Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, April 10, 2012

PRU13 - CALUN PASIR SALAK MUNGKIN BERUBAH

Kg Gajah 9 April 2012, gelora pemilihan calun-calun untuk kerusi di Bahagian Pasir Salak, sama ada dari parti penyandang mau pun parti lawan nampak kian memuncak, kian membara, kian panas, masing-masing cuba untuk memastikan pihak pucuk pimpinan memberikan kepercayaan untuk di nobatkan sebagai calun pada PRU13 nanti.

Walaubagaimana pun antara penyandang dan pembangkang sudah pastilah parti penyandang yang lebih terdesak, terdesaknya kerana mereka " terlalu " ramai bakal calun yang berkemampuan untuk bertanding tapi, kemampuan setakat untuk bertanding sahaja sebaliknya " kredibilti " sebagai pemimpin di tahap yang amat rendah.


PARLIMEN

Kepimpinan pusat amat runsing, Dato Tajuddin dengan Kerusi Perlimen Pasir Salak kerana pada PRU12 beliau cuma meraih 2688 majoriti, ianya cukup jauh ketinggalan semasa kerusi perlimen ini ditandingi oleh Allahyarham Dato Megat dan Tan Sri Ramli. Kedua-dua mereka bermajoritikan belasan ribu. Kenapa Dato Tajuddin tidak mampu meraih majoriti sedemikian, apakah ketokohan beliau tidak setanding dengan mereka, nak kata tak " berwang " Dato T cukup banyak duit. Mungkinkah cara personaliti beliau yang gagal menambat hati penggundi? Ini mungkin agaknya.

Cara dan sikap beliau, memang tidak dinafikan beliau sentiasa " naik angin " bila anginnya mendatang, tapi beliau juga cepat " cool " ( ini kata setengah orang ), berbalik ke masalah kerusi, apakah pihak PWTC telah membaca rintahan rakyat Pasir Salak kaitan dengan pengurusan dan pentadbiran masa kini oleh beliau?, mungkin juga sudah terlalu banyak laporan dari masyarakat Felcra untuk beliau.

Atau apakah beliau akan di ganti? angin juga bertiup kencang, gulongan muda sudah mula bergerak untuk memastikan beliau di " tiadakan " dalam senarai. Nama seperti Sdr. Azwan cukup " top " ranking ke post tersebut. Siapa Azwan Harun? Beliau adalah KP Pasir Salak dan di lantik oleh Zamby ( MB Perak ) sebagai KP Perak pula dan kini Pengerusi Aman Perak. Kalau gitu sudah pasti kedudukan Tajuddin tergugat dalam hal inil.

 
 N.48 SUNGAI MANIK

Bagi YB Zainol Fazli mungkin dalam keadaan selesa, kerana sebagai soerang EXCO beliau adalah anak didik kepada YAB Zambry, sudah tentu beliau akan di calunkan semula, Cuma yang merunsingkan beliau ialah bagaimana untuk menambah majoriti PRU13 nanti, undi yang diperolihi pada PRU12 hanya dengan 1,374 lebih dari Sd. Mustafa kamil Ayub dari PKR. Mungkin kah juga beliau mendapat " lampu hijau " dari kepimpinan negeri untuk mengkaji, menilai dan membuat keputusan unturk "  survival " Pasir Salak ?



N.49 KAMPONG GAJAH

YB Wan Norashikin ADUN Kg. Gajah, kedudukan beliau di dun ini memang seperti pepatah " seperti telor di hujung tandok " kehadiran beliau ke bahagian ini adalah di rancang oleh ibu mertuanya Dato Ainon. Tapi dari kemampuan kepimpinan jauh sekali. Beliau adalah calun " terbang " dan kekutan Putri UMNO di peringkat Bahagian juga jauh dapat apa yang dapat di banggakan.

Majoriti undi dari calun PAS juga cukup rendah, dan ia merunsingkan kepimpinan, walau pun beliau selain dari Ketua Puteri, di peringkat Bahagian dan Pusat, beliau juga di berikan kepercayaan oleh MKT untuk duduk sama di majlis tertinggi UMNO tersebut. Pergeseran beliau dengan pengundi di kawasan ini jelas terbukti di mana baru-baru ini beliau telah menamatkan perkhidmat wakil perhubungannya sendiri. Atau pun mungkin beliau sendiri sudah terasa tempat beliau akan diambil oleh lagi seorang calun dari anak tempatan. 

Pencabar yang disebut-sebut ialah Sdr. Abdullah Fauzi Hj. Ahmad Razali yang kini selaku Naib Ketua 

1 comment:


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA