Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, April 23, 2012

MAHATHIR - KESILAPANNYA BEBANAN KINI 2


Mahathir - kesipalannya bebanan kini 2 ( sambungan )

Dengan kegagalan beberapa pembaharuan yang cuba dilaksanakan, seperti kegagalan DEB, kewujudan dasar pengsyarikatan serta menggalakan " budaya " berhutang, konsep Bersih, Cekap &  Amanah, keadaan bertambah kusut dan akhirnya kepimpinan Mahathir mengambil jalan mudah dengan  menggunakan " orang Melayu ", dan politik perkauman perlu di amalkan, " Ketuanan Melayu " amat perlu di war-warkan. Dengan kalimah " ketuanan Melayu " ini apa yang di rancang yang tak menjadi dapat di terima oleh " Melayu ", kerana Orang Melayu mudah lupa.

Mahathir membawa " Ketuanan Melayu " kemana sahaja beliau berada, dan  " kalimah " ini digunakan setiap kali ada ruang untuk berucap. Akhirnya kini, semua kelemahan ada pada Orang Melayu adalah kerana pesaingan dengan bangsa asing, Cina adalah di jadikan "  Musuh "  utama dalam persaingan ini dan " Apakah benar Cina menjadi penghalang kepada pembangunan Melayu ? " 

Bebanan Ketuanan Melayu ini kini dah menjadi " barah " kepada pembangunan Orang Melayu itu sendiri. Orang Melayu di bela seperti kata pepatah "  telunjuk luruh kelinking berkati "

Rasuh telah menjadi " darah daging " kepada kepimpinan " , ini jelas dapat di lihat bagaimana pemimpin menggunakan kedudukan mereka untuk terus mengkaya keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan terapat. Dari meraka yang memimpin di peringkat tertinggi sehinggalah ke peringkat kampong, semuanya tahu dan mengamalkan salah guna kuasa.


Untuk  memastikan segala "  perubahan " dasar ini dapat dilakukan dengan semaksima mungkin, beliau juga menyeludup ke pengurusan dan pentadbiran negara, ke jabatan penting di cerobohi, sistem kehakiman di nodai, pasukan PDRM perlu mengikut arahannya dan JPN, SPR semuanya menjadi agensi yang di bawah " paksaan "nya. Terakhirnya UMNO  di bawah pimpinannya melakukan lagi satu kesalahan di mana mereka ( UMNO ) mencampuri urusan pentabdiran. Kita boleh lihat bagaimana sistem penghakim, kita boleh lihat bagaimana agensi kerajaan seperti SPRM, SPR, ternoda dengan tindakan tersebut.

Pegawai yang mentadbir, seolah-olah bukan bekerja untuk rakyat, tapi mereka bekerja mengikut apa kata orang politik, orang politik adalah penentu setiap keputusan, sebab itu kini semua " harta " di hak milikkan kepada orang dan ahli UMNO atau setidak-tidaknya kaum kerabat mereka yang terdekat.

" Susahlah nak kerja sekarang - orang politik lebih berkuasa dari pegawai " keloh seorang pegawai di sebuah pejabat tanah.

Satelah beliau meninggalkan bebanan permasalah negara  untuk Pak Lah dan kini di sandang oleh Najib,  setiap orang / rakyat Malaysia mengharapkan beliau meninggalkan terus dan tidak lagi menyibok dengan urusan Malaysia, tapi anggapan itu salah. Kini beliau menggunakan anaknya Mukhriz pula sebagai penyambong hayat untuk melibat dan menambahkan masalah pada negara dan parti. Beliau juga bercita-cita dan berusaha untuk meletakkan anakknya setanding dengan kalau tidak Najib dengan Hishamuddin pun ok le.

  Kejam dan mementingkan diri sendiri sendiri, Mahathir akan melakukan apa sahaja walaupun dia terpaksa melakukan huru-hara semata-mata untuk memenuhi cita-cita itu. Dia boleh medaftar masuk semula ke dalam Umno untuk terus berkuasa. Bayangkan apa yang dia akan lakukan untuk mendapatkan kerusi Presiden Umno untuk Mukhriz. Tetapi perbuatannya yang tidak berhenti dari mencampuri dan mendatangkan masalah pada Umno akan menjadi kesilapan yang kesepuluh dan terakhir baginya.




UMNO / BN di pelbagai simpang masa kini

Ini hanya satu pandangan penulis semata-mata.



No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA