Kini
Malaysia sudah di penohi dengan NGOs, sama ada ianya mesra pemerintah
mau pun ianya " benci " dengan pemerintah. Tapi sudah pasti yang
pastinya NGOs yang mesra pemerintah akan mendapat tempat yang istemewa.
Tambahan pula NGOs ini pula dipimpin dari kalangan mereka yang pernah
satu ketika dulu bersama dan bersekongkol dengan DSAI sekurang-kurangnya
dengan rakan kepimpinan parti gagasan Pakatan Rakyat.
Kalau
pun mereka tidak menubuhkan NGOs sendiri mereka akan menjalankan
penghidupan seperti " belacak " boleh hidup di dua alam - di darat dan
laut. Atau pun juga dalam istilah lain " makan keliling " Kita rasa
sedih dengan cara hidup mereka, kenapa mereka sanggup melakukan untuk "
menyakiti " hati kawan yang dulunya hidup dan dapat melayari penghidupan
keluarga sendiri .
Presiden PERKASAM - di Majlis Perasmian TIBAI
Zaid Mat Arif adalah salah sorang anggota Angkatan Muda Keadilan dan bersama-sama rakan-rakan dan di ketua oleh Sdr. Ezam yang juga cucu kepada Allayarham Ghaffar Baba juga beliau bersama-sama rakan yang lain telah melafaskan " Sumpah Keramat " di Kg. Selat Pulau, Kg. Gajah bersama-sama Sdr. Hanafiah Man ( masih belum mengujudkan NGOs ). Tugas utama TIBAI ialah untuk mengutuk dan mencari jalan bagaimana DSAI dapat di malu dan fitnahkan.
Zaid Mat Arif - Cucu Ghaffar Baba
Presiden TIBAI
Apakah peranan TIBAI?, kenapa ianya perlu dikaitkan dengan DSAI? Apakah dengan lahirnya TIBAI ini akan menggugat kelancaran DSAI bersama rakan dalam Pakatan Rakyat untuk ke Putra Jaya? Rasanya semua orang tahu dan sungguh mengetahui apa sebenarnya peranan NGOs yang di pimpin oleh rakan-rakan lama DSAI yang kini sudah tidak mesra DSAI tapi sudah mesra Najib.
Apakah DSAI tertekan dengan penubuhan yang bagitu banyak NGOs ini? beberapa faktor ini boleh menyebabkan penubuhan mereka tidak meninggalkan apa-apa kesan terhadap DSAI:-
1- Cara penyampaian mereka setara sahaja, malahan mirip wajah mereka juga seperti mereke bersama-sama dengan DSAI lagi, seperti Ezam Mohd. Nor. Cara ucapan seperti bersama DSAI, bagitu juga dengan Zaid.
2- Kepimpinan mereka, adalah kalangan yang sudah tidak ada
kekuatan diri sendiri atau pun diri mereka sudah tidak laku. Kalau diri
mereka laku dan berwibawa cukup mereka bercakap atas kapasiti diri
sendiri. Tidak perlu melekatkan apa-apa Ngo atau pun persatuan untuk
mengukuhkan idea dan juga pandangan kita.
3- Semua
aspirasi penubuhan itu kerana untuk membelasah dan menyerang Anwar
Ibrahim. Tengok saja apa yang disiarkan oleh tv media penjilat buntut,
atau diliput oleh media cetak setiap hari memuatkan kenyataan-kenyataan
dari ketua Ngo itu. Kita konfius apakah idea mereka yang tak bernilai
itu hendak dikongsikan media berkenaan untuk pembaca.
4- DSAI juga menganggap mereka
semua adalah orang yang tidak tetap pendirian dan rosak akal. Daya fikir mereka sentiasa perubah dan mengikut aliran politik semasa. Mereka juga tidak " consistant " pentas mereka sering berubah-ubah.
5- Kepimpinan PR merasa amat berterima kasih kepada NGOs ini kerana dengan kehadiran dan ucapan mereka membuatkan rakyat tidak menerima mereka, dan sudah tentu ianya memberikan " kredit " kepada PR khususnya DSAI. Hujjah-hujjah mereka seperti pelawak di Maharaja Lawak.
6- Semua rakyat faham keujudan dan nawaitu kelahiran NGOs bukan untuk menzahirkan kebenaran tapi ianya adalah agenda peribadi untuk
memenuhi kehendak orang lain. Mereka mencari peluang atas modal yang
satu, Anwar. Mereka menjadikan Anwar sebagai batu loncatan untuk
mencari makan.
Gaya baru mempersonakan penonton. |
Implikasi dari penubuhan NGOs ini dan kecelupuran mulut mereka memberikan " advantage " kepada DSAI khususnya dan PR itu sendiri. DSAI boleh berterima kasih dan merasa bertuah kerana mereka juga memberikan " kredit " kepada dirinya sendiri dan setiap kali beliau mengadakan majlis ceramah, kehadiran amat membanggakan.
Dari satu sudut, mungkin juga dengan kapasiti beliau sebagai ketua pembangkang dan rakan-rakan lama yang meninggalkan kem beliau dapat cari makan dengan menggunakan nama beliua, mengkritik, memfitnah akhirnya Anwar dan PR yang menerima keuntungan.
No comments:
Post a Comment