BIAR
KERATAN-KERATAN AKHBAR BERBICARA...
BIARPUN KISAH LAMA PURBA, TAPI DEMI PENCERAHAN MINDA.... SIAPA SEBENARNYA MENGHINA RAJA-RAJA MELAYU...
Dari mana agaknya istana dapat " harta "
Bukankan harta di istana juga datangnya dari kerajaan?
Dan jika dari Kerajaan sudah tentu ianya wang rakyat?
Memang benar Malaysia bukanlah " hak " istana, tapi apakah ianya pula hak UMNO?
ini adalah satu persoalan yang perlu ditangani dan di fahamani.
Raja atau pun Sultan juga adalah manusia biasa, dan sudah tentu sentiasa memerlukan khidmat nasihat terutama kaitan dengan agama, tapi apakah peranan pihak ulama ini dapat " menyaingi " kehendak istana, tambahan pula pemimpin UMNO selaku pihak eksekutif juga tidak mengindahkan nasihat dari pihak kalangan pemimpin agama? Mungkin " keengganan " istana ada kaitan dengan cara yang dilakukan pihak eksekutif - pemimpin UMNO
" Nasib Melayu bukan di tangan Raja " apa sejak akhir-akhir ini jelas kita perhatikan kepimpinan sedang menidakkan hak Melayu itu sendiri, dan seluruh dunia ( yang mengamalkan sistem beraja ) tahu bahawa Istana hanyalah satu simbul pemerintahan dan yang berkuasa ialah pemerintah politik.
Ini adalah keretan dari Tajol Rosli, kata-kata beliau memang benar, tida ada siapa yang kekal di dunia fana ini, yang kekal hanyalah Allah yang maha kuasa. Apakah Tajol merasakan " orang politik " kekal? Di mana Tajol masa ini? Apakah beliau masih MB Perak lagi?
Berapa ramai raja / sultan yang sudah di pecat oleh Perak? atau apakah mungkin amaran ini yang menyebabkan peristiwa rampasan kuasa yang berlaku di Perak tempoh hari, mengikut arahan ini? Lu fikirle sendiri.
Istana perlu ingat, kemewahan dan keselesaan yang diterima oleh mereka adalah dari UMNO, so, jangan menyebok dengan politik, biar orang politik menyelesaikan masalah negera, dan istana duk diam-diam dan main jauh-jauh, Tapi kami ( orang politik ) boleh campur dan menentukan siapa bakal raja yang kami hendak. ( cubaan di Kelantan )
Kini siapa Annuar Musa, FAM pun dah tolak dia, dan kini beliau tercari-cari siapa yang boleh bantu untuk meneruskan perjuangannya, sedih juga nak harapkan istana Kelantan, sultan dah pun mendekatkan diri dengan cara hidup yang lebih sempurna dengan mendekatkan diri dengan Allah. Tahniah dan syabas Tuaku sultan Kelatan, yang kini juga sebagai Timbalan Yang dipertuan Agong.
Kesimpulan dari ceraian keratan akhbar di atas:
Melayu mudah lupa.. Melayu mudah lupa.. Melayu mudah lupa... Itulah antara ungkapan yang dipopularkan oleh Tun Dr Mahathir semasa berucap di Perhimpunan Agung UMNO di PWTC sebagai Presiden UMNO.
Dizaman beliaulah UMNO tanpa rasa segan silu malahan cukup bangga dan megah menerjah Institusi Raja-Raja Melayu sehingga tercalar amat parah lagi teruk... Ketika itu UMNO cukup kuat...Datanglah ribut taufan melanda tidak akan goyah tumbang jauh sekali.
Kini bila UMNO dah nak rebah sembah bumi, cuba memainkan isu Raja- Raja dengan harapan dapat kembali sokongan orang-orang Melayu terutamanya dikalangan anak-anak muda, yang kini sudah kelihatan lebih mau mendakap perjuangan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.
Cuba menjadi jaguh yang sanggup pertahankan Raja-Raja Melayu tanpa terfikir dibenak kepalanya yang rakyat sudah tahu sepak terajang politik dan niat sebenar UMNO.
Raja dan sultan sewajarnya tidak perlu memihak bagaimanapun tangan mereka tetap terikat dengan kehendak pemerintah....faham-fahamlah apa sebabnya!!!
ReplyDelete