Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, June 3, 2012

HIJAU & MERAH - YANG MANA LEBIH MATANG


 JITRA - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan Himpunan Hijau Menuju Putrajaya di Stadium Darul Aman dekat sini malam tadi, sebagai tindak balas terhadap 'gelombang merah' yang melanda Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Mei lepas.

"Ini adalah tindak balas kepada apa yang mereka lihat sebagai satu gelombang dan kesedaran orang ramai terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

Apakah kini kepimpinan UMNO sudah di rasuk sasau yang cukup mendalam, ianya bukan tindak balas tapi ianya satu perbandingan antara kesukarelaan dan paksaan. Merah memang ganas tapi keganasanya terkongkong dengan imbuhan dan bayaran.

"Cara kaedah kempen mereka gunakan (iaitu tema) warna hijau, perhimpunan yang ada unsur-unsur program dengan yang muda, apa bezanya dengan program yang kita dah buat?" katanya kepada pemberita selepas program BN Pilihan Orang Muda di sini. Perhimpunan 11 Mei lepas menyaksikan lebih 100,000 anggota Umno berpakaian merah berhimpun bagi sambutan ulang tahun ke-66 parti itu.

Naib Presiden ini seolah-olah memperlihatkan kebodohan dirinya sendiri. Antara perhimpunan Hijau dengan Merah memang jauh bezanya. Merah di Stadium nasional yang muatan lebih 100K tapi masih banyak ruang yang kosong dan Stadium Darul Aman muatannya kurang dari 80K tapi kehadiarannya cukup menakutkan kepimpinan Merah.



Kita dapat perhatikan kehadiran Pasokan Hijau - bersedia memenuhi kawasan stadium hanya dengan membentang tikar dan bersila, tapi bagi kumpulan Merah mereka perlu di sediakan dengan kerusi yang bersarung. itu menunjukkan mereka tidak menghayati cita rasa rakyat.

Hishammuddin, yang juga Naib Presiden Umno, berkata Pas juga sudah tidak mempunyai modal kerana terpaksa mengikut kaedah serta ciri program anjuran BN untuk mendekati golongan muda. "Kita tengoklah siapa yang sebenarnya ikhlas dan yang betul-betul berjuang untuk orang ramai," katanya.

Mungkin benar, berhimpun itu satu " tiruan " tapi apakah Hisyamuddin sedar, kehadiran mereka tanpa di bayar, tanpa duit poket, malahan makan pun dengan duit sendiri. Baju hijau dengan berbagai-bagai versi adalah dengan wang pokek, tidak perlu di taja atau di sumbang oleh pihak koperat, malahan semasa program pihak yang hadir juga sanggup menyumbangkan wang untuk pihak pengurusan meneruskan perjuangan. UMNO tak buat.

Untuk golongan muda, memang jauh bezanya laksana " jauhnya panggang dengan api pembakar ", Untuk UMNO penoh dengan hiburan yang melekakan, lihat saja dengan Hari Himpunan Belia, kerajaan melalui Kementerian Belia sanggup berbelanja jutaan hanya ringgit untuk membawa K Pop dari Korea. Sebaliknya PAS mengundang ustaz Azhar Idrus untuk santapan rohani. 


Sebaliknya bagi UMNO semasa Pehimpunan Sejuta Belia tempoh hari, bersedia membatalkan program Ust. Azhar kerana di khutir pengunjung akan bersama ustaz dan meninggalkan program yang lain. Siapa yang iklas dalam hal ini. UMNO atau PAS.

Mengulas program BN di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman hari ini, beliau berkata semangat dan gelombang yang ditunjukkan golongan muda cukup membanggakan. - Hisyamuddin

Penglibatan golonga muda kelolaan UMNO / BN memerlukan surat jemputan rasmi, terutama mereka dari kalangan pendidik, semua agensi pendidikan digunakan untuk memastikan keramaian tersebut. Malahan ada masanya pelajar-pelajar kecil juga menjadi sasaran untuk keramaian majlis.

Benarkah cara yang di buat oleh UMNO / BN ini satu transformasi atau sebaliknya. cuba sekali-sekali buat program tanpa wang saku, tanpa bas, tanpa baju T, tanpa disediakan makan - kemudian jika sambutan nya luar biasa kemudian umumkan pembubaran parlimen, sah UMNO / BN di senangi.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA