Sejak akhir-akhir ini banyak kes yang melibatkan salah laku anggota PDRM, apakah kita masih boleh mengharapkan mereka untuk " mengawal " keselamatan dan kesejateraan rakyat? Salah laku ini amat memalukan bak kata pepatah " harapkan pagar, pagar makan padi " Kenapa salah laku ini boleh berlaku? Atau apakah pembentukan disiplin mereka masih kurang atau mereka sudah bosan dengan penghidupan soerang Polis, beberapa kes yang di paparkan adalah eshan dari beberapa akhbar harian tempatan.
Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967 menggariskan
Demi kedaulatan negara dan kesejahteraan masyarakat dan kewibawaan
pasukan, kewajipan asasi anggota Polis Diraja Malaysia adalah:
- Memelihara Undang-Undang dan Ketenteraman
- Mengekalkan Keamanan dan Keselamatan Malaysia
- Mencegah dan Mengesan Penjenayah
- Menangkap dan Mendakwa Pesalah-Pesalah; dan
- Mengumpul Risikan Keselamatan.
Tegas, adil & berhemah
Kes 1; Mengikut laporan dari http://www.thesundaily.my/news/387521, dan di sahkan oleh Selangor police CID chief SAC II Mohd Adnan Abdullah, walau bagaimana beliau tidak dapat menerangkan dengan lebih detail kaitan dengan kes 7 anggoka PDRM yang melakukan rompakan terhadap warga Nepal di Kawasan Perindustrian Sungai Tua tersebut. Anggota PDRM dalam lingkungan usia antara 20 - 30an adalah dari pangkalan Kuantan yang di datangkan khas untuk membantu masalah peningkatan jenayah di kawasan tersebut.
Antara jam 4 pagi sekumpulan 4 anggota PDRM bertembong dengan sekumpulan 6 warga Nepali yang kembali dari bekerja pada asalnya mereka mendakwa untuk melihat sendiri passport kehadiran mereka tapi akhirnya anggota tersebut secara paksa mengambil wang tunai RM300 dan talipon bimbit mereka. Sebelum meninggalkan warga Nepal tersebut mereka sempat berpesan akan hadir lagi seminggu dari sekarang untuk mendapatkan lebih wang.
Tapi dengan kebijaksanaan pegawai tempat mereka bekerja, keesokan harinya, satu laporan polis di buat di Balai Polis Rawang dan tangkapan untuk anggota tersebut di buat dan kes mereka di kategorikan sebagai kes rompakan. Masih bolehkah diharapkan mereka.
Kes 2: di Kota Kinabalu, Pegawai Penyiasat Insp. Rizal Umar 30tahun melakukan pembunuhan terhadap seorang ibu tunggal berusia 27 tahun Kartini Borhan di rumah beliau Lot 7 Phase 5 Taman Adika Keningau antara 4 - 5 pagi dan magestrit Nofrhamizah Shaifuddin. Pegawai polis tersebut perlu di " simpan " di Lokap Polis, Kepayan sementera menunggu hari perbicaraan. kes ini dilaporkan http://thestar.com.my/news/story.asp.
Lebih 20 orang ahli keluarga dengan di ketuai oleh ayahnya En. Borhan Sulaiman 52 berada di mahkamah. dan keluarga ini juga akan berusaha untuk mencari siapa yang telibat dalam kes ini.
Kes 3: ALOR SETAR: Seorang anggota polis yang bertugas di Istana
Anak Bukit di sini maut dipercayai ditembak rakan setugas di pos pengawal di
hadapan pintu utama istana petang tadi.
Dalam kejadian 5.45 petang itu, mangsa Mohd Sobri Mohd
Sidek, 22, anggota berpangkat konstabel yang berasal dari Melaka, mati di
tempat kejadian.
Mangsa meninggal dunia akibat cedera parah dipercayai
ditembak di muka dan dada menggunakan senjata jenis M-16. Ketua Polis Kedah,
Datuk Ahmad Ibrahim, berkata kejadian tersebut disedari oleh seorang anggota
lain yang berada berhampiran tempat kejadian yang terdengar bunyi seperti
mercun.
"Bila anggota tersebut keluar dia nampak mangsa
terbaring di hadapan pos pengawal dalam keadaan berlumuran darah dan suspek
meninggalkan istana sejurus kejadian berlaku dengan menggunakan kereta,"
katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini. - BERNAMA
http://www.bharian.com.my/articles/AnggotapolismautditembakrakandiIstanaAnakBukit/Artic
5 polis dari Shah Alam disiasat kes rempuh kediaman Perdana
Menteri
Kes 4; KUALA LUMPUR - 21 Mei 2012, Polis semalam
dalam proses merakam keterangan lima
anggota polis yang cedera selepas kereta yang mereka naiki merempuh pagar di
laluan khas masuk ke kediaman rasmi Perdana Menteri, Kompleks Seri Perdana,
Putrajaya di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak
Abdul Majid berkata, keterangan daripada kelima-lima anggota polis berpangkat
Konstabel yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam itu akan diambil
secara berperingkat.
"Setakat ini (semalam) masih ada seorang anggota polis
yang masih menerima rawatan di Hospital Putrajaya akibat patah hidung manakala
seorang lagi yang juga dimasukkan ke hospital telah dibenarkan pulang.
"Punca kejadian masih dalam siasatan," kata beliau
ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Kes 5. 4
April 2012, KUALA LUMPUR: Seorang pemilik syarikat produksi mendakwa
kerugian lebih RM40,000 selepas disamun sekumpulan lima lelaki
dipercayai anggota polis ketika memandu kenderaan disewa syarikatnya di
Jalan Tangsi, di sini, 19 Mac lalu. Lebih mengecewakan lelaki
terbabit, dia bukan saja disamun, malah turut dipukul dan dikurung lebih
12 jam di sebuah hotel di ibu negara sebelum dibebaskan dan diperas
ugut lima lelaki terbabit.
Mangsa yang hanya mahu dikenali
sebagai Alif, 22, berkata, kejadian berlaku jam 10.45 malam ketika dia
memandu Honda Civic yang disewa sebelum dihalang sebuah van. “Beberapa
saat selepas itu, empat lelaki turun daripada van berkenaan sambil
seorang daripada mereka menunjukkan kad kuasa polis dan mengarahkan saya
keluar.
“Saya enggan menurut kehendak mereka, namun seorang
daripada lelaki itu merosakkan pemegang pintu kenderaan sebelum memaksa
saya duduk di belakang manakala seorang lagi memecut kenderaan
berkenaan,” katanya yang datang ke Balai Berita, semalam.
Alif
berkata, dia dibawa ke Stadium Badminton Cheras, kononnya untuk berjumpa
seorang lelaki berpangkat sarjan mejar bagi menyelesaikan masalahnya. Beberapa
minit selepas itu, seorang lelaki yang mendakwa sebagai sarjan mejar
muncul dan memberitahu mangsa melakukan pelbagai kesalahan dan perlu
membayar RM50,000 jika mahu rekod kesalahannya dipadam.
“Mereka
merampas dompet sebelum menumbuk dan menendang perut saya. “Saya dibawa
ke dua bank di Jalan Tun Perak dan Jalan Raja Laut untuk mengeluarkan
RM3,000 dan RM5,000.
“Lelaki terbabit memberitahu wang itu tidak
cukup untuk memadam rekod kesalahan lampau saya dan mengarahkan supaya
saya meminjam duit daripada sesiapa untuk diberikan kepada mereka, namun
saya hanya mendapatkan tambahan RM3,000 daripada seorang rakan,”
katanya.
Tidak cukup dengan itu, Alif dibawa ke perkarangan Balai
Polis Pudu di Cheras untuk berjumpa seorang lagi lelaki mengaku cif
inspektor dan memberitahu wang yang diberikannya sebanyak RM16,450 masih
tidak mencukupi. Alif kemudian dibawa ke sebuah hotel di Jalan
Raja Laut dan dikurung dengan tangan bergari sambil dijaga tiga lelaki
yang tidak dikenalinya. “Keesokan harinya, jam 8.30 pagi, dua
lelaki mengaku koperal dan sarjan membawa saya keluar untuk mengeluarkan
lagi wang dari dua bank di Sentul Raya sebanyak RM 8,000,” katanya.
Menurutnya,
akibat bimbang keselamatannya, dia mengambil masa sehari sebelum
melaporkan perkara itu kepada polis di Balai Polis Tun H S Lee, di sini,
pada 21 Mac lalu. Sebaik saja mendapat tahu mangsa membuat
laporan polis, lelaki terbabit meninggalkan kereta yang dilarikan mereka
di sebuah stesen minyak di Jalan Kuching.
No comments:
Post a Comment