Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, May 2, 2012

SUARA KERDIL UNTUK SATU TRANSFORMASI




Satu renungan untuk pemimpin muda yang bersama-sama 
di perhimpunan BERSIH 3.0 baru-baru ini.


Hanya gambar hiasan


Apakah benar aku menyertai BERSIH 3.0 ini untuk membebas belenggu negara dengan keadaan yang telah kucar kacir, dan apakah daya dan upaya manusia kerdil macam aku dapat memastikan apa yang dituntut itu berbaloi dan meninggalkan kesan. Memang sepatutnya ada kalangan yang mempersendakan kehadiran ku di perhimpunan BERSIH 3.0 baru-baru ini. Bukan setakat itu, ada yang menyarankan agar diri kerdil ini lebih baik duduk did rumah dengan menonton tv atau pun.

Tapi bagi diri kerdil ini apakah tidak perlu mencari pengalaman serba sedikit untuk merasai bagaimana rakan-rakan di Palestin, yang sentiasa di hujani dengan tembakan peluruh hitup, sentiasa menghidu asap bom dari lemparan Israel, dan bagi mereka pemuda Palestin asap bom seperti asap rokok sahaja.

Malang sungguh, tidak ada kalangan rakan-rakan yang memberi " kekuatan " untuk menghadirikan diri di perhimpunan itu, kata-kata ransangan langsung tidak ada. Semua mereka bersifat negatif. " Kerajaan tidak akan mendengar kelohan dari manusia kerdil seperti kamu " tambah mereka.


JAWAPAN SAYA ADALAH SEPERTI DI BAWAH....

Berlaku kisah di zaman Nabi Ibrahim semasa Baginda dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulang kali.

Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah yang lain yang kehairanan melihat perlakuan burung kecil, lalu bertanya kepada burung kecil itu: “Wahai pipit, apa yang engkau mahu lakukan?” tanya makhluk Allah yang lain.

“Aku mahu membantu Nabi Ibrahim. Aku mahu padamkan api yang membakar Nabi Ibrahim,” jawab burung pipit.

“Macam mana kamu mahu padamkan api itu. Kamu tidak mampu membawa air yang banyak. Paruh yang kamu ada itu kecil, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu. Sia-sia saja usaha kamu itu,” kata burung lain pula.

Lalu dijawab oleh burung berkenaan: “Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”

AKU YAKIN USAHA  INI MUNGKIN TAK SEBESAR MANA, SEKADAR BERHIMPUN DENGAN AMAN, BANGKIT BERSAMA RAKYAT DEMI MASA DEPAN TANAHAIR ... TAPI IA SUDAH CUKUP MENGGERUNKAN KERAJAAN HINGGA SANGGUP MENGARAHKAN POLIS UNTUK BERTINDAK KASAR KE ATAS KAMI...

SEKURANG-KURANGNYA JIKA DITANYA ALLAH SWT, AKU SUDAH PUN MENENTANG KEMUNGKARAN TERSEBUT dan MEMBANTAH.  RAKYAT TIDAK RELA DITIPU WALAU SEDIKIT PUN....

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA