Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, May 31, 2012

MAKHLUK DI PADANG MAHSYAR

Makhluk dan alam luas ciptaan Allah SWT akan tiba masanya menempuh saat kemusnahan dan kehancuran. Lihatlah tumbuah-tumbuhan menghijau di sekeliling kita akhirnya akan kuning layu, besi yang keras berkarat akan menjadi ruput, makanan segar menjadi basi, mansuia di mamah usia akhir nya menemui ajal.

Dunia yang kita duduki dan diami hari ini pun semakin tua. Suasana yang belaku bukan terjadi secara kebetulan tetapi suatu perkhabaran dan petanda awal bahawa seluruh ciptaan Allah SWT akan menemui ajalnya pada suatu detik dinamakan kiamat.

Tiupan sangka kala pertama tanda bemulanya kiamat, manakala tiupan sangka kala kedua menanadakan kebangkitan mansia yang mati sejak zaman nabi Adam sehingga manusia terakhir, ketika belaku kiamat dimana roh dan tubuh badan manusia yang berpisah ketika di alam berzakh, bercantum semula hingga lengkap seperti tubuh sebelum mati, untuk menghadapi hari pengadilan.

Kebangkitan semula manusia selepas kiamat akan dihimpukan di padang mahsyar ( suatu dataran bumi yang luas saujana mata memandang tidak dapat dihitung dengan ilmu manusia, keadaan bumi yang putih dan rata, tiada gunung ganang dan tidak pokok kayu untuk dijadaikan tempat berteduh - Imam Ghazali ) untuk menghadapi perbicaraan atau timbangan amalan di dunia. Setiap sudut di padang Mahsyar di penuhi dengan manusia dan jin untuk bersama-sama mengharungi hari hisab. Dalam keadaan gawat manusia terlupa diri untuk menghapi cabaran dengan tanpa pakaian, apa yang penting bagaimana untuk melepaskan diri masing-masing.

3 kategori bentuk manusia akan di bangkitkan:

1- mereka di bangkitkan dengan kenderaan yang telah disediakan.
2- mereka yang berjalan kaki
3- mereka yang berjalan dengan mukanya tertungging ke tanah.

Keadaan hiruk pikuk ini memperlihatkan bagaimana manusia melakukan hal masing-masing dalam suasana cuaca yang panas, matahari hanya sejengkal dari kepala, ada yang berjalan, merangkak dalam keadaan yang penoh dengan kekelamkabutan. Segala kejadian melambangkan sejauh mana amal ibadat kita semasa di dunia. Ada juga kalangan yang bermandikan peloh dengan bau yang busuk.

Datang malaikat Zabaniah membawa air untuk di minum tapi malang air yang di harapkan boleh meluruhkan daging-daging bibir kerana terlaku panas - berapa lamakah manusia perlu berada di Mahsyar? Dalam keadaan panas terik itu, golongan Al-Muqarabbun iaitu mereka yang mendekatkan diri dengan Allah, menunaikan setiap suruhan dan meninggalkan apa saja yang dilarang mendapat perlindungan bayang dari Arasy yang di sediakan oleh Allah. Walaubagaimana pun semasa di padang mahsyar semua umat manusia akan menghadapi perbicaraan.


Persoalan yang akan ditimbulkan:
- usia di dunia dihabiskan untuk apa
- usia muda apa yang dilakukan
- harta dari mana puncanya
- bagaimana harta di belanjakan
- ilmu apa yang diamalkan


Untuk itu insaflah dan sedarlah bahawa kegawatan dan kesengsaraan di padang mahsyar yang ratusan tahun lamanya amat dahsyat, untuk itu marilah kita semasa sihat, bertenaga dan ada peluang untuk melakukan muhasabah diri serta sentiasa bertaubat kepada allah swt.


Muhasabah diri itu penting agar buku  rekod catatan amalan menunjukkan amalan kita sentiasa cemerlang dan akan di golongkan sebagai kumpulan Al-Muqarabbun.

Untuk itu setiap umat manusia perlu ingat semua makhlok dan alam luas ciptaan Allah ini akan menempuh saat kemusnahan dan kehancuran, setiap manusia akan di bicarakan dengan tidak terkecuali sesuatu pun dari hidup di dunia sekali pun yang sulit dan tersembunyi dan kembangkitan manusia terbahagi kepada 3 bentuk (da dinyatakan atas )

1 comment:

  1. kat padang masyar boleh pakai no plat kereta harga 520k tak? hehehe

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA