Kg. Gajah 14 Jun 2012, rata-rata peminat politik tempatan sudah hilang sabar untuk " memangkah " calun pilihan untuk PRU13, entah kenapa agaknya pada PRU13 ini yang akan tamat tempoh edah pemerintahannya pada Mac/April 2013 masih belum lagi di bubarkan, ini adalah sejarah dalam PRU di negara kerana sebelum ini PRU amat segera di adakan. Apakah pada YAB Najib sedang nazak dengan permasalahan demi permasalahan yang di hadapinya, mungkin dengan masalah tersebut penyebab parlimen masih belum mampu di bubarkan.
Isu terbaru, bakal menantunya tertangkap di Amerika atas pertuduhan pembohongan. Daniyar ( bakal menantu ) dalam dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Agung
Manhattan, Amerika Syarikat mendakwa warganegara Kazakhstan itu menipu
bapa tirinya seunit kondominum bernilai AS$20 juta (RM62 juta).
Cuba kita teliti dengan isu-isu berikut, atau apakah isu-isu ini yang menyebabkan Najib masih lagi berteka teki kaitan dengan tarikh pembubaran parlimen untuk PRU13.
Pertama; Pemberian BRIM, apakah benar kerajaan mempunyai wang yang cukup untuk pemberian tersebut, kerana keadaan " wang " negara yang sudah terhutang, dan apakah mungkin peruntukan BRIM ini juga hasil dari keberhutangan. Lagi satu contoh kaitan dengan " durian runtuh " di Felda. Kalau ia benar runtuh kenapa pihak pengurusan Felda perlu meminjam sejumlah 6billion dari KWSP?
Selain itu bagaimana Najib menyalah gunakan wang Felda dengan dari 4.08 billion pada 2004 tinggal 1.39billion pada 2009. Kenapa agaknya Najib juga tak mampu membantu orang miskin seperti program yang dilaksanakan di Kelantan contohnya: Skim Kifalah, kerajaan negeri memperuntukan 8 juta setahun untuk tujuan tersebut. Selangor memberi air percuma.
Selain itu bagaimana Najib menyalah gunakan wang Felda dengan dari 4.08 billion pada 2004 tinggal 1.39billion pada 2009. Kenapa agaknya Najib juga tak mampu membantu orang miskin seperti program yang dilaksanakan di Kelantan contohnya: Skim Kifalah, kerajaan negeri memperuntukan 8 juta setahun untuk tujuan tersebut. Selangor memberi air percuma.
Apakah dengan rm500 dalam tempoh hampir 57 tahun
itu satu kebajikan untuk rakyat?
Kedua, dari sudut amanah dan integriti, memang jauh bezanya antara kepimpinan Pakatan Rakyat dengan UMNO. Buktinya
pemerintahan Umno BN Indeks rasuah meningkat, menurut CPI pada tahun
2010 indeks 4.4 tetapi telah merosot kepada 4.3 pada tahun 2011.
Laporan Ketua Audit Negara, Malaysia kerugian akibat ketirisan RM28
bilion pada tahun 2008.
Ketiga, apakah Umno hendak diharap jaga agama?. Siapa yang runtuh masjid
Bujal? Runtuh surau kampung Berembang Ampang, tutup surau Jubli Perak
Bangi, tutup surau al-Rahmah Seksyen 8 Shah Alam, Tutup Surau Puchong
Perdana? Bukankah ini angkara Umno?. Kalau tempat suci umat Islam pun
Umno tidak boleh diharap. Bagaiaman hendak harap Umno menjaga Islam yang
lebih besar.
Keempat, taat setia kepada raja dan istana, faktor ini memang tidak dinafikan UMNO telah mengadu dumpa istana dengan rakyat. Banyak tragedi yang menyentuk hati yang telah dilakukan oleh mereka. Siapa yang
cuba menabalkan Tengku Ibrahim di Padang Sekolah Ketereh? Siapa yang kata Sultan
Terengganu binatang? Siapa yang maki Raja-Raja Melayu ketika krisis
Perlembangaan 1983 dan 1993? Zahid Hamidi sendiri pernah pertikai
kedudukan Sultan Ismail Petra Kelantan kononnya tidak layak menjadi
Sultan. Tan Sri Rahim Tambi Chik suruh rakyat berbahasa dengan Raja
ialah “saya” untuk ganti perkataan “patik”. Umno jangan hipokrit
kononnya pembela Raja-Raja Melayu.
Kelima, Dari sudut bebanan hutang negara, di zaman Najib peningkatan hutang amat ketara sekali daripada RM146 bilion pada tahun 2002 kepada
RM456.1 bilion pada tahun 2011, hanya rakyat ingin tahu apakah dengan hutan yang meningkat itu tandanya pemimpin itu pandar memerintah atau ianya banyak salah guna wang rakyat. Rata-rata kerajaan negeri peninggalan UMNO / BN semuanya hutang tinggi seperti di Kedah RM2.3 billion.
Keenam, kita tidak dapat menapikan dalam keadaan negara majmuk dan sudah tentu rakyat tempat inginkan setiap kelebihan dalam apa jua hal, tapi sejak akhir-akhir ini setalah ada antara negeri yang diperintah oleh PR seperti Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan, tapi Pulau Pinang di jadikan negeri yang paling untuk di laga-lagakan antara kaum. Pulau Pinang, dimajoritikan oleh kaum Cina. Di sinilah parti Umno yang bermain isu-isu rasis. Siapakah yang anjur demo kepala lembu di Selangor? Siapa pula
yang demo kebumikan YAB Lim Guan Eng di Pulau Pinang pada 10 Mei 2012?
Apakah ini yang dimaksudkan dengan keharmonian kaum? Kalau trend ini
berlaku berterusan maka ia amat merbahaya kepada negara.
Ketujuh, transformasi apa yang Najib bawa? Tidak lebih daripada
retorik. Apakah Undang-Undang ISA kononnya dimansuhkan? Sedangkan yang
baru lebih teruk. Rang Undang-Undang Pilihanraya diluluskan dengan
secara tergesa-gesa oleh Dewan Rakyat. Setelah mendapat kecaman maka
Dewan Negara menarik balik. Polis yang “merusuh” pada 28 April 2012 di
himpunan Bersih adakah ini transformasi Najib. Ini bukan transformasi
tetapi transformer.
Kelapan, BN gagal meningkat pendapatan rakyat di negara ini.
Buktinya 5.2 juta rakyat berpendapatan RM3000 kebawah. Kenapa gagal?
Bukankah Malaysia negara kaya? Kenapa rakyat miskin, bagaimana Najib
boleh mengaku beliau berjaya meningkat pendapatan rakyat. Walau pun
negara sudah merdeka 55 tahun tahap kemiskinan rakyat semakin parah.
Malahan kemiskinan sebenarnya dirancang supaya ia menjadi umpan kepada
Umno untuk mendapat undi dalam setiap kali pilihanraya.
No comments:
Post a Comment