Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, June 19, 2012

DR HASAAN ALI - MEROYAN NAK JADI MB

Kg Gajah 17 Jun 2012, tahniah kepada Pas cawangan Bawah Bungur dalam Parlimen Pasir Salak yang kini sedang giat dengan program dan aktiviti untuk memastikan kemenangan kepada calun-calun Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti. Gabungan dengan Dewan Pemuda, pemuda cawangan ini berjaya dalam misi untuk memastikan Timbalan Persuruhjaya PAS Selangor yang juga AP Shah Alam dapat hadir ke Pasir Salak khususnya di Cawangan Bawah Bungur. Tahniah dan Syabas.


Poster ceramah isu-isu semasa dari PAS Cawangan.

  
YB Khalid Samad di apit oleh Drs. Ishak Shaari ( baju biru ) dan  
Sdr.Md. Sany Hamzah, AJK Pemuda PAS Pusat ( baju t )


Khalid Samad - gaya seorang pemidato

 "Kita ( PR ) tidak menafikan hak semua kaum dalam negara, malahan semua hak yang perlu di miliki oleh semua kaum perlu di jaga dan diberikan mengikut apa yang telah termaktub dalam perlembagaan. Kewujudan PR ( Pakatan Rakyat ) memang tidak telintas pada mulanya, dan yang ada hanyalah barisan alternatif ( BA ) dan pada masa ini BA hanya berunding dan memutuskan pertandingan di PRU12 perlu satu lawan satu" . YB Khalid

" Tsunami PRU12 telah melahirkan kerajaan PR, di mana 5 buah negeri dapat di tawan selain Kelantan, dan yang mengejudkan ialah di Selangor. Gagasan PR - PAS 8, PKR 15, DAP 13 serta UMNO 20. UMNO gagal untuk meneruskan pemerintahannya. PR 36 BN / UMNO 20. UMNO / BN gagal melaksanakan misi apa yang dilakukan di Perak kerana Perak majoriti hanya 3 untuk PR. akhirnya dengan kuasa Istana Perak kembali ketangan UMNO / BN " YB Khalid

UMNO / BN terus melaksanakan kerja-kerja jahat untuk melemahkan PR, setiap hari media masa perdana dan media eletronik memainkan peranan memburuk-burukan kerajaan PR khususnya di Selangor - tambah Khalid.


Khalid gaya tersendiri - kaitan dengan Hassan Ali

" Dr. Hassan Ali memang mengigaui jawatan MB, beliau mendesak saya selaku Timbalan Pengurusi Perhubungan PAS Selangor memberikan kenyataan untuk beliau di lantik sebagai MB, tapi atas dasar permuafakatan dalam PR, majoriti kerusi kepada PKR jadi jawatan MB adalah hak PKR dan dari 5 negeri yang di perintah oleh PR - PAS mengetuai 3 negeri ( Kelantan, Kedah dan Perak ) dan DAP di Pulau Pinang, jadi PKR perlu diberikan peluang untuk Selangor " - Khalid Samad.

Keengganan dan ketidak pedulian PAS untuk memberi laluan kepada beliau untuk menerajui Selangor memerikan kekuatan kepada beliau untuk terus mengkritik PAS dan menghentam Kepimpinan dalam PR terutama DSAI. Akhirnya beliau di nyahkan dari PAS.

Melalui tindakan ini jelas beliau lebih mementingkan diri dari organisasi - tambah Khalid lagi. Kini kita boleh lihat bagaimana JATI yang diterajuinya dapat memainkan peranan untuk kepentingan rakyat keseluruhannya dan bagaimana pula beliau dapat meyakinkan rakyat tindakan dan perbuatannya itu di pihak yang benar.


Penulis bersama YB Khalid Samad.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA