Kereta Pengerangan PAS Dun Kg. Gajah.
Bertempat di SK Srini - Kg. Gajah satu majlis diskusi dan Hi-tea bersama kepimpinan telah diadakan, dan penal terdiri dari Ustaz Razman, Ustas Mustafaa dan ustaz Zawawi melayani persoalan yang diajurkan kepada mereka. Persoalan kaitan dengan perpaduan dalan Pakatan Raykat, serta bagaimana perbelanjaan negara di uruskan oleh pihak kerajaan kini. Seperti biasa setiap penerangan perlu di maklumkan ke mana arah perjuangan PR selepas PRU13 nanti. Memang menjadi cita-cita dan harapan PR untuk mengambil alih pentadbiran Perak dan negara selepas ini.
Selepas majlis itu kedua-dua mereka Ust. Zawawi dan Ust. Razman di bawa ke Bilik UPU di kampong Pasir Kubu dan Kota Setia.
Bagi ust. Mishamunir Masduki pula, dalam perjalanan ke Teluk Baru untuk sesi ceramah beliau mengambil kesempatan bersama-sama dengan jemaah Masjid Lama, Kg.gajah. Pengisian selamat 50 minit digunakan oleh beliau untuk mengingati para jemaah petapa pentingkan setiap insan itu sentiasa memiliki kesempurnaan Keimanan dan juga sentiasa bertaqwa kepada Allah.
Beliau juga mengimbas keadaan di Pulau Shanghai di Sandakan, di mana pulau yang kecil sedikit dari Pulau Pangkor yang hampir 70% ada umat Islam, tapi yang sedihnya pendududk muslim disini tidak disediakan dengan kemudahan untuk menunaikan sembahyang berjemaah, mereka juga " merindui " takbir raya, yang berlum pernah berkumandang selama ini.
Muslim di pulau ini yang ingin menunaikan sembahyang berjemaah untuk Jumaat perlu menggunakan pengangkutan bot laju atau bot nelayan ke Sandakan, yang perjalanannya antara 45min ke sejam setengah. Ust. Mishamunir juga melancarkan tabung pembinaan masjid pulau ini, alhamdulillah pada malam itu secara spontan kutipan berjumlan RM777 dapat di kumpulkan dan teserlah jemaah masjid lama sentiasa bersedia untuk membuat sumbangan kebajikan.
Sekali lagi Ust. Razman Zakaria menyampaikan ceramah di UPU Bawah Bungur, penyampaian beliau telah dapat mempengaruhi " pengunjung " pada malam itu. Penyampain dengan menggunakan LCD serta memaparkan berbagai-bagai kelemahan dan penyelewangan yang dibuat oleh UMNO. Siapa yang terkaya di Malaysia, bagaimana mereka UMNO merobohkah kawasan orang Melayu, bagaimana lesapnya harta hak Melayu, bagaimana tergadainya tanah-tanah orang Melayu.
YAB Dato Sri Niza - sedang menikmati juadah semasa menunggu giliran untuk berceramah, tapi pada malam ini apa yang di hajatkah oleh orang ramai agak hampa kerana kalangan yang hadir ingin mendengar cerita kaitan dengan kes di Zambri di Pulau Pangkor. Tapi sebalinya Niza menceritakan bagaimana tamaknya Najib dengan menghak milikkan Menteri Wanita di bawah kelolaannya. Dengan isu ini dapat memuaskan selera pengunjung yang hadir.
Sebahagian dari pengunjung.
No comments:
Post a Comment