UMNO masih belum menerima hakikat di mana rakyat zaman ini lebih bermaklumat dan dunia sudah di hujung jari. Tapi Umno masih menggunakan cara lama untuk menakut-nakutkan rakyat, mereka memberikan provokasi agar rakyat sentiasa membenci apa saja kegiatan Pakatan Rakyat (PR), sekali lagi mereka lupa manusia kini sudah berfikiran waras dan sudah mengetahuai siapa dalang di sebalik provokasi tersebut.
Ceramah dari PR di penuhi oleh rakyat tapi mengapa tidak di pihak UMNO, walau pun yang turut hadir ialah PM sendiri. Walau pun disediakan dengan semua kemudahan tapi kehadiran tidak juga mencapai matlmatnya. tapi di mana saja program PR sambutan amat menggalakan walau pun mereka tidak menerima apa-apa imbuhan sebaliknya mereka menyumbang kepada tabung yang di hulurkan.
Di sinilah bezanya antara UMNO / BN dan PR, UMNO masih menggunakan cara lama dan behujjah tanpa bukti tidak bagitu dari PR, setiap ceramah setiap dengan bukti yang kukuh sehinggakan mereka yang tidak beminat dalam politik pun boleh membuat penilaian terhadapnya. isu
dibawa oleh Umno lapok dan tidak boleh diterima oleh orang yang berfikiran
waras, pengkaji sejarah politik dan mereka yang berpengalaman dalam politik.
Kempimpinan UMNO bukan nak berlawan dengan hujjah dengan bukti, tapi hanya melempar tudahan semata-mata, isu vidoe lucah, isu sex, dan serangan mereka pula hanya tertumpu kepada DSAI sahaja. Di mana ada program PR disitulah mereka juga menganjurkan aktiviti. Lihat saja apa yang dilakukan oleh YB Hamidah di Sungai Rapat, seolah-olah melambangkan " ketidak warasan " dalam berfikir. Apa yang dilakukan oleh sekumpulan pemuda di Pantai Dalam semasa DSAI berceramah. Siapa mereka, dan dimana pihak polis, mengapa polis tidak mengambil tindakan, kenapa polis membisu seribu bahasa? Persoalan ini memberikan kesan yang amat buruk sekali kepada UMNO itu sendiri. Atau apakah kegiatan mereka memang di lindungi oleh Polis?
Atau mungkinkah UMNO sendiri sudah terasa yang " kekalahan " sudah memihak kepada mereka atau mereka sudah terasa terlambat kerana melihat reaksi rakyat
semakin muak dengan agenda lapok dan provokasi Umno, mereka seolah-olah dalam
keadaan terpaksa melakukan semua itu untuk menarik perhatian orang ramai hanya
kepada isu berkenaan, supaya tidak lagi membincangkan isu sebenar kehancuran
pentadbiran politik dan ekonomi negara akibat kerakusan kepimpinan Barisan
Nasional (BN) dalam semua aspek.
Rakyat sudah mula
celik, makin cerdik dan makin pandai bermain politik, sudah tahu tipu helah orang politik. Arena
politik seolah-olah sudah biasa. Sudah tentu faktor ini mengundang Umno lebih terdesak. Mereka juga tahu RM500 BRIM hanya benilai beberapa sen jika di bahagikan dengan usia pemerintahan UMNO. Bagi UMNO wang adalah segala-galanya. Rakyat terus ditipu dengan curahan wang tersebut.
Pertembungan " Transformasi Umno "
berdepan pula dengan dasar reformasi yang dibawa Buku Jingga oleh PR, dapat di terima oleh rakyat. Kekuatan Buku Jingga pula di ikuti pula dengan " Program Negara Berkebajikan oleh PAS sendiri. Rakyat terus terpaku dan menidakkan usaha UMNO yang di nasihati oleh APCO. Dari segi isu PR
mempunyai banyak fakta isu dan bukti-bukti kukuh bahawa Umno dan kepimpinannya
sudah banyak menghilangkan wang rakyat dalam operasi rahsia (aktiviti rahsia
besar melibatkan wang pembayar cukai beratus-ratus bilion ringgit) dalam banyak
insiden sejak berpuluh-puluh tahun lalu.
Kesan dari salah laku dan buruk perangai kepimpinan UMNO seperti menyalahgunakan wang rakyat, mementingkan kroni, suka bemewah-mewah dan sampai ke tahap mereka berani membunuh. Mereka sanggup membunuh dan memenjarakan kepada sesiapa sahaja yang membuka rahsia kerakusan mereka.
Rakyat kini di tahap kesedaran politik yang tinggi dan jika mahukan negara mereka
selamat dari ancaman pemimpin parti korup dan tidak bermoral ini, inilah masanya PRU13 adalah PRU yang terbaik untuk perubahan tersebut.
Untuk itu Rakyat perlu
mempersiapkan diri dan minda serta spritual, bersifat jujur terhadap diri sendiri
supaya tidak lagi sewenang-wenangnya dipergunakan oleh golongan berkepentingan
untuk mengaut keuntungan atas kesusahan rakyat bukan untuk sebenarnya
meletakkan rakyat dalam situasi negara yang bermaruah dan tamaddun insaniah
sebenar sehingga menarik pelabur asing berpusu-pusu ke Malaysia kerana mereka
tahu negara adil ini dan stabil politiknya tanpa rasuah sekaligus memberi
keuntungan yang memuaskan kepada perniagaan mereka.
Impaknya rakyat
bebas memperolehi apa yang dikehendaki dalam kehidupan mereka tanpa takut
kepada sesiapa melainkan kepada Allah SWT sahaja. Inilah yang dikehendaki oleh
PR dan inilah yang ditakuti oleh musuh-musuhnya.
baca dulu jawapan bertulis hakim bagi kputusan pembebasan anwar ibrahim dan fahamkan ayat nya serta kenap sebab dia dibebaskan dlm kes saiful...
ReplyDeletejgn ambik gambaran keputusan luaran shj sedang dr segi jawapan bertulis hakim mengatakan sbb2 teknikal yg melepaskannya....