Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, June 4, 2012

PRU 13 - UMNO GUNA POLITIK DESPERADO

UMNO amat sukar sekali menerima tsunami PRU ke 12, implikasi dari tsunami itu hari demi hari, UMNO dilihat semakin tergelincir daripada landasan perjuangannya yang sebenar. Dari sebuah parti yang berasaskan nasionalisme Melayu, kemudian menuntut kemerdekaan dan mengisi kemerdekaan dengan perjuangan membela orang Melayu, UMNO kini seakan-akan melupakan asas perjuangannya sendiri

Pemimpin tidak lagi menggunakan medan juang ini untuk memperlihatkan " kepentingan Orang Melayu ", bagi mereka " ketuanan Melayu " sudah lama di padamkan dari kamus perjuangan UMNO.  Faktor ini jelas kelihatan dengan semakin hari semakin berkurang ucapan dari pemimpin untuk memastikan ketuanan Melayu diteruskan. Ini terbukti di ucapan-ucapan semasa perasmian mesyuarat agung sama ada di peringkat cawangan bahagian hatta di pusat.  penekanan kepada perlunya UMNO dikekalkan kuasanya berasaskan sejarah perjuangan untuk terus membela orang-orang Melayu, semakin perlahan kedengaran nadanya. Malahan kepada generasi muda yang baru mengenali UMNO, hampir tidak ada penekanan supaya mereka lebih memahami susur galur perjuangan UMNO itu sendiri.

 Mereka cukup " gelabah " kini, dan sering memikirkan apakah rakyat masih memberikan kepercayaan mereka untuk meneruskan kepimpinan pada PRU13 nanti. Pemimpin UMNO sudah memperlihatkan ketidak upayaan ini dengan mengimpot pemidato dari kalangan NGOs yang mesra UMNO itu sendiri, seperti TIBAI, Perkasa, JATI. Pemidato seperti Zahid Mat Arif, Bhaghim Ali, Hassan Ali, Umi Hafilda, Ezam telah mengambil tempat pemimpin UMNO. Malahan ucapan mereka hanyalah tertumpu kepada Isu Anwar Ibrahim.

Pemimpin pula semasa berucap di pentas perhimpunan bukan lagi membincangkan kesungguhan terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang, sebaliknya mereka  lebih ghairah untuk menjadikan topik seks sebagai sandaran utamanya. Yang dikecam ialah pihak lawan yang dikaitkan dengan pelbagai tuduhan dan dakwaan salah laku seks yang kadangkala sukar dibezakan antara fakta dan auta.

Pemimpin UMNO juga jarang untuk mempertahankan apa yang di bangkitkan oleh Pembangkang di bawah pimpinan Anwar Ibrahim seperti menurunkan harga minyak, menghapuskan PTPTN, sebaliknya UMNO hanya mendiamkan diri. Selain dari isu salah laku seperti pinjaman RM250juta yang di salahgunakan, pembelian cincin rm25juta. isu pembaziran, rasuah, ketirisan dan sebagaikan. 

Isu debat antara PM dan Anwar juga memberikan kredit kepada PR, di mana sampai masa kini Najib masih " gagal " untuk menerima pelawaan tersebut. Kegagalan ini juga menyebabkan seolah-olah apa yang di nyatakan oleh pembangkang ada kebenarannya.

Apakah sebenarnya UMNO sudah bankrap idea untuk berhujjah dan akhir-akkhir ini UMNO / BN mengambil pendekatan " politik desperado ", kini mereka UMNO, mengancam pihak lain dengan " buat  kacau " di mana PR buat ceramah dengan kebenaran PdRM di situ juga pihak UMNO berceramah, ada masanya mereka bertindak lebih dari itu sehingga mencederakan pihak lain. Politik desperado ini, apakah benar-benar dapat memberikan kekuatan kepada UMNO, rakyat masa kini sudah matang dan dapat menilai satu-satu kebaikan dan untuk itu di khuatiri politik cara ini mungkin makan diri.

UMNO juga perlu ingat, dengan media baru masa kini generasi muda telah memainkan peranan untuk memastikan setiap apa yang dilakkukan oleh UMNO akan diberi pengajaran di PRU13 nanti. Rakyat masih ingat dengan zaman pemerintahan Mahathir dengan era kuku besinya.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA