Tun kini berusia 86 tahun
Sebermula zaman pemerintahan Mahathir, Malaysia melalui zaman perubahan yang amat ketara, perubahan dari segi pengurusan dan pentadbiran negara, perhubungan dengan dunia luar, perubahan sumber ekonomi, malahan memang tidak dinafikan dari sebuah negara yang mengamalkan " industri pertanian " Malaysia bergerak ke negara " industri berat " mampu buat kereta, kapal. Dengan daya fikir yang " hebat " Mahathir juga menggubal beberapa dasar seperti Pandang Ke Timur, Dasar Ekonomi Baru, Wawasan 2020, Bersih Cekap & Amanah, yang semuanya bermatlamatkan untuk memastikan ekuti ekonomi Melayu tidak ketinggalan dengan bangsa lain di Malaysia.
Lihat saja DEB bermatlamatkan 30% kekayaan negara " mesti " di tangan orang Melayu. Tamat tempoh 30 tahun nampaknya DEB gagal dengan tujuan tersebut dan Mahathir cipta pula Wawasan 2020 untuk kesinambungan dari kegagalan DEB. Kini Wawasan 2020 hanya tinggal beberapa tahun saja lagi. Apakah Malaysia kini bawah pimpinan Najib mampu untuk mencapai matlamat tersebut. Kita tunggu dan lihat saja.
Salah satu penyebab kenapa DEB gagal untuk membantu Melayu kerana kelicikan DEB di ujudkan pula Pensyarikatan Malaysia, melalui dasar ini, memang " ada " kalangan Melayu yang kaya, mereka menggunakan peruntukan kerajaan tapi bila gagal atau bankrap dan muflis kerajaan perlu menyelesaikan permasalahan tersebut. Antara mereka yang terlibat seperti Dato Tajuddin Ramli dari MAS. Hutang dengan MAS, kerugian dengan MAS kerajaan perlu bayar, berjuta-juta.
Tengku Razaleigh Hamzah bekas menteri kewangan dan Ahli Parlimen Gua Musang ( gambar ) , DEB tidak pernah bertujuan untuk mencipta atau digunakan untuk melahirkan golongan kelas kapitalis Melayu, tetapi untuk menangani kemiskinan dan meningkatkan tahap penyertaan Melayu ke dalam ekonomi.Ia tidak pernah bertujuan untuk seperti yang berlaku sekarang disalahgunakan oleh kerajaan hari ini untuk memilih kumpulan usahawan Melayu yang mereka mahu, memberikan mereka projek kerajaan yang mendapat diskaun hebat dan kemudian mengharapkan mereka untuk maju dan mewujudkan peluang ekonomi yang banyak bagi membantu meningkatkan keupayaan ekonomi masyarakat "
Melalui DEB di ujudkan pula Pensyarikatan Malaysia, dan melalui Dasar ini amat mudah pihak kerajaan untuk membentuk kroni dalam pengagihan harta negera, nama-nama seperti Vincent Tan, Robert Kuok, Ananda Krishnan bersaja mengumpul harta dan kekayaan dan sudah tentu dengn rapatnya rakan-rakan ini pengagihan kekayaan negera terlepas dari tangan orang Melayu, kesannya kepentingan Melayu terabai, seperti biasiswa, pengurusan pendidikan, pekerjaan serta kebajikan sebaliknya Melayu hanya di janjikan dengan " kemewahan " yang belum tentu malahan mereka kehilangan mata pencarian.
Mungkin satu kesilapan juga pada Mahathir kerana beliau memberikan kepercayaan kepada individu yang bukan ahli niaga untuk menguruskan pernigaan, antara mereka seperti Tajuddin Ramli dan yang kaya raya kini hanyalah Tun Daim sahaja. apakah pemilihan mereka di buat atas kawan rapat. Oleh kerana percaya kepada mereka yang tidak berpengelaman, akhirnya mereka hilang dan hutang ditinggalkan untuk bebanan kerajaan.
Apakah Tun benar-benar dan memahani selok belok pengurusan ekonomi. kerana beliau seorang doktor. Cara beliau berfikir untuk peningkatan ekonomi amat jauh bezanya dengan para ekonomis yang lain, berhutang adalah elemen penting dalam perniagaannya, sebab itu kini negara hutangnya banyak, sehinggakan semua syarikat bekepentingan kerajaan GLC, juga di galakkan behutang. Akhirnya hutang negera mencecah berbilion ringgit. Kepimpinan yang tinggal pelu menyelesaikan hutang-hutang tersebut.
UMNO semasa di bawah pimpinan Tun, memang tidak dinafikan amat banyak meninggalkan kesan kepada kepimpinan masa kini, cuba kita bagaimana Tun menerapkan " Sindrom Diktaror " dalam kepimpinan. Apa yang dibuat oleh Tun berhubung dengan menarik " kuasa raja-raja " bagaimana beliau memecat Ketua Hakim Negara. Dan kini apa yang dilakukan oleh Tun telah di jadikan ikuti oleh UMNO. Bagaimana ada kalangan UMNO yang sanggup mengeluarkan perkataan " natan " untuk sultan Terengganu , tapi kini UMNO menuduh pembangkang yang " bencikan " istana. Atas sebab itu rakyat kini mula rasa sangsi atas kejujuran UMNO, contohnya " putar belit " Najib kaitan dengan isu ISA. Semua orang tidak mempercayaainya.
BAHAGIAN 2 AKAN DATANG - INSYALLAH.
No comments:
Post a Comment