Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, June 15, 2012

ANWAR ICON SEBENAR 1MALAYSIA



            ‘Anwar Tidak Layak Jadi Pemimpin Negara’. Itulah kenyataan terbaru Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak ketika mengadakan lawatan ke Negeri Sembilan baru-baru ini. Sebelum ini juga sering terbaca di dada media kenyataan-kenyataan dari pemimpin Umno dipelbagai peringkat bahawa Anwar tidak layak jadi PM.

Ungkapan Najib dan kepimpinan UMNO yang lain dalam isu PM dan Anwar ini juga telah memberikan satu signal kepada BN, apakah benar Anwar akan menguasai Parlimen selepas PRU13 nanti. Secara psikologinya dengan menghubungkaitkan individu Anwar untuk PM adalah satu isyarat dan ianya amat membimbang sekali sekutu BN terhadap postensi Anwar dan rakan-rakan gagasan PR menguasai Putrajaya.

Kebarangkalian gagasan ini khususnya Anwar ke putra jaya memang ada, kerana setelah 12 kali diadakan Pilihanraya Umum (PRU), isu Anwar menjadi PM atau pembangkang menguasai pentadbiran negara tidak pernah wujud. Para penganalis politik mau pun peminat politik melihat apa yang sedang di lakukan oleh UMNO / BN terhadap Anwar, mereka cukup takut dengan mereka meneruskan pejuangan untuk menidakkan usaha PR dengan terus menerus mereka menyerang khususnya Anwar. Lebih hebagt dan kuat serasngan ianya menujukkan ketakuatan yang amat sangat oleh UMNO itu sendiri.


Anwar icon 1M

Di manakah agaknya kekuatan Anwar yang memastikan Najib dan rakan-rakannya sering melatah, mungkin kejayaan Anwar bertindak sebagai pencetuk kesedaran rakyat terhadap kezaliman UMNO / BN. Atau apakah dengan tercetusnya Gagasan PR ini juga menjadikan Anwar sebagai musuh No. 1 UMNO / BN? Dengan tercetusneya Gagasan PR ini Anwar telah berjaya " menyatupadukan " rakyat berbilang kaum di Malaysia, mereka kini saling faham memahami. 

Dengan keujudan gagasan PR juga, kalangan "kafir " dah mula sedar, mereka dah tahu apa yang di katakan hukum " Hudud " siapa yang perlu pakai hukum ini, mereka tahu hukum ini untuk Muslim sahaja. selama ini mereka di " tipu " oleh UMNO bahawa islam itu hanya potong " punai " sahaja, yang di dedahkan semuanya menakutkan.

Penyelewangan ; Rakyat akan hukum mereka

Penyelewaangan demi penyelewangan di dedahkan, pendedahan penyelewengan bukan sekadar kata-kata tapi siap dengan fakta yang sahih. Seperti NFC berjumlah Rm250juta, dan mereka yang terlibat bebas bagitu sahaja. Amalan rasuah, kornisme, salah guna kuasa, ugutan dan sokongan menjadi-jadi oleh kepimpinan dari UMNO / BN. 

Sebagai jalan keluar Umno-BN cuba mencari kelemahan dalam kerajaan-kerajaan negeri PR namun kesemuanya bersifat tuduhan dan fitnah dan tanpa bukti. Akhirnya hanya retorik dan fitnah dijaja didada media milik kerajaan.

Peranan katak-katak

Rakan-rakan Anwar sama ada semasa penubuhan PKR mau pun semasa menjawat jawatan dalam kerajaan tempoh, merka yang terlibat dengan parti yang juga sebagai YB, melompat untuk mencari rezeki yang lebih. Lompatan mereka sebagai katak-katat. Katak-katak yang dilahirkan melalui PKR mengambil peluang untuk membantu UMNO / BN. Katak-katak ini dijadikan seperti anak emas oleh media perdana. Tugas mereka hanya mengeluarkan kenyataan khusus kaitan dengan Anwar, sudah tentu mereka banyak " cerita " kaitang dengan Anwar. Tohmahan yang  dilemparkan hanyalah retorik politik tanpa fakta.

Bagi katak-katak tersebut inilah masanya yang amat di nanti-nantikan kerana berpeluang untuk menarik perhatian Najib dan pemimpin-pemimpin Umno. Ini juga peluang untuk membolehkan mereka dipilih oleh Najib untuk menjadi calon dalam PRU 13 nanti. Bagi Najib pula barang siapa yang ‘kuat’ menyerang Anwar, orang itu akan menjadi perhatiannya. Contohnya kepada Ezam Mohd. Nor bekas ketua AMK di lantik ke senator bersama-sama dengan Datok S Nallakurappan - bagi mereka Najib di ampu Anwar di serang.

Peranan Akhbar

Akhbar sudah lari jauh dari peranan sebenar, peranan untuk menyampaikan maklumat bertukar dengan penyampaian fitnah, pembohongan, cerita unsur-unsur seks. Ketajaman pena sudah berperanan untuk mengadu dumba kalangan rakyat. Akhbar juga bertindak untuk tidak berlaku adil, sebaliknya memilih orang tertentu sahaja. Mereka sudah tidak bebas.

