Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, July 2, 2012

UMNO - KINI DALAM DELIMA


Cerita keadaan Kepimpinan UMNO masa kini? 

Rakaman gambar-gambar di bawah ini dapat menceritakan kepada kita bagaimana keadaan sebenar UMNO yang menjadi tunjang kerajaan BN masa kini. Mereka memang sentiasa dalam permasalahan. Kalangan kepimpinan veteran juga meluahkan rasa tidak senang dengan dara UMNO, ramai kalangan mereka bertindak meninggalkan parti.

 

Kata Tenku, Mahathir adalah orang yang bertanggongjawab dan penyebab 
berlakuknya " krisis kepercayaan " rakyat terhadap UMNO.


Tun Dr Mahathir Mohamad telah memberi amaran kepada Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau masih lagi memimpin kerajaan yang lemah, mengulangi pendirian supaya pilihan raya ditangguhkan sehingga selesai bulan puasa yang akan tamat pada Ogos.

Bekas perdana menteri itu dipetik Bloomberg dalam satu temuramah khas berkata, perdana menteri perlu menanggunhkan rancangan untuk mengadakan pilihan raya yang mesti dilakukan dalam masa setahun.

“Apabila lemah, beliau perlu berhadapan dengan kritikan. Tapi bila berhadapan dengan masalah ini, apa pun yang dibuat tidak akan cukup,” kata bekas pemimpin Barisan Nasional (BN) ini, dan menambah, Najib mewarisi perikatan yang lemah, yang mana memenangi pilihan raya 2008 dengan nisbah yang paling kecil sejak Merdeka.


Bagi Ku Li PRU12 dengan kekalahan memalukan UMNO / BN, dan kegagalan untuk 2/3 adalah baik dan petanda di mana UMNO / BN selepas Tun Dolah yang diambil alih oleh Dato Najib, untuk terus tidak memerintah lagi. 


Apakah itu satu doa dari KU LI untuk UMNO? atau KU LI sudah nampak titik hitam kekalahan dan kecundangnya UMNO / BN di PRU13 nanti.


Kadir tinggalkan UMNO, Peguam Cara yang mendakwa Anwar dalam kes Liwat kini menjadi pembela Anwar pula. Apa ertinya itu?

Rayuan Dato Tamrin ( gambar bawah ) pula rakyat amat perlu menggunakan kuasa mereka bagi menyekat kerajaan yang boros daripada terus mentadbir negara ini, sekiranya tidak mahu negara hilang hala tuju pada masa akan datang. “Perdana Menteri sekarang terlalu boros berbelanja tanpa memikirkan natijah buruk yang akan menimpa masa depan negara.

Petanda sudah menunjukkan semakin ramai kalangan kepimpimnan dan cerdik pandai yang meninggalkan UMNO dan menyertai gagasan Pakatan Rakyat.


Sama tapi tak serupa, akak memahami cita rasa rakyat tapi bagi Timbalan pengerusi Umno Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir cukup hampa dan kecewa dengan penglibatan kakaknya Datuk Marina dengan penganjur perhimpunan BERSIH 3.0 memberi kesan kepada kepentingan politiknya.

“Seperti mana bapa (Tun) sebut hubungannya dengan gerakan BERSIH sedikit sebanyak beri kesan kepada saya sebagai ahli keluarga yang terlibat politik,” katanya, seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.
Tindakan Marina itu juga memberikan satu tekanan kepada bapanya, dan sibapa amat mengharapkan agar supaya Marina sedar bahawa sokongan berkenaan "tidak elok untuk kerajaan pemerintah dan beliau juga perlu bersifat sensitif terhadap abangnya (Mukhriz) yang akan bertanding pilihan raya nanti.


Kalau dikatakan rusuhan di BERSIH 3.0 memang di rancang semua orang menafikan, tapi rakaman dari ibupejabat Bukit Aman, apa yang berlaku memang diperhtikan dan dipantau sendiri oleh menteri dalam negeri. Untuk itu mereka berdua PM dan Menteri DLM negeri perlu bertanggongjawab atas apa yang belaku di BERSIH 3.0

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA