Di pagi yang hening, sebelum menikmati hidangan sahor untuk puasa 6 hari kelima, masa ini diambil peluang untuk mengklik ke porta UM ( utusan meloyakan ) dan ianya terpampang artikel di bawah. Hati meronta-ronta untuk menulis serba sedikit kaitan dengannya. Jari jemari terus ke blos GM dan memberikan sedikit pandangan.
"sepatutnya tidak ada benda-benda macam itu (k-pop). Kita sekarang dalam
proses pembentukan akhlak muda-mudi yang sedang merosot, jadi tidak
patut ada perkara yang boleh menaikkan nafsu. Harap pihak penganjur
ambil perhatian serius dalam hal ini"
Apa yang menghairankan beliau Dr. Harunsani bagitu sopan menasihatkan pihak tertentu khusus kaitan dengan K-pop itu, ayat ini TIADA PENEGASAN langsung, hanya melepaskan suara dari halkum.
" PATUT TIADA " yang dilafazkan tidak seperti yang yang di ucapkan semasa beliau memberikan komen kaitan dengan perhimpunan " BERSIH ". Memang ada beza antara K-pop dengan BERSIH. K-Pop berakhir tanpa keganasan dan sebaliknya BERSIH di pukul, di simbah, di tembak dengan gas malahan ramai kalangan mereka yang merehatkan diri di hospital. BERSIH juga dianjurkan dari kalangan mereka yang di katakan " pertubuhan haram " sebalinya K-pop di anjurkan oleh kementerian Belia dan Sukan dan PM sebagai tetamu kehormatnya.
Itu kisah " BERSIH & K-POP ", tapi bagaimana pula dengan kes Presiden MCA dalam isu HUDUD. Presiden MCA menolak terus HUDUD dan menjatohkan hukuman kepada UMNO Johor sebagai " orang gila " yang mencadangkan agar enamken itu dijalankan. Apa yang di canang hanya kepada penolokan dari Karpal Singh, Harunsani sanggup memberi pandangan untuk Karpal tapi tidak untuk Chua Soon Lek.
Kedua-dua paparan di atas adalah luahan perasaan dari pucuk pimpinan negara, agaknya siapakah penasihat agama mereka? Atau apakah mereka terlupa, pegangan mereka adalah kepada Islam. Atau semua bijak pandai agama, alim ulama, mufti sudah termakan budi dan kemewahan penghidupan bersama-sama " ketelanjuran " mereka ? atau apakah mereka sudah bisu?
Baru-baru ini fatwa di keluarkan oleh " tok guru 2 juta " dari Kelantan khusus berkaitan dengan memberi undian kepada DAP - ianya haram - kerana DAP menolak HUDUD dan DAP pula rapat dengan PAS dan PKR. Mengikut rekod sampai ke saat rencana ini ditulis belum ada satu pengistiharan ramsi dari para mufti kaitan dengan isu ini, kalau memilih DAP haram bagaimana pula jika kita - rakyat memilih MCA, dan di kenal pasti juga MCA menolak HUDUD, apa kah ianya juga haram? Apakah kerana MCA bersama UMNO so, dengan itu memberi undi pada DAP di halalkan?
Sebagai kesimpulan, apakah dunia sudah sampai ke akhir zaman, cerdik pandai agama dalam kerajaan ( umno ) lebih mengutamakan maksiat dari program yg boleh mendidik jiwa anak muda, sanggup dan bersedia menyediakan program berbentuk
maksiat. Mungkin kini hala tuju yang di bawa oleh kerajaan lebih mementingkan keadah nasrani dan yahudi dan pembinaan jati diri rakyatnya.
Sekali lagi, di tanyakan di mana alim ulama dan bijak pandai agama dalam UMNO, janganlah mengeluarkan fatwa mengikut kepentingan pihak tertentu tapi bialah ianya berlandaskan kepentingan pembangunan Islam itu sendiri. Generasi masa kini adalah peneraju masa depan.
No comments:
Post a Comment