Tepi masa menentukan segala-galanya, kini dunia masuk zaman IT, lahirnya " zaman IT " internate telah mengambil tempat, rakyat sudah menikmati maklumat yang tanpa sempadan, maklumat sudah dihujung jari dan akhirnya akhbar di tinggalkan. Jualan akhbar dari hari ke hari terus merosot.

Sebagai contoh, cuba kita lihat berdasarkan fakta kewartawanan, tindakan media milik Umno yang menyerang Anwar bertali arus bertujuan mengalih perhatian dan tumpuan rakyat berhubung pelbagai kelemahan dan kepincangan dalam kerajaan. Rakyat cuba di cuaikan dengan budaya fitnah, prono dan mengaibkan orang lain sebagai suatu pelarian yang tidak bermoral. Penambilan isu fitnah juga gagal untuk meraih jualan yang di harapkan.

Dengan kata lain peranan akhbar untuk mengalihkan perhatian rakyat dari isu sebenar telah gagal.

Kerajaan Pakatan Rakyat

Negeri-negeri PR telah terbukti berjaya dalam pentadbiran baik di Selangor, Pulau Pinang , Kelantan dan Kedah. Keempat-empat negeri ini merupakan empat negeri teratas penyumbang kepada kemasukan pelaburan asing (FDI) kepada Malaysia. Manakala Selangor pula menyumbang sebanyak 22 peratus dari pendapatan ekonomi negara dan untuk Selangor Anwar adalah penasihat ekonominya.

Retorik kononnya berlaku pelbagai penyelewengan dalam kerajaan PR hanya merupakan momokan tak berasas yang dihidang oleh media milik Umno. Sedangkan apabila dipinta bukti dan fakta pelbagai alasan kosong dikemukakan.

Media gagal berfungsi

PR membiarkan media arus perdana tenggelam dalam arus dan mitosnya tersendiri,  dengan adanya sembilan saluran media eletronik, 27 saluran radio dan hampir 12 saluran media cetak harian Umno-BN sedang berada dalam keadaan tidak selamat dalam PRU 13 ini. Sebaliknya pembangkang dan PR hanya mempunyai tiga saluran PAS dengan Harakahnya cuma diterbitkan 2 kali seminggu, PKR dengan Suara Keadilan, terbitan pula tidak berkala dan kerajaan Selangor dengan Selangor Kini di terbitkan seminggu sekali, bagitu pun penjualannya adalah terhad. Sudahlah keluarannya terhad dia ianya pula sentiasa di perhatikan oleh pihak KDN. Silap langkap akan ke penjara.


Untuk itu, jelaslah kini peranan yang dimainkan oleh media sama ada cetak, eletronik gagal memain dan membantuk UMNO / BN untuk meneruskan kepimpinannyal.

Pemimpin perlu jiwa yang besar

Momentum rakyat yang mahukan keadilan dalam pelbagai isu termasuk menghalang budaya fitnah dan prono semakin menular. Malah rakyat juga faham tindakan menyerang Anwar bertujuan mengalih perhatian rakyat berhubung pelbagai kelemahan dan penyelewengan dalam kerajaan.


Najib sendiri dalam kenyataannya berhubung isu kebocoran maklumat mesyuarat felda baru-baru ini membuktikan lagi keyakinan rakyat terhadap Umno-BN semakin susut. Hinggakan segala maklumat sulit kerajaan dibocorkan oleh rakyat yang tidak sanggup lagi bersengkol dengan kerajaan yang melakukan pelbagai penipuan terhadap dana rakyat.


Rakyat juga tidak rela lagi diperbodoh dan menjadi kuda tunggangan pemimpin-pemimpin gila rasuah dan kronisme. Rakyat sudah bosan dengan segala penipuan dan salah guna kuasa pemimpin-pemimpin Umno-BN yang telah lebih 50 tahun menipu rakyat.


Hakikatnya rakyat sudah ada pilihan untuk menggantikan Umno-BN dari terus bermaharajalele meratah khazanah negara.

Kesimpulan

Kesilapan dan apa yang terjadi pada masa kini khusus kaitan dengan politik ianya adalah bermula dari " kesilapan " Mahathir, dari peristiwa mengambil sebahabian tugas Istana, sehinggalah menidakkan peranan Anwar dalam UMNO itu sendiri.


Bagi Anwar yang memiliki ciri-ciri kepimpinan yang jitu, walau pun ditahan, dipenjarakan, di maki hamun malahan setiap hari beliau dan keluarga dijadikan bahan cerita di dada-dada akhbar harian. Malahan beliau terus berdiri megah.


Peranan dan idea beliau menggabungkan PAS - DAP - PKR telah melemas dan merimaskan UMNO itu sendiri.  Mereka UMNO / Perikatan / BN telah hidup selesa dan senang lenang selama 54 tahun tapi dengan kewujudan gagasan PR ( Pakatan Rakyat ) menyebabkan mereka tidur tidak lena.

Anwar adalah musuh No 1 untuk UMNO / BN

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA