dan bagaimana KPT juga memainkan
peranan dalam pemilihan perwakilan pelajar. Semua kehendak UMNO / BN
seboleh-bolehnya diterapkan kepada mahasiswa.
No comments:
Post a Comment