Kg. Gajah 12 April 2012, Pasti Kawasan Parlimen Pasir Salak hari ini melakar satu sejarah di mana Pengurusan Pasti akan diadakan di bawah satu bumbung pentadbiran. Tanah seluas 20 x 60' berhampiran dengan Pusat Akitiviti Pas kawasan akan didirikan sebuah bangunan yang dikhususkan untuk Pejabat Pengurusan dan Pentadbiran PASTI.
Menurut Sdr. Ustaz Jamaluddin Yahya, selaku Pengerusi Pentabdir, sejumlah 12 buah PASTI dengan keramaian murid berjumlah 273 orang dengan 21 orang tenaga pengajar. 8 buah PASTI di Dun Kg. Gajah dan selebihnya di DUN Sungai Manik. Jumlah ini telah meletakkan Parlimen Pasir Salak sebagai Juara dari sudut jumlah PASTI. PASTI Nurul Iman, pernah melakar kejayaan tempat ke3 di peringkat nasional dalam pertandingan 3K. Pada tahun ini PASTI Al Husna akan mewakili Parlimen Pasir Salak ke pertandingan tersebut.
Us. Mustafa Shaari - Naib YDP PAS kawasan,
juga mudir SK Srini, Kg. Gajah
Selaku perasmi, sempat juga Us. Mustafa mengimbas kembali bagaimana " peritnya " perjalanan PASTI pada satu ketika dulu, PASTI telah di lebalkan berbagai-bagai kejahatan oleh pihak pemerintah. Tohmahan seperti melatih generasi mendatang sebagai penentang, pembentukan generasi penjenayah, akan melahirkan generasi dengan mengamalkan ajaran sesat. " Cukup perit pada masa itu tapi kepimpinan tidak merasakan itu satu halangan sebaliknya terus " nehen " ( bahasa Perak ) Gurau beliau sambil tersenyum.
Sebahagian dari pentadbir sekolah
yang hadir di majlis tersebut.
Kini Allah telah makbulkan doa tuan-puan, PASTI yang satu ketika di tekan, di tohmah kini berkembang pesat dan sesungguhnya kita berasa amat bersyukur atas usaha jawatankuasa ini untuk mendapatkan sebuah bangunan sebagai pusat pentadbiran, sudah pasti dengan adanya bangunan pejabat itu nanti, pengurusan dan perjalanan PASTI kawasan ini akan lebih berkesan lagi. Kecekalan dan penoh komitmen ini memberikan satu rasa puas pada kita dan pembelajaran awal kanak-kanak itu memang penting sebagai asas pembangunan dan pembesaran setiap mereka. Generasi mendatang adalah hasil didikan masa kini.

Rasa puas, jelingan ust Mustafa pada gambar cadangan
Pejabat pentadbiran PASTI.
Sebagai Pesuruhan Jaya 3 PAS Perak, dan pengerusi Lujnah Pendidikan sempat juga beliau memberikan sedikit info kaitan dengan perkembangan semasa kaitan dan perkembangan Kelas Kafa masa kini. Sudah ada usaha kini untuk menidakan kelas Kafa dan di gantikan dengan Kafa Tulin yang cara pembelajarannya lebih kepada sistem orentialis.
Akhirnya beliau juga mengharapkan agar pelajar lepasan PASTI dapat meneruskan pengajian di SRINI ( Sekolah Rendah Islam Nurul Iman ), yang mana sistem pembelajaran ada kesenambungan. Pelajaran akademik dan ianya di " top up " dengan pembelajaran keagamaan. SRINI juga akan memikirkan keputusan kaitan dengan gaji minima RM900.
Ustaz bergambar dengan rakan-rakan ( turut sama penulis ) yang hadir belatar belakangkan Cadangan Bangunan pejabat PASTI tersebut.
No comments:
Post a Comment