Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, April 24, 2012

ANWAR - SEPETANG DI PERAK


Kg. Gajah 22 April 2012, dengan dasar permuafakatan kalangan kepimpinan PR dari 2 bahagian ( cabang ) Teluk Intan, Pasir Salak dan Kampar - DSAI dengan rasa rendah diri dapat meluangkan masa atas nama " Sepetang bersama Anwar Ibrahim - antara jam 5petang beliau berada di Cabang Teluk Intan, bersama dengan masyarakat.

 
Anwar bersama Pengerusi Dr. Manuthy, Pengerusi Pimpinan Negeri PKR Perak
 bersama AP Teluk Intan - M Manogran. Majlis di adakann di Hotel Angsoka Teluk Intan.

 

Seperti biasa, DSAI dapat memukau setiap hadirin yang turut hadir di majlis tersebut. Anwar telah memberikan hujah kaitan dengan isu-isu semasa. Sudah tentu isu PTPTN, pendidikan percuma dan penurunan harga minyak yang di laporkan mendapat tepokan dari hadirin.

Anwar juga seperti biasa tidak beminat untuk " memfitnah " kepada mereka yang sering memfitnah dirinya sendiri. Sebaliknya beliau mendoakan moga-moga mereka yang sering memfitnah diri agar diberikan Allah kekuatan kepada mereka untuk bertaubat. Sesekali beliau juga turut sedih kerana sudah sampai ke usia ini Mahathir masih menyerang dirinya.

" Pakatan Rakyat tidak akan menggadai mana-mana bangsa, apa yang penting tidak kira dari mana mereka, jika mereka perlu di bantu mereka patut di bantu, bukan semua orang Cina mau India semuanya kaya, dan oleh kerana Melayu masih majoriti sudah tentu bantuan lebih kepada orang Melayu dan juga Melayu addalah bangsa yang masih jauh ketinggalan dari bangsa-bangsa yang lain " Ujar beliau



Dewan Hotel Angsoka yang boleh memuatkan sejumlah 300 orang, 
tapi pada hari itu muatan hampir dua kali ganda, dan hawa dingin dewan juga gagal berfungsi dengan baik. ketiga-tiga gambar di atas adalah menunjukkan keramaian tersebut.

DSAI menikmatan jamuan kuih-muih traditional

Kunjungan sikat ini di menafaatkan oleh DSAI sepenuhnya, dan sebelum beliau ke Kampar, dan ke Langkap dengan rasa penoh tanggongjawab beliau juga menunaikan jemputan di Surau Kg. Pisang di Batak Rabit. Dalam tazkirah maghrib, DSAI juga menasihatkan kepada para jemaah, untuk memikir masa depan anak-anak generasi mendatang. kenapa kini, negara penoh dengan budaya fitnah? kenapa ramai kalangan kepimpinan yang sudah hilang daya kepimpinan dan penghidupan mereka penoh dengan rasuah, salah guna kuasa, ujudnya kronis yang amat dahsat. Mereka sudah tidak berminat untuk memikirkan penghidupan rakyat terbanyak - rakyat masih ramai lagi dari gulongan miskin. Tapi kenapa mereka boleh hidup mewah.

Sebaik sahaja selesai menunaikah fardu isyah bersama jemaah di surau tersebut, DSAI bersama rombongan bergegas pula ke Langkap. Bagi Anwar Langkap bukan asing dan beliau sudah mengetahui perubahan yang ada pada para pengundi.


Barisan kepimpinan PR semasa di Langkap.



Dengan penoh yakin Anwar memaklumkan kepada tetamu di mana sudah pasti 24jam selepas PR di umumkan memerintah Malaysia dan jawatankuasa kabinate di umumkan perkara pertama ialah harga minyak sudah pasti diturunkan, ini bukan janji kosong ini adalah hakikat sebenar, dan kepimpinan PR bersungguh-sungguh akan membantu kesengsaraan yang di tanggong oleh rakyat selama ini.

Petrona untuk 80billion setahun dan jika dicampurkan dengan wang ketirikan ( rasuah ) yang hampir 20 billion menjadikan jumlah keseluruhan ialah 100billion. Apakah dengan sejumlah itu kerajaan PR tidak boleh memberikan pendidikan percuma dari sekolah rendah sehinggan ke peringkat universiti. Kalau di Turkey pendidikan percuma sehinggan ke peringkat PHD, Turkey tiada minyak, kenapa boleh.

Untuk itu apa yang pasti, semua kaum tak kira kaum mana, kita perlu bekerjasama, elakkan perselisihan faham, jika calun kita orang Melayu, cina dan India perlu memberikan kerjasama bagitu juga sebaliknya. Yang penting calun PR memenangi setiap kerusi yang di tandingani.
Boleh ke..... boleh sayut orang ramai.





 Sebahaagian dari tetamu di majlis tersebut.

Sebelum meninggalkan majlis Anwar juga sempat meninggalkan pesanan kepada semua agar teruskan perjuangan dan semua yang hadir di jemput ke Dataran Merdeka pada 28 April ini untuk menunjukkan komitment kita kepada pejuangan untuk pilihanraya yang bersih.

DSAI meneruskan perjalanan ke Parlimen Kampar.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA