Liza MN
Liza MN Kata- kata yang terkenal daripada Saidina Abu Bakar r.a. semasa beliau diangkat menjadi khalifah selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya aku telah dilantik di kalangan kamu sedangkan aku bukanlah orang yang terbaik. Maka jika aku melakukan kebaikan maka bantulah aku tetapi sekiranya aku terpesong maka betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah dan dusta itu adalah khianat. Orang yang lemah di kalangan kamu merupakan orang kuat disisiku sehingga aku akan menunaikan kemahuannya serta memn\beri haknya semula. manakala orang yang kuat di kalangan kamu merupakan orang lemah disisiku sehingga aku akan mengambil kembali hak yang telah dirampas. Oleh itu taatilah aku selagi mana aku mentaati Allah dan rasul Nya dan jika aku mengingkari Allah dan rasul Nya maka jangan kamu mentaatiku".about an hour ago · · 1
Liza MN Ucapan ini menyatakan kepada kita bagaimana raja dan pemimpin mestilah telus dan terikat dengan undang-undang sebagaimana yang dikenakan terhadap rakyat jelata kerana raja dan pemimpin bukannya kebal daripada sebarang undang-undang. Jika kamu kebal di dunia sekali pun, kamu tidak akan terlepas di hadapan Allah walau sebesar zarah kerana undang-undang Allah adalah seadil-adilnya tanpa sedikit pun tidak menzalimi kamu.about an hour ago · · 1
Liza MN Ini pula pesanan Saidina Umar al-Khattab r.a. ketika mula-mula diangkat menjadi khalifah mengantikan Saidina Abu Bakar r.a. yang mana beliau diingatkan dengan sebilah pedang.
" Saya menerima ujian dan kamu semua memberi ujian kepada saya. Saya mengantikan kepimpinan untuk kamu semua selepas sahabat saya (Abu Bakar r.a.). Sesiapa yang hadir maka kita akan memberi khabar gembira dengan jika raga kita dan sesiapa yang tidak hadir maka urusannya adalah tanggung jawab orang yang mempunyai kekuatan dan amanah. Sesiapa yang berbuat baik, maka kami tambah kebaikannya dan sesiapa yang berbuat jahat, kami akan menghukumnya. Semoga Allah memberi ampun kepada saya dan kamu semua"about an hour ago · · 1
Liza MN Ketaatan kepada raja tidak sesekali sama dengan ketaatan kepada Allah dan rasul Nya. Jika raja sendiri sudah terpesong maka kita tidak wajib mentaatinya walau pun dimurkai kerana kemurkaian Allah tiada batasnya. Kemewahan dan darjat hanyalah pinjaman semata-mata kerana Allah s.w.t ingin menguji setakat mana keimanan hamba Nya dan kemana di belanjakan harta itu. Kita patut menunjukkan sokongan yang padu kepada DS Nizar kerana apa yang beliau lakukan tidak bersalahan mengikut Islam.about an hour ago · · 1
Mibu Bulan Orang Johor mestilah kenal orangni, tapi aku orang Perak tak perlu tahu dan ambil tahu...... kalau Raja Perak dan Agongtu aku kenale....
Liza MN Ismail Amat ~ takkan tak kenal foto siapa kat atas tu....memang lah nampak mcm orang putih...mak dia orang putih.
Adlina Aziz sekarang raja kat india pun dah berkubur...rakyat gulingkan...banyak negara dulu yang beraja semua dah berkubur...yang ada tinggal beberapa kerat je...raja england..raja thailand...raja jepun...yang lain semua dah berkubur sebab rakyat dah gulingkan...
Adlina Aziz Negara India dulu kuat pemerintahan beraja...sudahnya rakyat gulingkan terus tak beraja...suara rakyat ...suara keramat...
Suhaimi Saad India le paling ramai raja..raja gopal., raja lingam, raja kapur.dan macam2 raja...a few seconds ago ·
Raja mufakat dengan menteri, seperti kebun berpagarkan duri.
Betul hati kepada raja, tanda jadi sebarang kerja.
Hukum adil atas rakyat, tanda raja beroleh inayat.
Kasihkan orang yang berilmu, tanda rahmat atas dirimu.
Hormat akan orang yang pandai, tanda mengenal kasa dan cindai.
Ingatkan dirinya mati, itulah asal berbuat bakti.
Akhirat itu terlalu nyata, kepada hati yang tidak buta
No comments:
Post a Comment