Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, May 1, 2012

KEGANASAN - KEMANA HALA TUJU POLIS KITA

Kg. Gajah 1 Mei - perbualan masih sekitar BERSIH 3.0, kali ini memberi fokus khusus kepada cara dan tindakan pihak PDRM mengambil dan menyelesaikan permasalan dengan para pendemostrator. Dari gambar yang dipaparkan apakah mereka bertugas kerana Allah atau pun bertugas dengan penoh rasa dendam dan menujukkan kuasa yang ada.


 


Gambar-gambar di atas memaparkan bagaimana rakus dan bongkaknya anggota PDRM semasa menjalakan tugas, memang tidak dinafikan kedua-dua pihak melakukan provokasi semasa perhimpunan malahan ada kumpulan tertentu menyamar sebagai " pendemostrato " dan mereka merancang untuk " pergadohan " dalam perhimpunan tersebut.

Ketiga-tiga gambar ini jelas, anggota PDRM langsung tidak menunjukkan profionalisma dalam kerja, memang sepatutnya di tangkap, tapi atas kesalahan apa, dan setelah di tangkap mengapa hukuman di lakukan di tempat yang sama, dengan kekerasan fizikal mengapa pula seramai mungkin yang " membelasan " pesalah? OKT ( orang kena tahan ) tanpa senjata, tanpa perlatan yang boleh mencederakan orang lain, tapi kenapa polis bagitu ramai menyerang OKT tersebut?

Gambar ini pula menceritakan bagaimana seorang pemandu - memandu di kawasan perhimpunan dan pemandu pula memandu dengan menggunakan kendereaann PDRM, dan beliau pula tidak memakai unifom serta bagaimana pula beliau memandu dengan memakai topi keledar. Atau apakah " pemandu " ini dari anggota PDRM itu sendiri. Atau apakah ini satu dari provokasi yang menyebabkan berlaku kemalangan dan kereta yang di pandu melanggar benteng Sogo.

Tindakan pedemostrator memang agak keterlaluan tapi apakah tindakan dan perbuatan " Anggota PDRM " boleh diterima, di mana letakknya profesionalisma PDRM itu sendiri, serta di mana pula " Kesusilaan dan Kesepanan " yang termaktub dalam Rukun Negara itu. Ianya solah-olah gagal untuk di laksanakan. Atau apakah ini juga satu transformasi yang dilaung-laung kan oleh PM YAB Najib.



Semua para pendemostrator telah diarahkan untuk tidak membawa apa-apa alatan yang boleh mencederakan pihak lain. Tapi dalam gambar diatas, jelas " orang " ini membawa kayu dan juga tangannya berbelit dengan riben kuning, tapi ianya tidak pula digunakan oleh orang lain. Siapa orang ini ?


Apakah benar dakwaan zaharin yassin, Setiauaha UMNO Bahagian Bandar Tun Abdul Razak - "...pegawai polis yang memakai baju kuning melaungkan slogan reformasi. Masing2 mengenakan gelang warna kuning..."



Senario yang menyayat dan menguris hati!!!!....Setelah selesai rakyat dibelasah, dibedil dengan gas pemedih mata dan pacutan air berasid...anggota-anggota Pasukan Polis Simpanan (FRU) sekadar baring dan tidur diatas jalanraya bagi melepaskan kepenatan mereka, sedangkan para pemimpin mereka tidur nyenyak dalam bilik berhawa dingin diatas tilam empok.....berbaloikah mereka menzalimi rakyat?.. dilayan tak ubah macam anjing kurap setelah misi dan tugas mereka selesai...

1 comment:

  1. PDRM adalah pasukan keselamatan yg x sedar diri.. gaji yg dapat bagi anak bini makan rakyat yg bayar bukan pemimpin UBN...tugas jaga keselamatan bukan mempertahankan pemimpin yg korup...banganggg

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA