Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, May 14, 2012

MALAYSIA BERHUTANG RM450BILLION

Chikus - Langkap - Dun Sungai Manik dalam Parlimen Pasir Salak 13 April, bertempat di sebuah kawasan perumahan satu majlis santai diadakan khas untuk menerangkan situasi keadaan negara sekarang. Samada dari kepentingan sudut politik serta membersihkan fitnah dari UMNO itu sendiri. PKR Cabang Pasir Salak berjaya membawa Timbalan Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Gombak YB Sdr. Azmin Ali serta Sdr. Mustaffa Kamil Ayub, Ahli MPP PKR - Ahli Majlis Perwakilan Pusat.

Kepimpinan Cabang Tuan Hj. Osman bersama saf kepimpinan 
YB Sdr. Amin dan Sdr. Mustaffa Kamil

Saf Kepimpinan perlu di rapatkan, yang lepas perlu di lupakan dan apa yang penting perjuangan untuk ke Putra Jaya perlu mantap. Kedua-dua mereka " bermusuh " semasa pertandingan Timbalan Presiden PKR tempoh hari. Pertanding tersebut diambil kesempatan oleh musuh politik untuk memecah belahkan kepimpinan PKR. Tapi usaha mereka tak menjadi. Kerana pertandingan dalam parti adalah perkara, menang kalah memang menjadi lumrah dalam setiap pertandingan. Apa yang penting perjuangan parti perlu diberikan keutamaan. Tahniah kepada mereka berdua.

 
Dalam ucapannya, Sdr. Mustaffa Kamil mengaitkan keadaan perintahan UMNO/BN masa kini sama seperti pemerintah gulongan " edan " gulongan orang gila, tamak halabo. Apa yang lebih mereka pentingkan ialah bagaimana untuk mengkayakan diri dan rakan-rakan sekeliling. 

" Tajuddin juga gagal untuk melihat perpecahan dalam PKR khusus kaitan dengan pertandingan saya dengan Sdr. Azmin tempoh hari, pertandingan itu adalah di sahkan oleh perlembagaan parti, dan setiap pertandingan itu adalah untuk menuntut pertambahbaikan dalam parti, sebagai ahli yang matang, kemenangan mau pun
kekalangan perlu di terima dengan penoh rasa tanggongjawab, dan  saf kepimpinan perlu dirapatkan semula selepas setiap pertandingan " ucap beliau


YB Azmin mengambil kesempatan di majlis tersebut untuk menjelaskan isu terkini kaitan dengan apa yang sedang " hebat "  diperkatakan oleh kepimpinan UMNO, kes anaknya yang dikaitkan dengan DSAI, kini anak saya sudah 17 tahun. 2 kali ujian DNA dibuat dan hasilnya menyebelahi saya. Tapi malang kini ianya ditimbulkan semula.

Kenapakah agaknya kerajaan pimpinan UMNO / BN masa kini terus memperbodohkan rakyat, semua gerakerja mereka seolah-olah kita tidak tahu. Kini rakyat Malaysia yang baru lahir ( keluar saja dari perut maknya ) sudah berhutang hampir RM35k setiap orang dan kini hutang negara sudah pun mencecah ke angka yang amat meruncing sudah terkumpul RM450billion.

Apakah RM100 untuk murid sekolah, RM200 mahasiswa, RM500 untuk rakyat berpendapatan bawah RM3k serta kewujudan Saham 1M juga telah menyumbang kepada penambahan hutang negara dan yang terkini ialah pemberian " durian runtuh " kepada peneroka Felda juga meminjam dari bank dunia?

Kaitan dengan SPR, kenapa agensi kerajaan ini terlalu membodek, dan kekadang dapat di lihat bagaimana " bodoh " dan seolah- olah memperbodohkan diri sendiri. Salah satu perubahan yang dibuat oleh SPR kaitan dengan penambahbaikan proses pengundian ialah membuang perkataan " proses membuang undi ". Sudah 12 kali rakyat Malaysia mengundi dan ianya tidak menimbulkan masalah, tiba-tiba di PRU13 ini timbul masalah, benarkan pengundi tidak faham dengan istilah " membuang Undi " atau ada udang di balik mee dalam penambahan baikan ini?

Akhirnya beliau juga memohon jasa baik pengundi di Dun Sungai Manik dan Parlimen Pasir Salak dapat memikirkan untuk tidak lagi memberikan undian kepada UMNO / BN

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA