Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, July 3, 2012

PENGUNDI BENCI - PENGUNDI AKAN UNDI PR

UMNO kini kian dan semakin lama semakin terdesak, dan strategi PM untuk menamatkan tempoh PRU sehingga 5 tahun adalah satu kesilapan. Kesilapan ini bukan di lakukan oleh pihak lawan tapi di terbitkan sendiri oleh UMNO dan badan-badan sukarela bukan kerajaan. NGOs seperti JATI, TIBAI, PERKASA dan orang persaorangan seperti Umi Hafilda, Senator yang melompat serta ahli parlimen yang melompat semuanya memberikan kekuatan pembangkang Pakatan Rakyat. 


 Ini memang kerja gila, apa kata kalau ada NGOs dari gagasan pembangkang yang melaporkan isu ini, rasanya riuh seluruh dunia, dan PERKASA adalah NGOs pertama yang ke balai polis, macam-macam tuduhan di lemparkan, akhbar perdana sanggup berkali-kali di saman kerana memfitnah tapi langsung tidak ada tindakan dari pihak pemerintah. Tapi rakyat ( pengundi ) terus membenci UMNO.

 Generasi pelajar masa kini memang sudah menampakkan kecenderung untuk membela nasib bangsa, memanstikan negara di perintah dengan adil dan telus. Untuk UMNO mula merunsingi perubahan ini, lantas mereka cuba memastikan kepimpinan pelajar di IPTA di kuasai semula oleh kepimpinan ASPIRASI dan menidakkan Pro Mahasiswa. Pro Mahasiswa bersuara lantang berani mengkritik dan sedia bertanggongjawab dengan apa sahaja tindakan yang diambil. Tindakan mereka telah meninggalkan kesan kepada pengundi muda. UMNO terus " terlopong " kerana pengundi muda sudah mula beminat dengan Gagasan Pakatan Rakyat.

 

" Peneroka Haramjadah " apakah ungkapan ini memang di sengajakan atau sebaliknya, ramai menganggap kata-kata ini juga mencerminkan bagaimana PM sudah hilang pedoman dengan tindakan rakyat yang sudah beralih dari UMNO ke Pakatan Rakyat. Rakyat juga tertanya-tanya benarkan " durian runtuh " itu, kerana pihak PR lengkap dengan fakta melaporkan yang peneroka akan kehilangan sesuatu selepas Felda di senaraikan di papan saham. Itu sebab Pengerusinya Isa Samad di gantung dari menjalankan tugas. Ini juga sudah pasti memberikan " kredit " kepada kepimpinan PR.

 

Gambar ini mungkin semua orang kenal, siapa, tapi malangnya gambar ini tidak keluar di akhbar perdana dan beliau adalah bakal menantu PM. Banyak cerita kaitan denannya dan mungkin ianya akan memberikan masaallah kepada negara. Kini rakyat sedang memerhati apa yang akan terjadi selanjutnya.

Kenapa agaknya kepimpinan UMNO seperti sudah hilang pedoman, mereka menggunakan cara seperti orang hilang akal, kita boleh lihat bagaimana dan apa yang mereka lakukan di Pulau Pinang. Pemuda UMNO tak habis-habis membuat kacau sehinggakan tindak tanduk mereka langsung tidak melambangkan agama yang di anuti oleh mereka. Apakah dengan memberi hantara " tahi " itu bagus? Bukankah dengan itu lagi ramai khususnya orang Cina akan lari dari BN? Mereka tak fikirkah.

Di Selangor bagaimana mereka boleh mengarak kepala lembu sebagai satu protes. Tapi akhirnya mereka juga kecundang dengan keadaan tersebut. Mereka di malukan juga, dan yang pasti makin ramai pengundi lari dan meninggalkan UMNO.

Budaya fitnah, lucah sudah menjadi mainan dalam hidup mereka. Tapi akhbar-akhbar perdana pula seolah-olah juga sudah hilang prinsip penulis, mereka bukan lagi ingin memberikan maklumat sebenar tapi terus mengadu dumpa kepimpinan PR. Mungkin juga mereka sudah lupa, masa kini dunia sudah di hujung cari, akhbar bukan lagi media yang diharapkan 100% dalam penyebaran maklumat.

Berlaku di Pulau Pinang. Amat menyedihkan sampainya hati pihak BN melalui Perkasa telah melakukan perkara-perkara yang mengaibkan dengan mengasari pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat dan sikap kurang ajar pihak yang mengasari Ketua Menteri itu merupakan ‘reflection’ yang jelas tentang nilai dan budaya pihak yang dalam keadaan ‘desperado’ di negeri itu. Kejadian yang menimpa Ketua Menteri itu merupakan kejadian yang sangat tidak bertamaddun yang dilakukan oleh kumpulan dari Perkasa itu. Persoalannya di mana Polis?

UMNO / BN akan menunggu hari penghitungan oleh rakyat, rakyat terus membenci kepada kepimpinan jenis ini, Rakyat akan menjatuhkan hukuman di PRU13 nanti. Kerajaan sudah melapor puluhan bilon ringgit untuk mengambil hati rakyat tapi malangnya rakyat zaman ini bukan buta. Peruntukan yang di keluarkan ialah wang rakyat, dan bukan wang UMNO. Itu adalah hak rakyat.

Rakyat akan menghukum mereka di PRU 13 nanti.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA