Kini apa yang jelas kita perhatikan ialah bagaimana UMNO ingin terus berkuasa serta tercari-cari isu untuk diketengahkan " mengelabui " mata hati ahlinya. Cuba kita perhatikan, isu lapuk yang dimainkan oleh UMNO untuk PAS ialah PAS - Pas Ajaran Sesat. Ianya lagu lama diputarkan semula bertujuan untuk mengekalkan pemisah antara kelompok PAS dan Umno agar terus berpanjangan terutama di negeri Terengganu dan Kelantan.
Kepimpinan
UMNO juga menggunakan semaksima mungkin media elektronik untukk
menyampaikan berita-berita yang bertujuan supaya ahli tidak terpengaruh
dengan hujjah dan kenyataan yang di sampaikan oleh kepimpinan
pembangkang ( PR ). Media elektronik perdana RMT dan TV3 kini astro juga
melibatkan diri secara langsung memendamkan pendedahan tersebut.
Tapi
masyarakat di zaman " dunia di hujung jari ", dapat berita secepat yang
mungkin, hatta jam 1pg keluar cerita, setengah jam kemudian berita dah
keluar di blog dan FB. Tapi puak UMNO seolah-olah masih " seperti katak
bawah tempurong " daya fikir masih di kongkog dan terkongkong tidak mahu
melihat realiti apa yang terjadi masa kini. Mereka terus menipu
masyarakat.
Dengan
kelonggaran dari pihak kerajaan juga, akhir-akhir ini keizinan untuk
penubuhan NGOs bagai " goreng pisang panas " Tapi NGOs ini mesti
memainkan peranan untuk memburuk-burukan kepimpinan pembangkang,
terutama DSAI. Sebagai contoh, dari mana datangnya kepimpinan PERKASA,
dari mana datangnya kepimpinan JATI, dari mana datangnya kepimpinan
TIBAI, mereka pula amat mudah untuk mendapat laluan berceramah di
mana-mana dan ada kalanya aktiviti mereka di taja oleh pihak-pihak yang
berkepentingan.
GEORGETOWN – Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal
Abidin Osman berkata tindakan anggota Perkasa berhimpun di hadapan
kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng Khamis lepas adalah
sesuatu yang tidak diiktiraf dan tidak dipersetujui oleh Umno negeri.
Perkasa di bawah pimpinan YB Breghim Ali sendiri telah memalukan UMNO Pulau Pinang, dan tindakan mereka untuk mengadakan tunjuk perasaan depan rumah YAB Lim Guan Eng sedikit sebanyak telah meninggalkan kesan buruk kepada UMNO itu sendiri. Sebab itu Datuk Zainal selaku Pengerusi perhubungan mengeluarkan kata-kata " Umno dan Perkasa adalah berbeza kerana Umno adalah parti politik dan Perkasa adalah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO)"
Siapa
Umi Hafilda, ( gambar ) rasanya semua orang tahu, sejak kes DSAI dulu
beliau juga telah mengambil bahagian turut sama memfitnah DSAI, dan
sanggup menuduh saudara kandung asalkan cita-cita politik tercapai, kini
beliau sanggup membawa ibu sendiri ke kancah politik, tapi beliau dapat
tentangan dari abang sendiri Sdr. Azwan Ali. Malahan Azmi Ali MP Gombak
tidak ambil kisah hal beliau. Apakah ada keuntungan terhadap UMNO yang
mengaitkan Umi ini? Yang nyata UMNO terus tidak dipercayaai.
Pemidang
diatas memperlihatkan kepada kita, bagaimana terdesaknya UMNO untuk
menyaingi PR. Di mana saja ada ceramah PR di situlah UMNO buat ceramah,
apa yang diperlukan ialah bagaimana menabur fitnah dan niat mereka untuk
menggagalkan ceramah PR, tapi jika dibandingkan kehadiaran, kem UMNO
amat mendukacitakan. Sudah tentu cara ini akan memberikan rasa " benci "
rakyat memuak-muak terhadap perangai dan buruk laku UMNO itu.
Bekas
EXCO Selangor yang di " usir " dari PAS dengan JATInya mula membantu
mempertingkatkan undi PR. Dato Hassan Ali ( gambar ) juga menjuarai
pentas " mesra " UMNO untuk turut mengkriti PR khususnya PAS. Tapi
setiap kritikan beliau di jawab semula oleh kepimpinan PAS dan akhirnya
beliau sendiri yang " meroyan " Ungkapan beliau ahli UMNO sendiri "
segan " untuk menerimanya. Akhirnya PR yang dapat keuntungan.
Dua
pemimpin SPR yang juga ahli UMNO juga turut membantu " menjatuhkan "
UMNO / BN dengan kerenah di agensi ini. Mereka meneruskan usaha yang
membolehkan rakyat mengenali siapa mereka dan apakah benar mereka
bekerja untuk negara atau untuk UMNO / BN. Kejayaan BERSIH 1,2 dan 3
adalah bukti bahawa rakyat sudah muak dengan tingkah laku mereka, tindak
tanduk mereka juga boleh memberi " credit " kepada PR.
Poto
ini adalah kali kedua pihak tertentu mengadakan program di kediaman
Ambiga. dan kegiatan mereka di terima oleh Polis kerana ianya tidak
mengganggu kepentingan awam. Dulu sekumpulan penjaja kecil berniaga di
depan rumah beliau kini bekas perwira negara pula bersenam denan
menghalakan bontot kerumah Ambiga.
Tapi
yang peliknya kenapa pihak PDRM tidak menambil apa-apa tindakan
sebaliknya " memberikan " lampu hijau kepada aktiviti tersebut. Apakah
kalau satu hari nanti, ada pihak-pihak lain pula yang melaksanakan
aktiviti serupa di tempat atau kediaman orang tertengu nanti.? Siapa
yang susah. Nampaknya PDRM terus menghambakan diri untuk UMNO. Tapi
malang bagi P.DRM rakyat pula hilang keyakinan kepada UMNO / BN.
Nampaknya politik UMNO ini tidak lagi boleh lari dari bontot dan
punggung, sejak 14 tahun yang lalu.
Dengan beberapa isu yang dinyatakan amat jelas sekali UMNO kini dalam keadaan
menggeliat
kepanasan seperti cacing di panas terik matahari, sudah ketandusan isu
untuk memburuk-burukkan pembangkang terutama DSAI, kerana pada UMNO
hanya dengan memfitnah, sexs sahaja yang boleh mempengaruhi undi rakyat.
Apakah mereka belu sedar dari lena, yang rakyat masa kini adalah rakyat
bermaklumat.
Kalau boleh dan memang
kehendak Umno supaya ahli dan penyokongnya jangan sekali-sekali
terpengaruh dengan PAS dan PR. Jangan sekali-kali hadir dalam majlis
anjuran PAS dan PR. Jangan membaca komen-komen PR tentang apa-apa isu
mengenai Umno/BN dalam facebook, twitter dan lain-lain.
Dengar sahaja dakyah media
mereka termasuk RTM, TV3 dan seumpamanya yang menjadi alat Umno
berkempen terutama di musim hampir pilihan raya umum sekarang. Penulis mendapat khabar
bahawa ketua-ketua tempat mengundi yang dilantik akan hadir dalam kursus
terakhir yang akan dianjurkan Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPRM)
tidak lama lagi.
Apakah dengan cara ini UMNO / BN masih releven untuk memimpin negara?
No comments:
Post a Comment