Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, July 19, 2012

JENAYAH - APAKAH IANYA KESALAHAN RAKYAT



KUALA LUMPUR : Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar dicabar meletak jawatan jika sanggup berkompromi melibatkan kes jenayah, kata Pengerusi Biro Kemasyarakatan dan Aduan Rakyat KEADILAN, S Manikavasagam.
 
“Semua tempat sekarang banyak kes jenayah, walaupun kejadian di pasaraya masih baru, ini menunjukkan kadar jenayah sudah tidak terkawal.
 
“Kes berlaku sebab polis tidak menjalankan tugas mereka, banyak yang tahu ambil rasuah. Saya cabar Ketua dan Timbalan Polis Negara letak jawatan. Kalau tak mahu buat kerja, lebih baik berhenti sahaja,” katanya dihubungi.
 
Beliau mengulas kenyataan Ismail yang menyalahkan media kerana melaporkan jenayah di pusat membeli-belah berlebihan sehingga kelihatan serius. Katanya, akibat kongkongan Umno BN, polis tidak tahu membezakan tugas mereka sehingga sanggup membiarkan kes jenayah berleluasa.
 
“Polis tidak pernah ambil tindakan jika rakyat buat laporan, mereka hanya tumpu untuk menjaga ahli politik Pembangkang. “Ini yang berlaku di negara kita. Penjenayah dibiarkan tanpa pengawasan, tapi rakyat yang mahukan keamanan negara pula ditangkap mereka,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kapar.
 
Terdahulu, bekas KPN, Tan Sri Musa Hassan dilapor berkata, kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.
 
Beliau yang berkhidmat empat dekad dan memimpin pasukan tersebut selama empat tahun semenjak 2006 hingga 2010 turut mengakui kadar jenayah di Malaysia pada hari ini berada di tahap yang membimbangkan.
 

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA