Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, July 18, 2012

UMNO / BN : SELAGI TAK BERUBAH PASTI KALAH

Apakah benar kini UMNO / BN terus berjuang untuk membantu rakyat atau mereka berjuang untuk kepentingan diri mereka sendiri, kaum kelaurga dan rakan sahabat sahaja? 
Kalau kita perhatikan sejak UMNO di haramkan dan digantikan dengan UMNO Baru, jati dirinya dan rasa bertanggjongjawabg terhadap rakyat khusunya dan negara amnya sudah hilang. Bagi UMNO Baru modalnya hanyalah satu iaitu isu pembangunan dan gula-gula kewangan terhadap rakyat. Bagi kepimpinan, mereka hanya memikirkan sebuah kerajaan yang baik adalah yang sentiasa berfikir untuk pembinaan lapangan terbang, membina sekolah, melebarkan jalan, menyediakan bekalan air dan api letrik dan sebagainya. UMNO Baru tidak lagi memahami bahawa pembangunan fizikal itu hanyalah sebahagian yang kecil daripada apa yang dikatakan sebagai ‘nation building’ itu.

Memang sudah sepatutnya menjadi tanggonjawab kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyatnya, adanya rakyat adalah kerajaan, dah 57 tahun memerintah baru kini mampu bagi RM500 sekeluarga, baru, beri saham, pandai bagi duit pada siswa, tapi kemudiannya diungkit-ungkit Itulah sebabnya UMNO Baru dan pemimpin-pemimpinnya tidak terlepas daripada mengungkit apa yang telah dilakukan terhadap rakyat dan negara. Suatu ketika dahulu bantuan subsidi gigi palsu pun dijadikan umpan untuk orang-orang kampung mengundi parti itu di dalam pilihanraya. 

 Kenapa  pemimpin UMNO tidak mahu menjadikan Kelantan di bawah pimpinan PAS sebagai contoh, sudah lebih 20 tahun memerintah tapi UMNO masih gagal untuk mengambil semula Kelantan, di mana kehebatan mereka? kepimpinan mereka ( PAS ) ialah " sentiasa merendahkan diri " cara penghidupan mereka tidak mewah seperti apa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO. Bagai mereka pemimpin adalah di pilih oleh rakyat, rakyat adalah tuan mereka. Kuasa penentu adalah di tangan rakyat. Membangunkan negeri dan kebajikan rakyat adalah tanggongjawab. Bagi rakyat pula mereka amat faham kerana pembanngunan di peruntukan adalah wang " mereka ". Kini apa yang berlaku di Kelantan telah di ikuti oleh rakyat di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang, pemimpin dan rakyat sering " bahu membahu " untuk membangunkan negeri masing-masing.

Kerajaan negeri PR itu telah berjaya melakukan apa yang dilakukan oleh kerajaan BN selama ini malahan ianya dilakukan dengan lebih baik dan transperan dari kerajaan BN dahulu. Rasuahnya tiada lagi seperti yang begitu lazim semasa BN memerintah negeri-negeri tersebut. Pemimpin BN persekutuan tidak pula mahu menyebut peranan besar yang diberikan oleh kedua-dua kerajaan PR ini terhadap negara.

Kerajaan BN pula mengesahkan kedua-dua negeri Pulau Pinang & Selangor adalah penyumbang terbesar sumber pendapatan negera, hampir 40% hasil GDP negera. Kesannya dengan keadaan demikian dan " kebajikan " rakyat di jaga apa perlunya perubahan pemerintahan dan BN pula telah dikenal pasti dengan keegoan serta sentiasa menyalahgunakan sumber kewangan negara yang 40% darinya adalah sumbangan kerajaan dan rakyat kedua-dua buah negeri ini.


Hari Teruba Felcra - Okt. 2010, semua warga Felcra dari seluruh pelusuk Gagasan Felcra di jemput dengan TPM di jemput berapa banyak wang peserta di gunakan?  Pecah tanah tapak perumahan Generasi Ke2. Hasilnya anak Generasi Ke2 kempunan untuk rumah yang dijanjikan.


Selang setahun lebih pada 18 Feb. 2012 PM pula turun ke Felcra, lagi wang Felcra yang peserta di gunakan. Peserta yang tanggong semua perbelanjaan. Implikasi dari contoh ini peserta pada 2012 ini masih tertunggu dividen keduanya.

 Kenapa agaknya, daya penghidupan mereka ( pemimpin UMNO ) terus bermewah-mewah dan tidak mengindahkan mereka di pilih oleh rakyat dan rakyat adalah " ketua " mereka. Inilah bezanya antara pemimpin PR dengan UMNO. Mereka tidak pernah untuk kembali berfikir yang mereka itu duduk di atas singgahsana kuasa itu adalah pemberian rakyat.


Kalau Ahli Parlimen boleh belanja sedemikian maka bagaimana pula ketua mereka PM dan TPM, pada tahun ini sahaja mereka berdua yang mengeliling negera untuk tujuan " turun " berjumpa dengan rakyat telah menelan berlanja berjuta-juta dengan kemewahan yang cukup luar biasa. Bas yang disediakan cukup mewah, kehadiran " dipaksa " dengan bas di biayaai, wang pokek di beri, makan disediakan, topi, baju T. Tapi berbeza dengan program yang di anjurkan oleh kepimpinan PR. kehadiran adalah tanggong sendiri. 

Mahal betul untuk mengekalkan kuasa dan kosnya itu ditanggung oleh rakyat. Budaya ini wajar dihentikan kerana ia merupakan pembaziran kepada sumber kewangan rakyat dan negara. Sesungguhnya lawatan peribadi itu tidak penting, tetapi yang lebih penting ialah dasar-dasar yang baik dan implimentasinya yang cekap.Yang patut turun kepada rakyat ialah dasar yang diimplimentasikan dengan baik dan cekap terhadap rakyat Rakyat merasakan yang dasar-dasar itu benar-benar sampai ke bawah bukannya dapat bersalam dengan PM dan isterinya.

Tapi pemimpin UMNO / BN masih belum sedar, kini rakyat sudah buka mata dan daya fikir bertaraf dunia, setakat bersalaman dengan orang ramai bukan lagi cara politik zaman moden ini. Cara itu memang telah diamalkan sejak zaman berzaman, tetapi inilah yang kita dapati sekarang ini. Politik menjadi permainan yang mengelirukan semata-mata kerana budaya bersalaman tetapi tidak membawa apa-apa faedah kepada rakyat jelata.

Sudah lima puluh lima tahun pemimpin turun bersalaman tetapi rakyat masih tidak berpuas hati kerana salam yang tidak membawa apa-apa faedah kepada mereka (rakyat). Bersalaman budaya lama, apa yang penting kempimpinan perlu sedar bahawa pemimpin adakan akan dinilai dari tahap rasuah yang diamalkan oleh UMNO Baru dan pimpinannya serta kerajaan yang melaksanakan dasar yang digubal.

UMNO Baru masih gagal menjaya " perhubungan " antara ethnic, kesannya pabila isu perkauman dimainkan begitu nyata maka itulah yang menyebabkan pola dan ‘tendency’ pengundian didasarkan kepada kaum dan ‘ethnic’ dan apabila perkara ini berlaku maka perhubungan kaum akan menjadi begitu tegang seperti yang kita lihat dan alami sekarang ini.

Itulah sebabnya sekarang parti-parti dalam PR sedang mendapat sambutan daripada rakyat yang dahagakan ‘national unity’ yang sebenarnya. Rakyat tahu mereka (rakyat) tidak akan mendapat keharmonian ini selagi UMNO Baru masih berkuasa selepas pilihanraya nanti. UMNO Baru terlalu rasis untuk kepentingan Melayu kononnya, tetapi Melayu tidak ke mana juga. Takkan Melayu boleh meletakkan nasib masa depannya kepada Bantuan Raku yat 1Malaysia (BR1M) yang sejemput itu.

Kekayaan negera dan apa yang diperjuangkan oleh UMNO baru hanyalah untuk Melayu yang menjadi ahli ekskusif kepada parti itu yang jumlahnya boleh dikira dengan jari sahaja. UMNO Baru sendiri telah mengabaikan orang Melayu sendiri, tetapi masih menyanyikan lagu rasis ini kerana pilihanraya akan datang tidak lama lagi.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA