Semalam 14 hb Mei 2012, Sk ( siasah kini ) menghadiri satu mesyuarat jabatan di Ibu Negara Kuala Lumpur. Kebiasaannya mesyuarat ini di pengerusikan oleh seorang ketua jabatan yang sebelah paginya membincangkan mengenai kerja-kerja teknikal projek itu dan projek ini, projek-projek pembangunan yang dilaksanakan adalah diseluruh negeri tanah air. Suasana mesyuarat berjalan dengan selesa dan baik.
Selesai waktu rehat sekitar jam 1.30 hari disusuli pulak mesyuarat
kedua disebelah petang mengenai peruntukan kewangan mengurus negeri.
Mesyuarat ini agak panas apabila pengerusi mengajukan pelbagai soalan
kepada ahli-ahli mesyuarat mengenai peruntukan yang diberikan tapi masih
lagi tidak dibelanjakan. Soalan yang diajukan oleh pengerusi kebanyakan
dapat dijawab dan dapat diselesaikan namun ada juga beberapa waran
peruntukan yang diberikan masih tidak dibelanjakan oleh negeri
masing-masing dan peruntukan tersebut terpaksalah ditarik balik.
Dalam kerancakkan perbincangan dan kehangatan pelbagai isu yang dibangkitkan, tiba-tiba pengerusi ada menyebut : “tahukah kamu semua, MOF (Kementerian Kewangan) kini tenat” ketika itu semua terdiam seketika. “Saya bersusah payah turun naik MOF untuk memohon peruntukan yang kamu semua mohon tapi bila dapat kamu tidak belanjakan”.
Untuk makluman semua, peruntukan yang diterima oleh suatu agensi
kerajaan perlulah dibelanjakan semaksima yang boleh pada perkara yang
perlu. Kepada mereka dikalangan kakitangan kerajaan memang dah maklum
perkara ini.
“Kamu semua tahu tak, sekarang ni kerajaan pusat dah tak ada duit
untuk belanja. Saya di maklumkan kementerian dah ambil langkah untuk
menggadaikan tanah negara semata-semata nak tampung belanja, saya
sebenarnya dah takut bila pegawai kementerian bagitau benda ni” ujar
pengerusi tersebut.
“Apa yang PM umum untuk bagi tu bagi ni semuanya umum sahaja. Lepas
pilihanraya ni kita akan lagi akan teruk sebab kerajaan tak ada duit.
Mungkin permohonan bajet kita lepas ni tidak akan dapat sebanyak
sekarang, saya dah bocor rahsia hari ni, tapi tak apa lah” sambungnya
sambil meneruskan agenda mesyuarat sehingga selesai.
Apa yang di dedahkan oleh ketua jabatan itu sebenarnya memang
benar. Kalau sebelum ini sudah banyak kali ahli politik pembangkang
mengungkitkan perkara ini di setiap program ceramah-ceramah Pakatan
rakyat. Sudah berbuih mulut ahli politik menerangkan tindakan menggadai
tanah rizab negara oleh PM Najib selaku Menteri yang bertanggungjawab
keatas Kementerian Kewangan sekarang. Kalau rakyat tak nak percaya
maklumat yang disampaikan oleh golongan politik tak apa, tapi maklumat
yang disampaikan sendiri oleh pegawai berkaitan adakah kita tak nak
percaya? Adakah nak tunggu negara kita tergadai dan merempat barulah
kita percaya. Nasi sudah menjadi bubur.
Sikap berbelanja boros, penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa
menteri yang bertanggungjawab ini adalah faktor utama sehingga
menyebabkan akaun negara berada dikedudukan yang amat tenat. Pemberian
BR1M, Bonus tahunan atau imbuhan untuk warga FELDA RM15,000.00 yang
sepatutnya untuk hujung tahun dan bermacam-macam lagi imbuhan, semua
ini adalah umpan cacing yang akan dicangkuk di mata kail.
Walaupun Ketua Jabatan tersebut tidak menceritakan tanah kawasan
mana yang menjadi mangsa kerakusan Menteri Kewangan ini dan Jika
ditakdirkan kerajaan tidak dapat menebus kembali tanah yang
dipajakgadai tersebut, apa akan terjadi seterusnya kepada negara kita?
Pendedahan yang dibuat ini adalah satu peringatan kepada seluruh
lapisan masyarakat agar dapat menolak kerajaan BN yang ada sekarang dan
digantikan dengan Kerajaan baru iaitu Pakatan Rakyat.
Sumber: SiasahKini
No comments:
Post a Comment