PPD
 ( Pejabat Pelajaran Daerah ) bukan Pen. Pegawai Daerah, dan semua orang
 tahu apakah peranan dan tanggon jawab pejabat ini, pejabat ini juga ada
 misi dan visi tapi segala-galanya tinggal kenangan apabila pegawai di 
dilantik tidak mengiktiraf diri mereka sebagai pegawai, malahan mereka 
lebih rela diri mereka di jadikan " kuli " kepada kepentingan ahli 
politik.
Mungkin
 benar, perlantikan mereka adalah kehendak orang politik, kerana PPD 
Perak Tengah lebih di menopoli oleh ahli politik di Parliment Parit. 
Apabila di sebut Parlimen Parit sudah tentu yang menentukan pegawai di 
PPD ialah ADUN Belanja yang juga Ketua Bahagiann UMNO Parit.

Penolong PPD Perhubungan
Tn. Syed Roshidon bin Syed Abdullah
  
Tn. Syed Roshidon bin Syed Abdullah
Portal
 PPD Perak Tengah menggemparkan dengan satu pekeliling yang di tanda 
tangani oleh PPPD Pehubungannya Tn. Syed Roshidon bin Syed Abudllah ( 
Gambar ) " songkong tinggi akal gagal berfikir "
Tindakan
 beliau amat memalukan warga pendidik bukan setakat di Perak Tengah 
malahan mungkin seluruh dunia, jika portal ini di layari oleh warga 
dunia. Beliau mungkin dengan kebenaran PPD telah mengarahkan agar jadual 
Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Perak dan di cetak oleh  Darul Mubarak Travel & 
Tours Sdn Bhd tidak diedar dan di pamerkan di sekolah-sekolah.
GM
 juga selaku bekas pendidik di Daerah ini memang cukup mengenali 
sebilangan besar pegawai di pejabat ini, dan sudah semestinya 
pegawai-pegawai yang hampir 100% mereka dari UMNO Parit, menjadikan 
pejabat ini sebagai pejabat UMNO cawangan. Mereka sanggup mengasingkan 
kepentingan Daerah Perak Tengah yang juga termasuk DUN Kg. Gajah dalam 
sebilangan besar aktiviti. Dan memberikan penumpuan kepada Parlimen 
Parit dengan menggunakan pakai YB-YB dari Parit sahaja.
Pernah di satu mesyuarat pemilihan " 
tokoh guru " peringkat daerah, pegawai terus mengambil keputusan untuk 
mencari calun dari Parit, kerana semua kewangan majlis sambutan adalah 
tajaan YB Dato Zaim. Dan sudah tentu calun pilihan adalah dari kalangan 
tenaga pendidik dari Parit dan berlatar belakangkan UMNO, ini jelas 
menunjukkan PPD Perak Tengah adalah cawangan UMNO. pernah juga YB Dato 
Zaim sendiri dalam ucapan di majlis perpisahan PPD dan menerima PPD baru
 " oleh kerana di Parlimen Parit sudah banyak institusi pendidikan 
seperti MRSM, IKBM, UITM, Universiti Petronas dan beberapa buah sekolah 
berasrama, maka sudah sepatutnya di ujudkan Pejabat Pelajaran Daerah 
Parit " kata beliau. Disini jelas memperlihatkan bagaimana " kurang 
cerdik " beliau, beliau gagal membezakan pentadbiran daerah dengan 
parlimen.
Berbalik kepada isu jadual waktu Imsak dan berbuka puasa tersebut. 
Pihak Syarikat Pakej Perlancongan, Umrah dan 
Ziarah, Darul Mubarak sebagai langkah 
untuk mempromosi syarikat tersebut selain menyediakan perkhidmatan 
percuma bagi 
masyarakat umum yang berminat ingin mendapatkan jadual imsak dan berbuka
 puasa 
secara percuma. Juga sebagai salah satu langkah mengimarahkan dan 
menyamarakkan 
sambutan bulan ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi. Di mana 
salahnya? Apakah ada unsur-unsur yang boleh menjejaskan pengurusan 
pembangunan pendidikan? Juga atau adakah dalam cetakan jadual tersebut 
boleh mengganggu gugat kedudukan UMNO di Parit hatta kedudukan YB Zaim 
itu sendiri?
Di sinilah melambangkan " ketidak cerdiknya " Tn. Syed tersebut hatta Pegawai Pelajaran itu sendiri. 
VISI PPD PERAK TENGAH
MENJADIKAN WARGA PENDIDIKAN DAERAH PERAK TENGAH BERILMU DAN CEMERLANG AKADEMIK, KOKURIKULUM, SAHSIA DAN BERINTEGRITI
Dengan tindakan pegawai seperti Rashidon tersebut apakah visi ini dapat tercapai, sebagai seorang pegawai pendidik pembangunan dan kecemerlangan akademik sepatutnya di letakkan di tempat utama dan bukannya memikirkan dan bertindak sebagai " balaci " kepada organisasi lain.
  
  
MISI PPD PERAK TENGAH  
1. MEMASTIKAN PEJABAT PELAJARAN YANG BITARA BAGI MELAHIRKAN KOMUNITI PENDIDIK YANG BERILMU & CEMERLANG  2. MEMASTIKAN KOMUNITI PENDIDIK MEMBERI KEUTAMAAN TOTAL DALAM PROSES PENDIDIKAN BERKUALITI  3. MENINGKATKAN PRESTASI AKADEMIK DAN KOKURIKULUM MELALUI PERMUAFAKATAN PENDIDIKAN    Dalam
 Misi pembangunan Pendidikan jelas ujudnya Permuafakatan, apakah ianya 
menjadi kesalahan kepada syarikat ini untuk membantu dan memberikan 
khidmatnya untuk kepentingan semua pihak.  
Disini juga jelas
 memperlihatkan kepada umum bahawa pegawai di PPD adalah orang " suruhan
 " UMNO Parit, mungkin mereka mengambil kira syarikat ini hak milik 
musuh politik mereka. Tapi apakah dengan hanya mengedar risalah yang di 
terbitkan oleh JAIP dan dicetak oleh syarikat ini boleh menjejaskan 
kemampuan dan kehebatan UMNO itu sendiri. Atau apakah kini UMNO dan 
pengikutnya sudah rasa kurang yakin dengan rakyat untuk menyebelahi UMNO
 di PRU13 ? 
Inilah kesan dan 
implikasinya jika pegawai yang dilantik tidak mengikut kreteria 
kemampuan dan kebolahan dalam pengurusan sebaliknya hanya mementingkan 
kerja politik orang tertentu dan perlantikan mereka adalah untuk " 
survival " sendiri. Ramai lagi kalangan pegawai yang di lantik hanya 
atas merit politik. Inilah mainan UMNO dari DULU, KINI & SELAMA-LAMANYA. Apa yang penting UMNO perlu di nyahkan sesegera yang mungkin.  
Dengan tindakan pegawai seperti Rashidon tersebut apakah visi ini dapat tercapai, sebagai seorang pegawai pendidik pembangunan dan kecemerlangan akademik sepatutnya di letakkan di tempat utama dan bukannya memikirkan dan bertindak sebagai " balaci " kepada organisasi lain.

No comments:
Post a Comment