Kg. Gajah 12 April, dalam satu temu bual dengan peminat-peminat politik khususnya dari kalangan pembangkang dan ada juga dari peminat kerajaan / UMNO itu sendiri. Tertanya-tanya kenapa sejak akhir-akhir ini kalangan NGOs mesra Kerajaan / UMNO dan kepimpinan parti gabungan BN amat mudah untuk mengkritik pembangkang, memfitnah, dan kekadang melaga-laga pemimpin pembangkang. Dan kini ujud pula kalangan dari bekas-bekas ahli pembangkang yang juga mesra UMNO dan layanan diterima cukup istimewa.
Lihat sahaja apa yang terjadi dengan kes liwat 2, kes video sebaran Dato T, tindakan kumpulan Ibrahim Ali dengan PERKASAnya, lihat yang terbaru dari kumpulan JATI bawah pimpinan Hassan Ali - semuanya mendapat laluan dan layanan istemewa dari pihak kerajaan. Kenapa?
Oleh kerana mereka ini terlalu kebal dan menerima perlidungan yang amat hebat maka ada kalanya tindakan dan perbuagtan mereka melambangkan betapa bodohnya mereka, mereka bertindak melulu, berimdak tidak usul periksa dan akhirnya memakan diri sendiri, kita lihat sahaja apa yang berlaku di Pulau Pinang. UMNO menuduh wang sumbangan warga tua RM100 dituduh dari wang judi. Akhirnya UMNO yang malu. Pemimpin muda UMNO pula bagitu ghairah menuduh tapi bercakap tidak seperti pemimpin muda dari PR, pemimpin muda PR bercakap penoh dengan bukti sahih, tapi UMNO hanya dengan serkap jarang sahaja.
Bagaimana ghairahnya Ketua Pemuda Umno P.Pinang ( gambar ) mempertahan kawasan tapak
masjid dan sekolah di Bayan Mutiara hingga sanggup menerima padah saman
Lim Guan Eng (LGE). Malah Ketua Pemuda ini mencabar supaya dipercepat
saman itu sebab banyak lagi dokumen yang akan didedahkan.
Kenyataan Rahmad Isahak - Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang menjelaskan segala-galanya.
Menurut Rahmat, kesilapan UMNO PP yang berkuasa pada tempoh itu (2006 -
2008) tidak mewartakan dan memecah lot untuk tapak masjid dan sekolah.
Kealpaan UMNO PP itu menyebabkan tempoh hayat (satu setengah tahun)
pelan yang diluluskan itu menyebabkan kedua-dua tapak itu hilang apabila
kuasa kerajaan bertukar tangan ke PR.
Dengan penjelasan itu, terkantoi lagi UMNO, kesilapan dan tidak ada rasa tanggong jawab kepada tugasan memberikan UMNO hanya pandai berkokok tapi ekor gelumang dengan tahi. Sebaliknya pihak Ivory Properties Group Berhad (IPGB) yang membeli Bayan Mutiara telah memberikan komitmen
untuk tetap membangunkan masjid dan sekolah di Bayan Mutiara walaupun
mereka menyedari tidak tertakluk kepada pelan asal yang telah diluluskan
pada 2006.
So, siapa yang kantoi, siapa yang malu, jadi kesimpulannya inilah yang dikatakan kerana terlalu ghairah mencari salah orang lain,
tanpa sedar pihak UMNO membuka pekung sendiri. Merekalah yang sebenarnya
yang alpa dan tidak bersungguh, dan menuduh pihak lain untuk menutup
kelemahan mereka.
Hidup mereka hanya di lindungi oleh kuasa yang masih-masih tinggal nyawa-naywa ikan.
No comments:
Post a Comment