Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, June 5, 2012

GERHANA BULAN - APA KESAN KEPADA MANUSIA


 Masjid Lama Kg. Gajah.

Kg. Gajah 4 Jun 2012 / 14 Rejab 1433 -  sekali lagi jemaah masjid ini di bawa bersama-sama untuk mengadakan sembahyang sunat Gerhana Bulan dan ianya di imamkan oleh Ustaz Zamanhuri serta seterusnya beliau membacakan khuttab kaitan dengan keajaiban dan kejadian gerhana tersebut, sembahyang sunat Gerhana Bulan diadakan selepas sembahyang sunat Maghrib.

Firman allah ayat 38 - 40 surah Yassin - maksud:

Dua lagi dalil yang terang untuk mereka ( berfikir ) ialah malam. Kami hilangkan siang daripadanya maka dengan serta merta mereka beredar dalam gelap gelita dan ( sebahagian dari dalil yang tersebut ialah matahari, ia kelihatan bereda ke tempat yang ditetapkan baginya, itu adalah takdir Tuhan yang Maha kuasa, lagi Maha Mengethuai dan bulan pula kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir pengederannya kelihtan kembali pula ke peringtkat awalnya ( berbentuk melengkung  - anak bulan ) serperti tandan yang kering ( dengan ketentuan yang demikian ) matahari tidak mudah baginya mengejar bulan dan malam pula tidak dapat mendahului siang, kerana tiap-tiap satunyua beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.

Semalan kejadian Gerhana Bulan berlaku, ramai kalangan kita yang menyaksikanya kejadian tersebut sedangkan bulan lepas kita juga menyaksikan Gerhana matahari. Kejadian ini mengajak kita untuk menambahkan lagi keimanan tentang kehebatan ke kekuasan Allah Subhawataala sebagai Pentadbir seluruh alam, segala peredaran cakewala, bumi, bulan, matahari se umpanya, peredaran bulan dan matahari yang teratur setiap hari secara berganti-ganti, matahari bergerak waktu siang manakala bulan beredar di waktu malam. adalah atas kudrat dan iradat Allah. Ianya mempunyai hikmat dan tujuan tersendiri antaranya bagi tujuan membolehkan manusia untuk bekerja di siang hari dengan mudah dan pada malamnya pula manusia dapat berehat dan bermunajat kepada Allah dengan tenang.

Pergerakan kedua-dua cakrawala ini juga dijadikan asas perkiraan kalendar untuk tahun masihi - matahari dan bulan untuk kalendar Hijrah. Untuk itu kejadian gerhana malam ini adalah untuk mengetuk hati kita bersyukur dan mengingati Allah sepanjang masa. Kita sentiasa di minta agar berfikir tentang kejadian alam ciptaan Allah dalam mengelai sifat-sifat Allah dan juga mengakui diri kita sebagai hamba yang serba lemah.

Muslimin dan Muslimat yang dihormati: 

Kejadian kedua-dua gerhana ( matahari dan bulan ) ini menujukkan kepada ktia bagaimana kehebatannya masing-masing tapi kehebatannya adalah di bawah arahan dan perintah Allah. Dengan itu betapa malangnya jika ada umat manusia yang menjadi kan bulan,matahari dan sesutau selian Allah sebagai tuhan di disembah akibat terpesona dengan kehebatanya yang tidak seberapa sehingga mereka gagal memahami bahawa adanya kuasa yang lebih hebat yang menciptkan setiap sesuatu yang mereka kagumi selama ini iatu Allah. Bagitu juga lahirnya ramai manusia yang hanya merasa bagiamana hebatnya pergerakan bulan, matahari dan cakerawala yang lain di atas landasan orbitnya tanpa berlaku perlanggaran antara satu sama  lain tetapi golongan ini gagal menjejaki tentang adanya Allah yang mengatur segala pergerakan terseut. Inilah antara kelemahan akal manusia yang terbatas had kemampuannya di mana tanpa panduan agama maka manusia tidak mampu mengenali allah tuhan Pencipta walau pun terlalu kagum dengan alam ciptaannya.

Fenomena ini juga tidak ada kaitan dengan tanda-tanda timbulnya kejadian aneh atau pun mengkhuatirkan sebaliknya ia menunjukkan kehebatan dan kekuasaan Allah semata-mata. Sebaliknya kita Umat Islam adalah di anjurkan oleh Rasullah untuk bersegera untuk melakukan perkara-perkara yang berkebajikan seperti berdoa, berzikir, bersembayang, bertakbir, bersedekah dan beristigfar. Elakkan diri dari melakukan perbuatan mungkar dan maksiat serta perbuatan syirik yang bercanggah dengan ajaran agama. Juga mudah-mudahan dengan fenomena ini akan menimbulkan keinsafan serta menguatkan lagi keimanan dan ketaqawaan kepada Allah swt.

Muslimin dan muslimat sekalian - sesungguhnya kejadian langit dan bumi serta pertukaran siang dan malam adalah tanda-tanda kekuasaan, kebijaksanaan dan kekusaan rahmat Allah, bagi mereka yang berakal, ia itu kepada mereka yang sentiasa menyebut dan mengingati Allah di setiap masa dan ketika. Pernah sejarahnya Nabi sembahyang dengan cukup lama seolah-olah qiamat akan berlaku.

Surah Al qiamat ayat 6 - 12, Bilakan datangnya kiamat? Kiamat akan datang apabila pemandangan terpendar-pender ( kerana gerun takut ), bulan hilang cahayanya, kedua-dua bulan dan matahari di himpunkan bersama. Maka pada hari itu, manusia yang ingkar akan hari kiamat berkata-kata " kemanakah kita hendak lari ?" Tidak perlu ditanya lagi, tiada tempat perlindungan lagi, hanya pada Allah sahaja kita manusia perlu berserah.

Dalam surat Yunus ayat 5 - 6 bermaksud, Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar dan bercahaya, dan Dialah yang menentukan perjalananan tiap-tiap satu pada tempat-tempat peredaraannya, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan kiraan bulan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan guna yang sebenar,  Allah menjelaskan tanda-tanda kebesarannya satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui hikmat sesuatu yang dijadiknya Nya. Sesungguhnya pada pertukaran malan dan siang silih berganti dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi ada tanda-tanda yang menujukkan undang-undang dan peratuanan  Allah kepada kaumnya yang mahu bertaqwa.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA