Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, April 19, 2012

GAMBAR YANG MEMENANGKAN PR


Saja mengambil peluang untuk menenangkah fikiran, dan rasa letih juga untuk mencari ilham dan idea untuk menulis cerita kaitan dengan isu politik, sesekali kita rehat dan bercerita dengan gambar-gambar yang di " copy & paste " dari laman FB dan Bloq.


Gambar 1
Gambar samseng jalanan tajaan UMNO untuk mengadakan kekacauan di mana sahaja ada program yang di kelolakan oleh PR dan kini " kesamsengan " mereka telah menular lebih jauh lagi, sanggup mengganggu NGO lain pula. Apakah tidak mungkin tindakkan mereka ini memberikan kelebihan atau pun menaikan % pengundi yang akan memihak kepada PR? yang peliknya mengapa agaknya kepimpinan UMNO memberikan lampu hijau kepada kegiatan kumpulan ini?

Gambar 2
Rasanya semua orang kenal 2 personaliti politik diatas, Sdr. Mat Sabu dan Tan Sri Kadir, TSK telah pun di pecat keanggotaannya dalam UMNO dan beliau adalah Tim. Presiden Amanah, beliau sebelum di pecat, cukup lantang memberikan komen khusus untuk UMNO. Kini beliau sudah sanggup menyarongkan baju BERSIH dan bersedia untuk hadir sama di " DUDUK BANTAH " pada 28 April nanti. Persoalan apakah tindakan beliau tidak memberikan kesan kepada UMNO?

Gambar 3

Mudah sangat pihak kerajaan memansuhkah hutang sejumlah ini. Bergaya sekali Tajuddin Ramli dengan pemansuhan ini, seronok betul, tapi apakah dengan pemansuhan ini rakyat yang akan menanggongnya? allah sahaja yang tahu. tapi kenapa pula kerajaan bagitu mendesak pelajar untuk melangsaikan hutang PTPTN yang jauh lebih rendah nilainya dari apa yang Tajuddin dapat. Agaknya sebab itulah mahasiswa berdemo di Dataran Merdeka. Apakah tidak generasi muda akan beralih dari Dacing ke parti lain selain dari dacing.


.
 Gambar 4

Gambar ini memang menyakitkan hati pemimpin UMNO, bagaimana Tun Daim boleh meramalkan UMNO / BN hanya tinggal 3 negeri sahaja, Pahang, Melaka dan Johor. Apakah Tun ada niat jahat untuk memastikan Najib cepat berundur? disamping itu Tun juga meramalkan UMNO / BN kalau menang pun di PRU13 nanti amat sukar untuk mendapat majoriti 2/3. kata Tun kalau ini belaku yang bersalah ialah Najib. Jadi Najib patut berhenti.


Gambar 5

Sesungguhnya isu NFC ini telah menggemparkan negara, dan kelibat dari UMNO sendiri dan gagasan BN mendesak agar Shahrizat meletakkna jawatan, tapi malang sungguh PM tidak berani untuk tujuan itu, sebaliknya menunggu sehingga tamat tempoh lantikan sebagai Senator. Kenapa Najib takut ya? Tapi bagi pengundi, ini adalah kronis, salah guna kuasa yang sentiasa dalam amalan UMNO / BN. So tindakan yang terbaik ialah undian pada PRU13 nanti perlu beralih ke PR.

Gambar 6

Kesian rakyat, sepanjang lawatan PM / TPM keseluruh pelusuk tanah air, belanjanya cukup tinggi, RM609 juta diperlukan, kenapa tinggi, apa yang di belanjakan, apa kenderaaan mereka, apa yang dimakan dan entah apa-apa lagi, oh ya, mungkin agaknya setiap kali lawatan, mereka yang perlu bersama pucuk pimpinan ini ialah ahli-ahli UMNO dan kerabat parti komponan, kehadairan mereka perlu disedaikan baju T, makan, tambang bas, duit poket  selain dari itu sudah tentu keperluan asas seperti khemah. Mungkin juga masa inilah rakan-rakan yang membekalkan baju T, makan, khemah dan sebagainya mengenakan harga yang memastikan keuntungan yang berlipat ganda.

Gambar 7

Gambar ini tak tau di mana rakaman dibuat, tapi kenapa masih ada majlis seperti ini dalam keadaan Malaysia meletakkan Islam sebagai Agama Rasminya. Sudah hampir 60 tahun merdeka tapi keadaan negara masih tidak mampu untuk menghalakan ciri-ciri keislamannya. Apakah dengan cara ini kita pengundi perlu menukar hala kepimpinan negara? Kalau itu yang diperlukan maka PRU13 adalan permuktamad peralihan tersebut.

Gambar 8
 

Gambar 9

Kedua-dua gambar 8&9 adalan memaparkan Mahathir mantan PM Malaysia, dan apakah kenyataan beliau juga melambangkan bagaimana  teruknya keadaan UMNO masa kini, tapi kita perlu ingat, zaman beliau juga gagal untuk menjempun cerdik pandai untuk besama-sama dalam UMNO, mungkin kegagalan tersebut baru ini dirasai. Berpuak-puak dan ches keting memang budaya UMNO. Tapi apakah Mahathir memang dari kalangan Melayu yang mudah lupa.

Untuk itu apa yang perlu dilakukan ialah pada PRU13 nanti. Kita ubah semuanya. 
Jom kita undi calun-calun PR
kita terus berikan sokongan kepada ABU

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA