Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, April 11, 2012

TV 3 - SUDAH LEBIH SUDU DARI KUAH





Inilah yang terjadi bila mereka tanpa segan silu sering menayangkan video lucah  atau gambar lucah untuk tatapan umum dengan tujuan mengaibkan seseorang.

Jika video lucah keluaran Dato 'T' itu boleh mereka siarkan ketika waktu perdana tanpa segan silu, apatah lagi adengan-adengan yang tersorok di dalam filem-filem..

Sama saja tarafnya dengan blogger Pencacai UMNO yang tak kisah untuk menyiarkan gambar lucah hanya kerana mahu menjatuhkan maruah seseorang.

Bak kata pepatah.. alah bisa tegal biasa.. lepas buat minta maaf..

TV3 Mohon Maaf Kesilapan Penyiaran Adegan Bogel Emile Hirsch .

PETALING JAYA: Stesen televisyen TV3 pada Selasa memohon maaf kepada penonton negara ini terhadap penyiaran adegan kurang sopan dalam filem
Into The Wild yang disiarkan menerusi saluran itu pada 24 Mac lalu.

TV3 dalam satu kenyataannya kepada
mStar Online di sini Selasa berkata, pihaknya akur terhadap kesilapan yang berlaku sehingga menimbulkan bantahan beberapa pihak.

“Pihak kami memandang serius insiden ini dan TV3 akan berusaha memastikan kandungan dan paparan yang disajikan kepada para penonton bukan sahaja sarat dengan elemen hiburan dan "infotainment" semata-mata, malah turut memastikan ia dapat memberi impak positif dan kesan moral bersesuaian dengan cita rasa penonton,” kata kenyataan itu.

Pertubuhan yang dikenali Allied Coorodinating Committee of Islamic NGO’s (ACCIN) melalui Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Ab. Kadir dalam sebuah akhbar pada Selasa membantah tindakan TV3 kerana menyiarkan adegan bogel terlampau filem berkenaan sehingga menampakkan kemaluan pelakon Emile Hirsch.

ACCIN turut kesal dengan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) kerana kegagalan menapis adegan seperti itu dan juga filem-filem lain dari luar negara.

Sementara itu LPFM yang dihubungi
mStar Online memberitahu pihaknya telah membuat 24 pemotongan adegan “panas” dalam filem berkenaan sebelum dibenarkan untuk disiarkan oleh stesen televisyen itu.

Pengerusinya, Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap berkata, TV3 sepatutnya perlu membuat penyuntingan semula lebih-lebih lagi pada adegan bogel yang dilakonkan oleh Emile Hirsch.

“Selepas pemotongan dilakukan oleh LPFM, pihak kami telah meminta TV3 untuk membuat penyuntingan semula. Tak sangka ia boleh terlepas begitu sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, tambah Raja Azhar, apabila sesebuah filem atau drama yang telah ditapis dan disiarkan itu mempunyai isu-isu sensitif, ia akan dilaporkan terus kepada Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia (SKMM) untuk diselidik.

"Pihak kami akan menghantar laporan tentang isu berkenaan kepada pihak SKMM untuk membuat tindakan lanjut dan berharap semua stesen televisyen di negara ini mengikut garis panduan yang telah ditetapkan,” katanya.
mStar

1 comment:

  1. ate pengikut setan tentu le ikut ape yg setan suruh...fitnah , lucah, tipu, rasuah dh jadi koje harian TV3 suku sampai tak sedo yg mana betul g mana salah.....

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA