Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, June 17, 2012

TOKOH GURU NEGERI PERAK SERTAI PAS, TAHNIAH





Rakan-rakan Masjid Lama, Kg. Gajah mengucapkan syabas dan tahniah kerana memilih PAS sebagai perjuangan hidup. Mungkin agaknya berada bersama-sama Jemaah di Masjid Lama tempoh hari telah memberikah hidayat kepada beliau. Tahniah.



Tuan Haji Ahamad Zabidi bin Shansuddin mantan Ketua Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia yang pernah menerima anugerah Tokoh Guru Negeri Perak 2011 mengisytiharkan menyertai PAS secara rasmi semasa Himpunan Hijau negeri Perak di Markas PAS Bagan Masjid Tinggi , Bagan Serai.

Haji Ahamad Zabidi yang pernah menjadi Pengarah JPN Terengganu diberi peluang menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.

Turut mengisytiharkan secara rasmi menyertai PAS adalah Tuan Haji Nazri Nordin bekas AJK Bahagian UMNO Goepeng yang selama 30 tahun bergelumang di dalam UMNO.

Lebih 10 ribu berhimpun di Markas PAS Bagan Serai menyertai Himpunan Hijau yang bermula dengan himpunan pesawah pada sebelah pagi.



1 comment:

  1. Bila dah senja, dah cukup makan, dah dapat semua pangkat gelaran, dah puas sambung kontrek, dah pencen... baru keluar BN!!??


    masa bertugas, semua kecut telor.

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA